Saturday, September 13, 2008

Minyak milik rakyat

Artikel ini sumbangan Hizbut Tahrir Malaysia

Delegasi Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) diketuai Presidennya HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman Jumaat lalu telah menyerahkan buku-buku tandatangan berserta kenyataan rasmi parti itu membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan awal Jun lepas.

Buku-buku tandatangan dan kenyataan rasmi itu telah diserahkan oleh Abdul Hakimkepada Setiausaha Sulit Kanan Zahari Md Afandi pada jam 11.00 pagi di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Putrajaya.

Majlis itu turut disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari KPDNHEP. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Shahrir Samad telah menyatakan persetujuan untuk bertemu dan berbincang dengan delegasi HTM bagaimanapun tidak menepati apa yang dikatakannya.

Beliau memberi alasan bahawa terdapat satu temu janji yang lain pada waktu tersebut.

Hakim melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Datuk Shahrir tersebut. Permintaan presiden HTM untuk berjumpa menteri yang berkenaan selama lima minit sahaja untuk menyerahkan buku-buku tandatangan tersebut turut dinafikan oleh Setiausaha Sulit Menteri berkenaan.

Sejak perjuangan untuk mendapatkan sejuta tandatangan oleh HTM dilancarkan lebih kurang dua bulan lepas, HTM telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 53,000 tandatangan dari seluruh rakyat Malaysia tidak kira Melayu, India mahupun Cina.

Kesemua buku tandatangan tersebut diserahkan kepada Zahari, sebagai wakil Menteri, bagi menunjukkan bantahan rakyat Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan di dalam menaikkan harga minyak, yang turut mengakibatkan kenaikan harga barangan yang lain, khususnya barang makanan.

Abdul Hakim juga sempat menerangkan kepada Zahari , agar disampaikan muhasabah dari Hizbut Tahrir kepada pihak pemerintah, bahawa minyak adalah hak milik rakyat dan kerajaan tidak sepatutnya ‘berniaga’ dengan rakyat.

Kerajaan wajib menerapkan hukum syarak (hukum Islam) dalam hal ini dan memberikan minyak kepada rakyat dengan ‘harga kos’, seterusnya memulangkan semula hasil minyak kepada rakyat selaku pemiliknya.

Pertemuan tersebut berlangsung dan berakhir dengan suasana baik di mana En. Zahari berjanji akan menyampaikan mesej yang telah dimaklumkan oleh Presiden HTM kepada Dato’ Sharir selaku Menteri KPDNHEP.

Semoga perjuangan ini tidak berakhir di sini biarpun kerajaan telah menurunkan harga minyak, yang berkemungkinan kerana tekanan dari projek ini, kerana seperti yang terkandung di dalam , penurunan harga minyak ini bukanlah penyelesaian yang syar’i, atau dengan kata lain, ia bukanlah penyelesaian yang datangnya dari Allah dan Rasul.

Masalah hanya akan selesai apabila hukum Allah dan Rasul diterapkan di dalam pemerintahan.

No comments: