Friday, July 17, 2009

OBAMA OOO OBAMA

Belum pun dua bulan Obama berkunjung ke Istanbul dan memberikan ucapannya di sana, kini dia mengalihkan pula sasarannya ke wilayah Kinanah (Mesir) melalui Jazirah Arab. Dia kemudian disambut oleh rejim Mesir pada pagi hari Khamis (4/6/2009) dengan sambutan bak pahlawan yang baru pulang dari medan tempur dengan membawa kemenangan! Sejak pukul 9 pagi, di mana pesawat yang dinaikinya dijadualkan akan mendarat, bahkan jauh sebelum itu, sudah tampak pengawalan yang amat ketat. Pasukan keselamatan kelihatan di mana-mana. Pelbagai bunga dan hiasan ucapan selamat berderetan menyambut Obama, Presiden Amerika, pemimpin kekufuran, yang hingga kini masih tetap menumpahkan darah umat Islam di Afghanistan, Pakistan, dan Irak. Rejim Mesir telah menyiapkan di setiap penjuru kawasan, pelbagai konvoi yang lengkap dan tercanggih, pasukan elit bersenjata, limosin mewah berserta alunan muzik…Kemudian, pemimpin rejim Mesir menyambut si kafir ini dari pintu Istana Kubah dengan sambutan hangat dan penuh penghormatan.
Lalu, dari sana, Obama pergi menuju ke Universiti Kairo untuk berdiri di mimbar kehormat yang telah dipersiapkan khusus untuknya, lalu menyampaikan ucapannya kepada kaum Muslimin! Isi ucapan yang disampaikan Obama tidak ada bezanya dengan polisi umum mantan presiden Amerika sebelumnya dan juga mantan-mantan presiden AS sebelum ini, baik dalam hal perang yang dilancarkan Amerika ke atas negeri-negeri kaum Muslimin, isu Palestin, hubungan erat dengan entiti Yahudi, isu senjata nuklear mahupun isu-isu lainnya. Isi pidato Obama tidak keluar dari usaha merealisasikan kepentingan Amerika, mulai dari awal hingga akhir, di mana semuanya merupakan usaha AS untuk menarik public opinion kaum Muslimin agar “memahami” bahawa perang yang dilancarkan Amerika di negeri-negeri kaum Muslimin selama ini adalah perlu dan bersandar atas kebenaran.
Namun demikian, dilihat dari sudut bentuk penyampaian, pidato yang disampaikan Obama memiliki keistimewaan melebihi para pemimpin sebelumnya. Penyampaian Obama dibaluti dengan penipuan yang begitu halus dan sempurna sehingga sesiapa sahaja yang mendengarkan perkataannya akan beranggapan bahawa ucapan tersebut tidak lebih dari usaha Obama untuk mewujudkan hubungan baik dengan dunia Islam. Inilah kehebatan Presiden AS ini dari seni penipuan dan penyesatan melalui permainan kata-katanya. Allah SWT berfirman,
“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” [TMQ al-Munafiqun (63):4].
Ini dilihat dari sudut usaha Obama membangun hubungan umum. Sedangkan jika dilihat dari sudut isu-isu sensitif dan isu-isu lain yang dapat diamati, isi ucapannya itu merupakan suatu yang sangat pedas, tajam, jelas dan tanpa terlindung, memanifestasikan permusuhannya yang tidak mengenal maaf terhadap kaum Muslimin. Allah SWT mengingatkan kita,
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118].
Obama memulakan pidatonya dengan melontarkan berbagai ancaman kepada mereka yang disebutnya sebagai puak teroris dan puak ekstremis di Afghanistan dan Pakistan dan Obama berikrar tidak akan sekali-kali bertolak-ansur dengan golongan ini. Bahkan dia menyeru semua negara untuk berperang dengan golongan tersebut. Dengan bangganya Obama mengatakan bahawa dirinya telah mengumpulkan 46 buah negara untuk membantunya berperang di Afghanistan. Tidak cukup dengan itu, Obama telah (benar-benar) mengebom Pakistan, baik secara langsung mahupun tidak. Dalam hal ini, dia tidak merasa bersalah sama sekali, bahkan dia menilainya sebagai pembunuhan yang “mulia”, meskipun yang dibunuhnya itu kebanyakannya terdiri dari kaum wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Sungguh, semua pembunuhan itu dapat disaksikan dengan jelas di Afghanistan. Namun, tragedi pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua ini dijustifikasikan oleh tentera Obama sebagai suatu 'kesilapan', bukannya kesengajaan!! Sekiranya pembunuhan kejam ini tidak tersiar, nescaya mereka akan mengatakan bahawa kesemua yang mereka bunuh adalah para ekstremis! Sesungguhnya, setiap Muslim yang berpegang teguh dengan agamanya, yang tidak ingin negerinya diduduki dan dijajah oleh Amerika, atau seorang Muslim yang tidak ingin tempat-tempat sucinya dirampas oleh bangsa Yahudi, maka Muslim seperti inilah yang dinilai Obama sebagai seorang ekstremis! Meski telah jelas pelbagai kejahatan dan pembunuhan secara ganas yang terus-menerus dilakukannya di Afghanistan, Pakistan, dan Irak, namun Obama tidak henti-henti mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi Islam dan kaum Muslimin, seperti yang telah dia katakan di Turki. Sungguh benar sekali Rasulullah SAW yang telah memberi gambaran tentang siapakah manusia yang tidak tahu malu, dengan sabda baginda,
“Jika kamu tidak tahu malu, maka berbuatlah sesukamu.” [HR Muslim].
Tentera Amerika telah melakukan pembantaian di negeri-negeri kaum Muslimin dan melancarkan peperangan kejam ke atas umat Islam siang dan malam yang mengakibatkan ribuan nyawa melayang dan jutaan orang menjadi pelarian meninggalkan negeri yang sebelumnya memberikan ketenangan dan keamanan kepada mereka. Namun demikian, Obama masih sahaja mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi kaum Muslimin!!
Kemudian ketika Obama beralih ke isu Palestin di dalam ucapannya itu, dia dengan lantang dan berterus-terang mengatakan bahawa hubungan keselamatan dan hubungan lainnya antara Amerika dan Yahudi (yang telah merampas tanah Palestin) teramat rapat dan tidak dapat dipisahkan. Presiden AS itu dengan tegas menyatakan bahawa negara Yahudi harus tetap wujud di atas tanah yang didudukinya (Palestin) dan dia tidak akan menerima apa pun alternatif selain ini! Obama seterusnya menekankan solusi dua-negara (two-state solution), iaitu hak bangsa Yahudi atas sebahagian besar tanah Palestin, sementara tanah yang tersisa sedikit, jika pun ada, disebut sebagai ‘negara’ bagi warga Palestin. Kemudian dengan liciknya, Obama cuba ‘menarik’ sensitiviti umum, bahawa dia ingin menghentikan pembinaan penempatan Yahudi. Obama sesungguhnya bukan bermaksud untuk menghapuskan penempatan Yahudi (yang sedia ada), cuma mahu menghentikan pembinaannya (yang baru) sahaja! Itu pun, dia hanya akan menghentikannya setelah puak Yahudi melihat tidak ada lagi tanah yang aman bagi mereka, kecuali dengan dibangunkan benteng dan istana! Keinginan menghentikannya itu pun tidak akan dilakukan begitu sahaja, tetapi mesti ada persyaratannya, iaitu umat Islam harus menghentikan setiap bentuk perlawanan dan permusuhan terhadap Yahudi, sebagaimana yang ditegaskan di dalam road map tajaan Amerika!
Obama seterusnya berucap tentang isu senjata nuklear di mana Iran menjadi fokus utamanya. Dia menginginkan rantau Timur Tengah yang bersih dan bebas dari senjata nuklear dan tidak ada perlumbaan pembinaan senjata nuklear di dalamnya. Di sini, Presiden AS ini sama sekali tidak menyentuh entiti Yahudi walau sedikit pun, padahal dia tahu dengan jelas bahawa institusi Yahudi adalah negara berkekuatan nuklear!
Meskipun semua ucapannya dipenuhi ancaman dan penentangan terhadap umat Islam, namun rejim Mesir telah menyambut baik si kafir ini, walhal dia datang dengan penuh kejahatan dan kelicikan dengan mulut yang manis. Semua ini dilakukan Obama demi menutup wajah hodohnya menumpahkan darah umat Islam yang tak berdosa di bumi Afghanistan, Irak dan Pakistan. Rejim Mesir telah siap mengatur orang-orangnya yang akan bersorak-sorai dan memberikan tepukan atas ucapan jelek, keji dan beracun ini, sehingga tergambar di sana adanya persetujuan dari orang-orang Mesir atas racun yang ditiupkan oleh Obama dalam ucapannya itu. Sesungguhnya sorak-sorai dan tepukan gemuruh yang telah dirancang ini menjadi bukti bagi setiap insan yang celik. Bagaimana mungkin seseorang boleh memberi tepukan tentang solusi dua-negara? Apakah seorang Muslim boleh menerima, malah bersorakan dan memberikan tepukan gemuruh terhadap penyelesaian ‘membahagi-dua’ negara yang penuh barakah, tanah Israk dan Mikraj, antara pemilik yang hak dengan golongan kafir yang telah merampasnya? Bagaimana mungkin mereka bersorak-sorai dan memberikan tepukan, padahal Obama telah memalingkan ayat-ayat Allah dari maknanya yang sebenar, ketika dia menyebut Firman Allah,
“Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.” [TMQ al-Ma’idah (5):32].
Menurut Obama, ayat ini ditujukan kepada mereka yang disebut sebagai ekstremis Muslim! Padahal ayat ini merupakan ayat yang pertama kali diturunkan kepada Bani Israel. Namun, Obama menuduh seorang Muslim yang membela agamanya, keluarganya, dan memerangi orang-orang yang menyerangnya, sebagai telah membunuh semua manusia. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh entiti Yahudi, yang membunuh warga Palestin, merampas tanahnya, mengusir dari rumah-rumahnya, menodai kehormatan dan kesuciannya serta kerosakan demi kerosakan yang dilakukan Yahudi, maka semua itu di mata Obama bukan pembunuhan ke atas semua manusia! Begitu juga pembantaian yang dilakukan Amerika terhadap kaum Muslimin, di mata Obama juga bukan pembunuhan seluruh manusia. Benarlah Firman Allah,
“Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.” [TMQ al-Kahfi (18):5].
Bagaimana mungkin mereka boleh memberi tepukan gemuruh kepada orang yang mengatakan dengan jelas bahawa masalah di Palestin bukan disebabkan oleh penempatan sedia ada Yahudi, tetapi oleh sebab adanya pembinaan penempatan baru, (penempatan baru) inilah kononnya yang tidak sepatutnya ada!? Bukankah hanya talibarut rejim sahaja yang akan sanggup bersorak-sorai dan memberikan tepukan atas perkataan buruk dan keji Obama ini?
Bagaimana mungkin mereka boleh memberi tepukan gemuruh kepada Obama yang dengan jelas mengumumkan bahawa al-Quds (Jerusalem) yang dibebaskan oleh Saidina Umar dan para panglimanya melalui perjanjian Umariyah, yang menetapkan bahawa tidak seorang pun Yahudi yang boleh tinggal di dalamnya, lalu dibebaskan pula oleh Salahuddin, adalah tanahair yang kekuasaannya dikongsi bersama antara kaum Yahudi, Kristian dan Islam? Padahal al-Quds (Jerusalem) sudah lama disandarkan kepada bangsa Timur dan tidak pernah dikaitkan dengan bangsa Barat!! Sesungguhnya semua sorakan dan tepukan itu penuh dengan kedustaan. Rejim Mesir tidak akan mampu menyembunyikan fakta ini, meskipun mereka menyiapkan pentas sandiwara yang hebat untuk Obama agar Obama dilihat sebagai seorang yang adil dan bertolak ansur. Rejim Mesir juga tidak dapat menyembunyikan dirinya sebagai penyembah Amerika dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara walaupun ia (rejim Mesir) cuba menzahirkan kononnya ia berpandangan neutral terhadap Palestin dan Yahudi yang dianggapnya mempunyai hak yang sama, walhal hakikatnya adalah jelas bahawa ia (rejim Mesir) berpihak kepada Yahudi laknatullah! Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Obama mendatangi kalian dengan “pakaian ibadah”, agar dia dapat memanfaatkan kalian, sementara kalian tidak merasa/sedar bahawa kalian dimanfaatkan. Justeru, Obama sesungguhnya jauh lebih berbahaya dari orang yang terang-terangan atau secara terbuka memusuhi kalian. Semua ini dilakukannya agar kalian sepakat menyerahkan urusan kalian kepadanya. Hakikatnya, watak Obama adalah saling tak tumpah dengan perwatakan Amerika di bawah Bush sebelumnya. Sungguh bagi Amerika, berada di bumi kalian terasa sangat sempit sekali, meskipun ia dikelilingi oleh golongan elit dan penguasa kalian yang merupakan talibarut mereka kesemuanya. Sesungguhnya Amerika berada dalam kepanikan dan ketakutan terhadap kalian meskipun mereka dilengkapi dengan persenjataan berat dan moden. Jika tidak demikian, tentu Amerika akan mengumumkan secara terbuka permusuhannya terhadap kalian. Dalam keadaan dia menceroboh dan membunuh saudara kalian di bumi kalian sendiri, Obama tetap ingin kalian bergembira dan memberikan tepukan kepadanya. Dengan menampakkan senyuman yang manis, Obama berusaha menarik rasa suka dan kesetiaan kalian kepadanya, seumpama kata pepatah,
“Dia datang kepadamu dengan senyuman yang manis di bibirnya, sementara ia menerkammu seperti seekor serigala.”
Wahai kaum Muslimin! Obama tidak memilih untuk menjelajah ke negeri-negeri kalian tanpa pertimbangan. Dia memulainya dari Istanbul, melalui Jazirah Arab dan berakhir di wilayah Kinanah (Mesir). Dia tidak memilih semua itu secara rawak, namun dengan penuh kesedaran. Istanbul merupakan wilayah al-Fatih, ibu kota Khilafah yang pernah berdiri kukuh sebagai benteng dari dominasi Yahudi ke atas Palestin. Obama juga menyedari bahawa wilayah Jazirah Arab adalah wilayah ibukota Khilafah yang pertama, yang dari sana Umar berjaya membebaskan al-Quds (Jerusalem). Dan Obama juga menyedari bahawa wilayah Kinanah (Mesir) adalah pusat kekuasaan Salahuddin, yang dari sana Salahuddin membebaskan al-Quds dari kaum Salibiyyin. Obama menyedari semua itu dan kerana itulah dia datang ke negeri-negeri tersebut membawa mesej untuk umat Islam bahawa era kemuliaan kaum Muslimin dahulu sudah lenyap dan berkubur. Kini, autoriti dan kekuasaan berada di tangan Obama dan sekutunya, serta di bawah hegemoni Amerika.
Sungguh, kaum kafir penjajah lebih banyak mengetahui pusat-pusat kekuatan umat Islam daripada sebahagian kaum Muslimin sendiri. Mereka mempelajari sejarah kita, mempelajari agama kita, mengerti sumber-sumber kekuatan kita dan mengerti karakter terbaik yang dikembang oleh umat Islam. Jadi, bukanlah suatu kebetulan apabila Obama menyebut Firman Allah,
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal...” [TMQ al-Hujurat (49):13].
Dan dia berhenti di situ, tanpa meneruskan hingga ke akhir ayat, iaitu,
“...Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”
Obama tidak menyebut tentang takwa yang akan menjadikan umat Islam paling mulia dan paling perkasa dan dengan ketakwaanlah umat Islam akan menjadikan Amerika dan pengikutnya sebagai umat yang paling rendah dan paling hina.
Wahai kaum Muslimin! Sungguh, Obama dalam ucapannya itu berusaha untuk memperlihatkan bahawa dirinya adalah pemimpin dunia. Untuk itu, dia menyiapkan bagi dirinya para penguasa boneka di negeri-negeri kalian, di mana penguasa-penguasa boneka tersebut memberinya sebuah mahkota melebihi apa yang dia inginkan. Mereka menyerahkan bumi berserta pelbagai kemudahan dan perhiasannya untuk Obama. Bahkan mereka memberi Obama beragam perhiasan dan kesenangan yang tidak mudah didapati oleh Obama di negerinya sendiri. Keadaan Obama dengan para bonekanya ini tak ubah seperti keadaan Fir’aun dengan kaumnya,
“Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.” [TMQ az-Zukhruf (43):54].
Jika benar Obama adalah seorang yang cerdas dan pintar seperti yang terzahir dari ucapannya, dia akan sedar bahawa sesungguhnya wilayah Istanbul, wilayah Jazirah, dan wilayah Kinanah (Mesir) tidak pernah menerima, apalagi menyambutnya. Jika Obama seorang yang bijak, dia pasti sedar bahawa orang yang menyambutnya hanyalah sekumpulan para pengkhianat dari rejim-rejim yang tidak lama lagi akan disingkirkan dari kehidupan kaum Muslimin. Obama juga pasti sedar bahawa segala keindahan kata-kata dan pernyataan dusta yang dilontarkan di dalam ucapannya, tidak akan mampu mempengaruhi umat Islam yang ikhlas dan berakal yang benar-benar mengerti akan apa yang dizahirkan dan disembunyikanya. Sesungguhnya sorak-sorai dan tepukan gemuruh yang didengarnya itu, semuanya ini tidak datang kecuali dari orang-orang hina yang telah siap dibayar oleh penguasa rejim yang menganjurkan sambutan keji tersebut.
Sesungguhnya Hizbut Tahrir mengumumkan kepada Obama dan kepada dunia, bahawa Islam memiliki para pejuang yang akan menegakkan Daulah Khilafah yang akan lahir semula menjadi negara nombor satu di dunia. Bukan dengan cara mengekploitasi dunia, menjajah, dan merampas kekayaannya, namun, Daulah Khilafah akan datang untuk menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, mengembalikan setiap hak kepada yang berhak, kemudian akan mengusir Amerika agar kembali ke rumahnya sendiri dalam keadaan hina-dina dan lemah tidak berdaya. Daulah Khilafah seterusnya akan menghapuskan kaum Yahudi laknatullah yang telah merampas tanah yang diberkati Palestin, sehingga semua negara umat Islam akan kembali bersatu dan berdiri teguh menjadi bahagian dari Negara Islam. Bumi akan kembali bersinar dengan tegaknya Khilafah dan kebaikan akan tersebar dan dinikmati di seluruh penjuru dunia.
“Dan Allah berkuasa terhadap (wujudnya) urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” [TMQ Yusuf (12):21].
Hizbut Tahrir11 Jamadil Awal 1430H4 Jun 2009M
(Artikel di atas adalah terjemahan dari Bahasa Arab yang dikeluar dan disebarkan Hizbut Tahrir ke seluruh dunia)
Najib Wajib Terap Islam

PADA 3 April lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasminya menduduki kerusi nombor satu negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum itu, beliau dilantik sebagai Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional (BN), parti yang selama ini memerintah negara mengikut sistem sekular warisan penjajah kuffar. Namun adakah perlantikan Najib ini bakal membawa dimensi baru kepada kepimpinan negara dan adakah harapan rakyat kepada beliau untuk menangani iklim politik, ekonomi dan sosial negara yang serba tidak menentu kini dapat ditunaikan seperti yang beliau janjikan. mykhilafah.com menemubual Presiden Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN mengenai pandangan beliau terhadap perkembangan terkini ini. Berikut ialah petikan wawancara tersebut.

mykhilafah.com: APA pendapat ustaz mengenai pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru dan bagaimanakah agaknya corak kepimpinan yang bakal Najib tunjukkan?

Abdul Hakim: SECARA tradisinya siapa jua yang memegang jawatan Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri. Inilah apa yang terjadi dengan pelantikan Najib. Tidak ada apa yang istimewanya kerana yang nyata, Najib bukan dipilih oleh rakyat sebagai Perdana Menteri, tetapi dia telah menjadi Perdana Menteri “by chance” dan juga “by default”.
Dari segi corak pemerintahan yang bakal beliau tunjukkan, saya sendiri tak dapat nak katakan tetapi yang pastinya, Najib sebagai pengganti kepada Pak Lah hanyalah merupakan anak didik UMNO yang akan terus berjuang atas dasar assabiyah Melayu, bukannya atas dasar Islam. Saya berpendapat Najib akan terus melaksanakan dasar yang sama seperti mana kelima-lima Perdana Menteri sebelum ini iaitu memperjuangkan agenda Melayu dan sekular, bukannya Islam.

Hal ini jelas diperlihatkan Najib sebelum dia menjadi PM lagi di mana beliau mengatakan UMNO perlu berubah, jika tidak UMNO akan rebah. Beliau sangat menekankan perubahan di dalam UMNO, bukannya kepada perubahan sistem yang ada sekarang kepada sistem Islam. Walhal sistem inilah yang menyebabkan rakyat menderita selama lebih 50 tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN. Di sini jelas bahawa Najib mementingkan UMNO daripada rakyat. Ya saya setuju UMNO perlu berubah, malah UMNO bukan sahaja perlu berubah, tetapi perlu dihapuskan kerana ia merupakan sebuah parti yang ditubuhkan dan sehingga sekarang masih berjuang atas asas assabiyyah yang diharamkan oleh Islam. Najib sepatutnya membentuk sebuah parti baru yang mana asas perjuangannya adalah Islam dan seterusnya apa yang perlu Najib ubah adalah sistem pemerintahan yang ada pada hari ini dari sekular kepada Islam.

mykhilafah.com: APA komen Ustaz dari segi peribadi Najib sendiri?
Abdul Hakim: (Ketawa kecil) AGAK sukar untuk saya menilainya kerana saya tidak mengenalinya secara dekat, malah tak pernah bersua dengan beliau. Cuma, apa yang kita semua tahu adalah dia dibesarkan di dalam suasana penuh kemewahan kerana bapanya adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Dia adalah seorang yang dibesarkan tanpa pernah mengenal erti kesusahan dan keperitan hidup. Dia juga dibesarkan dan berpeluang menduduki jawatan pemerintahan sejak usia muda lagi dan selama itu, sekularlah yang menjadi teras perjuangan beliau.
Kalau dilihat perkembangannya sejak berada di dalam pemerintahan, apatah lagi perkembangan mutakhir sebelum beliau menjawat Perdana Menteri, Najib dipalitkan dengan pelbagai isu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, malah pembunuhan Altantuya yang sehingga kini masih belum selesai dan belum dijawab sepenuhnya oleh Najib. Hal ini sememangnya menjatuhkan imej dan kredibilitinya sebagai orang nombor satu negara, di mana kalau kita lihat, perdana menteri-perdana menteri sebelum ini menjawat jawatan tertinggi itu dalam keadaan 'lebih bersih' berbanding Najib.

mykhilafah.com: APAKAH Ustaz berpandangan Najib tidak memenuhi kriteria sebagai seorang pemimpin mengikut Islam?
Abdul Hakim: ISLAM adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW utk mengatur hubungan di antara manusia dengan Al-Khaliq, manusia dengan dirinya sendiri dan juga manusia dengan manusia yang lain. Dalam kedudukan ini, urusan kepimpinan adalah urusan di mana manusia mengatur manusia yang lain. Dan siapa lagi yang wajib kita jadikan contoh di dalam bidang kepimpinan jika bukan Rasulullah SAW. Kriteria sebagai seorang pemimpin telah ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita dan juga para Khalifah setelah baginda.
Dalam hal ini, kita mesti ingat bahawa pemimpin tertinggi umat Islam adalah Khalifah. Abu Bakar ialah Khalifah, Umar ialah Khalifah, Utsman dan Ali juga adalah Khalifah. Begitu juga para pemimpin setelah Khulafa’ Rasyidun tersebut, kesemua mereka adalah Khalifah. Inilah pemimpin tertinggi umat Islam dan negara Islam. Namun setelah Daulah Khilafah diruntuhkan pada 3 Mac 1924, tiada lagi Khalifah yang memimpin umat Islam dan tidak ada lagi negara Islam. Umat Islam telah dipecah-pecahkan oleh penjajah kepada lebih 50 buah negara dan di setiap negara terdapat pemimpin sekular yang memerintah mengikut kehendak mereka sendiri, bukannya mengikut kehendak Allah dan Rasul.
Dari segi syarat secara individu, Khalifah itu mestilah mempunyai tujuh syarat yakni, hendaklah seorang muslim, lelaki, berakal, baligh, merdeka, adil dan mampu. Dan sebagai syarat seorang pemimpin Islam, seorang Khalifah itu wajib menerapkan hukum Allah. Secara ringkasnya, inilah kriteria pemimpin di dalam Islam. Jika dia tidak menerapkan Islam, apakah layak dia digelar seorang pemimpin Islam, walhal Allah berfirman,
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].
Jadi, saudara tentunya sudah mendapat jawapan sama ada Najib memenuhi kriteria sebagai seorang pemimpin Islam atau tidak.

mykhilafah.com: BAGAIMANA pula dengan barisan kabinet negara yang bakal dibentuk oleh Najib nanti?
Abdul Hakim: SIAPA pun yang bakal diisi oleh Najib di dalam kabinetnya akan pasti terdiri dari ahli-ahli UMNO/BN. Dan mungkin akan terdapat beberapa muka baru, itu biasa. Apa yang akan berlaku, sebagaimana yang telah berlaku sebelum-sebelum ini adalah, akan berlaku pertukaran ‘wajah-wajah’ anggota barisan kabinet, namun sistem yang diterapkan tetap sama, tetap sekular, tetap memisahkan di antara agama dan kehidupan. Mungkin Menteri A akan memegang jawatan baru dan Menteri B akan berpindah Kementerian dan sebagainya, namun Islam akan tetap diketepikan oleh mereka di dalam pentadbiran. Inilah dasar UMNO/BN.

mykhilafah.com: APAKAH Ustaz rasa Najib dan kabinetnya nanti berjaya membawa Malaysia mengatasi kegawatan ekonomi global yang melanda kini?
Abdul Hakim: SEBAGAIMANA saya telah katakan, apa yang berubah sekarang hanyalah pemandunya sahaja, tetapi kereta yang dinaiki tetap kereta lama, kereta buruk yang penuh bermasalah. Sebagai pemandu baru yang mewarisi sebuah kereta buruk, Najib pastinya akan memperbaiki di mana patut, dia akan cat sana sikit sini sikit, tampal sana sikit sini sikit dan seterusnya.
Kita perlu faham bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular pendokong dan pengamal sistem Kapitalis. Tuan kepada Kapitalis adalah Amerika Syarikat. Jadi, mahu tak mahu, segala masalah yang melanda ‘tuan’, akan turut menjejaskan ‘hamba’nya. Malaysia kononnya cuba keluar dari kemelut dengan memasukkan suntikan pertama 7 billion untuk merangsang ekonomi, kemudian disiytiharkan lagi suntikan kedua sebanyak 60 billion bagi merancakkan ekonomi. Langkah ini adalah langkah yang sama yang telah dilakukan oleh AS dan Britain, namun tetap gagal memperbaiki ekonomi.
Kita perlu faham bahawa punca kepada krisis ekonomi yang melanda dunia adalah kerana sistem Kapitalis itu sendiri. Bermula dengan krisis sub prima di AS, ekonomi ribawi, pasaran saham, insuran dan sebagainya yang kesemua ini adalah jantung kepada transaksi ekonomi Kapitalis, telah membawa negara Kapitalis ke hujung hayat mereka. Malaysia sebagai sebuah negara Kapitalis tidak terlepas dari semua itu. Ekonomi ribawi, pasaran saham, cukai, insuran dan pelbagai bentuk transaksi haram menjadi teras kepada ekonomi Malaysia. Jadi, mana mungkin Malaysia akan terlepas dari kejatuhan ekonomi kapitalis global, kerana Malaysia juga adalah negara Kapitalis?
Satu-satunya jalan keluar dari krisis ekonomi ini adalah dengan mencampakkan sistem ekonomi kapitalis yang kotor lagi keji ini, dan menggantikannya dengan sistem ekonomi Islam. Inilah satu-satunya penyelesaian. Sistem ekonomi Islam adalah sistem ekonomi yang datangnya dari Allah selaku Pencipta manusia. Allah Maha Tahu akan apa yang manusia perlukan. Allah hidupkan manusia di dunia ini dan Allah berikan jalan pengaturannya, yakni Islam. Jadi, manusia yang sombong dengan Allah menggunakan sistem mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah, tidak mengambil sistem Allah. Sudah tentulah tidak akan menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, Najib sendiri tidak pernah pun mencadangkan untuk menerapkan sistem ekonomi Islam untuk menyelamatkan umat Islam dari kemelut yang melanda. Inilah yang amat menyedihkan.
Hizbut Tahrir telah lama mengeluarkan buku Nizamul Iqtisadi Fil Islam (Sistem Ekomomi Islam), Al-Amwal Fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan di Dalam Daulah Khilafah) dan ratusan lagi leaflet yang membincangkan tentang sistem ekonomi Islam. Hizbut Tahrir mahu pemimpin Islam menerapkan sistem ekonomi Islam yang datangnya dari Allah SWT. Jika Najib tidak mempunyai kepakaran, kita sanggup duduk dan berbincang dengan beliau bagaimana cara menerapkan sistem Islam di dalam pemerintahan. Kita mempunyai kepakaran tersebut.
Hizbut Tahrir yang bergerak di lebih 40 buah negara termasuk negara kafir, kita mempunyai solusi dan kaedah bagaimana mentadbir ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara berlandaskan Islam. Solusi ini adalah solusi yang pernah diterapkan pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ Rasyidun, dan ternyata telah membawa kemakmuran kepada dunia selama lebih 1400 tahun. Solusi inilah yang Hizbut Tahrir bawa.

mykhilafah.com: APA pendapat Ustaz mengenai dasar luar yang bakal dilaksanakan oleh Najib?
Abdul Hakim: SAYA melihat dasar luar yang bakal diterapkan Najib tetap sama sebagaimana pemimpin terdahulu. Sebagaimana saya telah nyatakan, Najib tidak membawa agenda Islam di dalam pemerintahan beliau, justeru dasar luar yang bakal diterapkan tentunya dasar luar yang bukan Islam. Islam mempunyai siyasah kharijiyah (polisi luar negara) yang khusus dan tersendiri yakni dakwah dan jihad.
Pemimpin umat Islam tidak pernah mengamalkan dasar luar Islam. Malah kita lihat semasa pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku pemimpin OIC sekalipun, umat Islam di Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Thailand dan Palestin terus tertindas dan dibunuh dengan kejam tanpa sedikit pun pembelaan dari pemimpin dunia Islam. Malah ketika itu, Najib sendiri memegang portfolio Menteri Pertahanan, namun tidak ada seorang tentera pun yang dihantar untuk menyelamatkan saudara kita di sana.
Lebih menyedihkan semasa Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) melakukan demontrasi aman di Kementerian Pertahanan menyeru agar tentera Malaysia dikerah untuk membantu umat Islam di Gaza yang terus disembelih tentera Israel, pemimpin Malaysia memberi komen sekadar cukup kita hantar bantuan perubatan dan kecemasan serta bantuan kemanusiaan ke Gaza, tidak perlu dan tidak boleh hantar tentera. Inikah pemimpin Islam yang kita mahukan?
Hal ini bertentangan secara diametral dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan para Khalifah ketika mana nyawa umat Islam diancam musuh. Rasulullah dan para Khalifah melancarkan jihad untuk menghapuskan tentera kuffar demi menyelamatkan umat Islam, sedangkan pemimpin sekarang masih berada di kerusi empuk dan masih enak di buai mimpi di tilam yang paling mahal tatkala nyawa umat Islam satu per satu melayang di Gaza.
Kalau nak bercakap tentang dasar luar ni, terlalu banyak yang nak saya perkatakan dan perbetulkan, namun cukuplah dulu buat masa ini.

mykhilafah.com: PESANAN Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) kepada Najib?
Abdul Hakim: HTM terus komited dengan perjuangan parti yakni melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Hizbut Tahrir seluruh dunia berusaha siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk menerapkan sistem Khilafah ke seluruh pelusuk dunia. Dalam usaha Hizbut Tahrir untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Khilafah ini, Hizbut Tahrir tetap akan terus memuhasabah pemimpin, siapa pun mereka. Dalam masa yang sama, Hizbut Tahrir berusaha untuk mendapatkan nusrah (pertolongan) dari mereka yang berkuasa dan mempunyai kekuatan agar mereka menolong Hizbut Tahrir di dalam menegakkan agama Allah ini, dan seterusnya membantu Hizbut Tahrir untuk menegakkan Daulah Khilafah.
Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Hizbut Tahrir menyeru agar terapkanlah Islam di dalam pemerintahan anda, tukarlah sistem sekular ini kepada sistem Islam. Takutlah anda kepada Allah dan Rasul di dalam urusan pemerintahan ini, Allah akan menghisab setiap perbuatan anda walau sebesar zarah sekalipun. Allah menjanjikan syurga kepada anda jika anda menerapkan hukumNya, dan neraka yang bernyala-nyala menanti anda jika hukum Allah anda ketepikan. Dan ingatlah bahawa Allah berkuasa merentap kekuasaan anda dengan sekelip mata sahaja, sebagaimana Allah telah merentap pemerintahan orang-orang sebelum anda.

mykhilafah.com: TERIMA kasih Ustaz kerana meluangkan sedikit masa untuk temu ramah ini.
Abdul Hakim: AFWAN wa jazakumullahu khairan.

Jemput datang beramai-ramai