Monday, July 7, 2008

Seputar - Minyak Oh Minyak

Seputar - Bahagian ketiga

Suara Orang Kampung

Assalamualaikum,

Pada Perhimpunan Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya vokalis Carburetor Dung Alak telah dibelasah oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana cuba melondehkan seluar sambil menjerit perkataan 'jilat' ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi menjilat.

Apa yang dijilatkan Orang Kampung pun tidak tahu

Orang kampung tidak ingin ulas panjang mengenai perkara ini kerana muzik itu adalah salah satu cabang seni yang indah tetapi perlulah mengikut hukum dan syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

Muzik mampu memberi ketenangan jiwa.... Orang Kampung juga minat muzik! Tetapi sampai cuba melondeh seluar sambil menjilat bukanlah menifitasi sebenar muzik. Yang memalukan ketika Protes ini yang disertai oleh Pakatan Rakyat dan NGO sibuk berbicara mengenai harga minyak yang melampau tetapi tidak mampu muhasabah diri dengan menjemput kumpulan merapu.

Pemimpin adalah ikutan kepada rakyatnya

Dalam suara mengegar mengatakan kerajaan zalim tetapi mereka lebih zalim kerana tidak mampu membentuk peribadi pengikut dengan baik.

Sistem kapitalis dan sekularisme memang kejam kerana akhlak rakyat semakin merosot kerana teori kebebasan yang dibawa.

Orang kampung berpendapat jika betul Pakatan Rakyat ingin memberi solusi bagaimana menurunkan harga minyak mereka perlu tampil dengan pelan bagaimana mereka dapat mengatasi harga minyak yang menggila ini dari sudut ekonomi, politik dan sosial.

Orang Kampung tunggu debat Anwar dan Shabery nanti

Lembaran dalam Tingkat5 ada memberi pandangan bagaimana krisis ini dapat diselesaikan mengikut pandangan Islam.

Pakatan Rakyat. Jagalah baik-baik lima negeri yang anda pimpin sekarang. Jangan menang sorak kampung tergadai nanti.

Mana-mana menifesto yang ditawarkan tunaikan sebaiknya. Rakyat perlu dipimpin dengan siasah dan keperibadian Islam yang unggul.


Pak Lah - Minyak

Sekarang ini sibuk dengan sidang pemimpin negara membangun D8, Pak Lah berpandangan Iran perlu membantu menghadapi krisis minyak.

Namun adakah Pak Lah tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa semua urusniaga ditambat dengan dolar Amerika. Ini ditambah pula dengan spekulasi.

Amerika ini pandai terutama Si Bush. Kenaikan harga petrol dan keadaan ekonomi yang serba tidak kena ini menjadi modal kepadanya untuk menyelamatkan negaranya yang telah dilanda dengan kes sub prima.

Baguslah begitu. Kita asyik protes tapi tidak hadir dengan solusi, penjajah yang kita agungkan semasa menjajah curi kekayaan negara kita. Baliknya mereka meninggalkan ideologi yang kita ikut sampai sekarang.

Dimanakah jati diri yang kita agung-agungkan sebenarnya.

No comments: