Friday, July 4, 2008

Alahai... Maya


Daripada Arjuna Idealis

Muktahir ini cerita aktres Maya Karin sudah menemui jodohnya mungkin tidak sehangat kisah liwat; Anwar, Najib dan Saiful. Tiga sarkas yang membuat negara menjadi kelabu malam walaupun di siang hari. Semua orang belek sana sini, surat kahabar, berita tv mahu pun blog bagi mendapat 'hot news' untuk di cerita kepada orang lain macam dia si tukang cerita.

Lihat betapa kuatnya cerita kelamin di luar tabii itu pada mata kasar rakyat tapi kisah si Maya itu jauh sekali di mata hati. Apatah lagi mungkin sudah melupai hidup rakyat kebanyakkan semakin terhimpit dengan isu inflasi. Malah ekonomi negara kelmarin bagaikan tergamang apabila KLCI terpaksa digantung gara-gara komputer rosak kata bos besar Bursa Malaysia.

Tiada satu pak menteri atau rakyat ambil kisah. Mungkin masalah komputer itu hanya mengaburi rakyat bahawa pelabur sudah hilang kepercayaan kerana perkembangan politik ketika ini yang turut memeningkan mereka. Ini dibuktikan apabila KLCI di buka semalam jatuh dari 1,200 mata.

Arjuna berminat menyentuh kisah Maya tersebut, lena seketika kita dari kisah liwat sarkas itu. Sebagai permulaan Arjuna mengucapkan taniah kepada Maya kerana akhirnya dapat jua dia menemui pasangan hidup. Lantas ini menepis pelbagai tohmahan ke atas dia yang dikaitkan selama ini mempunyai hubungan kelamin dengan orang lain termasuk menantu PM.

Namun citarasa si Maya itu bagaikan satu tren aktres celup di negara ini iaitu mencari mat saleh. Entah apa istimewanya atau dia bimbang celup putih menjadi jawa atau yop dan keputusannya itu membuat ramai pemuda kita terus kempunan dan tergapai-gapai dalam mencari cinta pilihan hati bukan keputusan hati.

Kita hidup dalam dunia dan budaya kapitalis

Alkisahnya Arjuna bimbang pelaku si Maya ini hampir mengambarkan gadis Malaysia masa kini kerana artis sering menjadi role model di negara ini yang terpengaruh terhadap budaya 'low class'. Dewasa ini ramai gadis mula memilih pasangan sedap di mata dan hati bukan berisi di mata dan hati.

Akibatnya, si pemuda kebanyakkan bukan tidak dilayan hanya si tua, si celup dan anak orang hartawan pilihan utama. Justeru si pemuda yang bukan 'ular' pula terpaksa berpenat kerja siang malam bagi menyediakan harta untuk kesenaggan pilihannya kelak seperti sia-sia. Ekoran tidak dilayan gadis di hati pemuda itu atau masih belum ada pasangan.

Maka kerana masih tercari-cari atau kecewa tidak di layan gadis idaman hati, si pemuda yang hanya mempunyai satu nafsu akan mencari jalan alternatif memenuhinya. Oleh itu bagaikan keseimbangan ekonomi kapitalis bertemu (penawaran dan pemintaan). Malah tidak terkejut kenapa di Lembah Klang kini banyak pelacuran bertopengkan pusat urat beroperasi.

Walaupun ada si pemuda setia pada cintanya sanggup mendirikan rumah tangga dalam ekonomi yang serba cukup makan tidak kesampaian gara-gara mertua yang di gila harta. Kekesalan Arjuan melihat mertua yang meletakkan harga berbanding niat murni mendirikan masjid itu. Lebih mengecewakan gadis pilihan itu berdiam diri seperti bersetuju situasi anak gadis metalristik.

Maka tidak hairan banyak si pemuda kembali ke pusat urut atau membawa lari anak orang mahupun memilih gadis dari seberang. Cerita teruna, dara dan mertua itu sebenarnya luas skopnya apabila di lihat dalam konteks di negara ini. Mudahnya pemerintah cukup makan undi ini memandang orang luar (asing) tinggi dari rakyat tempatan.

Elokla... si penyamun menjual di penyangak

Dari segi pekerjaan, perniagaan ataupun hasil ilmiah, apa yang di bawa orang asing itu lebih diutamakan. Banyak peluang pekerjaan kini di isi pekerja asing. Rakyat tempatan lepasan SPM atau STPM di suruh sambung belajar yang mana akhirnya peluang pekerjaan itu belum kepastian. Namun sebenarnya ia perancangan yang menguntungkan sebelah pihak.

Ini kerana pendidikan di negara ini sudah menjadi industri, pelajar yang tidak beruwang disuruh ambil pinjaman PTPTN yang akhirnya apabila tamat menuntut kerja belum nampak di tangan pasti pelajar dibebani hutang yang tidak akan selesai. Lambakan pekerja asing pula memenuhi kerja tempatan yang akhirnya mewujudkan suasana kurang senang.

Ditambah keputusan kabinet cukup makan undi itu sewenang-wenangnya membiarkan selatan tanah air dimajukan Singapore tidak nampak apa manfaatnya nanti. Katanya banyak perusahan di bina apakah jaminan kerja itu bukan di isi perkerja asing. Sedangkan teori kapitalis mengkayakan pemilik pasti kos yang muruh jadi keutamaan.

Belum lagi dikira hartanah dibagunkan nanti, pasti rakyat kebanyakkan hanya layak duduk di PPR sahaja. Lataran perkembangan mutahir ini jelas tidak memihak rakyat hanya memunuhi nafsu pemerintah saja. Siapa dapat tawarkan kantong yang besar dipilihnya. Tidak terkejut Arjuna satu hari nanti wilayah itu rakyat tempatan sendiri tidak berani masuk.

Perkembangan mengila ini hampir sama dengan kes liwat tiga sarkas dan teruna, dara dan mertua itu iaitu hakikinya rakyat kebanyakkan terus dikaburi dan dikerahkan siang malam bekerja namun dalam diam-diam upah di terima ini bocor sen-persen melalui tol, komisen dan sebagainya yang penghujungnya rakyat kebanyakkan tidak merasainya dengan percuma.


Arjuna Idealis - Dulu berhajat mahu bercinta dengan Maya.

No comments: