Seputar
Oleh Orang Kampung
tintaemas78@yahoo.com.my
Assalammualaikum,
Minggu ini negara digemparkan dengan pelbagai khabar berita yang cukup mengegarkan. Daripada kisah si Najib, Anwar dan Saiful. Sehingga populariti artis sedikit sebanyak terjejas dengan berita tiga orang ini.
Namun bukan itu yang menjadi persoalan. Sabtu lalu, ada seorang penyiasat persendirian bernama P. Balasubramaniam yang menarik balik akuan sumpahnya berkaitan dengan pembabitan Najib dengan kes model daripada Mongolia.
Mungkin Bala sendiri tidak mengetahui apa itu sumpah ataupun beliau hanya ingat sumpah itu seperti sesumpah yang kita jumpa seharian. Perkara benar tetap benar dan tiada yang dapat mengatasinya.
Biarlah undang-undang yang mengadilinya
Ceritha Anwar
Bagi Orang Kampung, sudah terlalu banyak cerita mengenai Si Anwar ini. Ramai yang akan dapat menatap sendiri di dada akhbar sama ada medium pemerintah ataupun pembangkang mengenai dirinya.
Ada pro dan kontranya. Namun semalam (Jumaat) Orang Kampung sempat bersembang dengan rakan di warung kopi soal Anwar ini. Bermula daripada dua orang menjadi tiga orang akhirnya lima orang.
Pelbagai cerita yang terkeluar sehingga tiga teh o panas serta tiga batang rokok pun tidak cukup. Ada yang mengatakan konspirasi dan sebagainya. Isu ini bagaikan tidak kena semasa Najib terpalit dengan isu model Mongolia dan Anwar dengan janji pemimpin BN masuk ke Pakatan Rakyat.
Gambar: http://bodohland.wordpress.com
Satu: Kes itu masih berjalan dan keputusan akan ditentukan
Dua: Anwar dengan retoriknya. Cukuplah Anwar. Pakatan Rakyat dah menang lima negeri. Jagalah negeri baik-baik. Bangunkan ekonomi dan ikutlah menifesto yang dijanjikan kerana rakyat sudah muak dengan janji serta keperitan hidup yang mereka alami.
Cerita mengenai Anwar ini tidak habis, era MCKK sehingga kini Penasihat PKR. Pidatonya cukup hebat dan Orang Kampung sendiri pernah hampir-hampir menjadikan beliau sebagai idola.
Namun rakan-rakan menceritakan dengan semua pelajar lelaki di MCKK perkara itu tidak mustahil dan kenyataan mahkamah menjelaskan memang beliau menjalankan hubungan sulit dengan seseorang.
MasyaAllah. Takkan pemimpin gerakan Islam sanggup berbuat sedemikian
Namun Orang Kampung bersetuju dengan pendapat rakan Anwar juga manusia biasa dan hanya Allah, Anwar dan Saiful sahaja yang tahu.
Di Sebalik
Di sebalik cerita-cerita berprofil tinggi ini yang mungkin menjadi wadah sama ada untuk pembangkang dan parti pemerintah mengalihkan isu kesukaran rakyat kini.
Mengapa. Kesukaran rakyat menjadi perhatian Tingkat5. Kerana Orang Kampung dan Arjuna Idealis juga bekerja makan gaji cuma Arjuna lebih tembam berbanding Orang Kampung.
Realitinya kini cukup sukar dengan kenaikan harga barangan. Ini lebih melarat kepada orang-orang kampung dan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Mereka yang menaiki kenderaan mewah, dihamparkan dengan karpet merah mewah tidak bisa merasainya. Wang elaun sahaja tidak habis makan sehingga anak cucu.
Bagaimana dengan mereka yang seharian makan nasi putih dan ikan masin. Di sebelah sana makan ayam goreng hari-hari itupun semasa majlis bukan di rumah lagi.
Sisi lainnya, anak muda yang kemaruk dengan hiburan . Pergi ke Planet Hollywood, Hard Rock dan konsert-konsert. Mereka sanggup membelanjakan ratusan ringgit kerana hiburan dan ketenangan berbanding menghadap yang Esa memohon pertolongan.
bahagian pertama
Friday, July 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment