Tuesday, July 8, 2008

Semua Orang Mahu Kaya

Assalammualaikum,

Salam Orang Kampung

Jutaan pelanggan Celcom yang menyertai Peraduan 100 Hari 100 Kereta kini boleh tersenyum apabila syarikat telekomunikasi itu mula mena warkan penggantian semula kredit mereka.

Keputusan itu dinyatakan kepada semua pengguna terbabit menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang juga memaklumkan jumlah dibelanja untuk peraduan itu dikreditkan ke akaun bulan ini.

Orang Kampung bukan hendak berbicara mengenai seronoknya mereka yang banyak melaburkan wang mereka melalui SMS mendapat kembali wang mereka tetapi realiti masyarakat kita kini.

Asal ada duit jatuh dari langit sahaja semua kita berebut. Tidak kira dengan pelbagi cara dan pendekatan. Sama ada jualan langsung, skim cepat kaya, gores dan menang dan sebagainya semuanya hendak dibalun.

Skim cepat kaya dan gores dan menang, sudah diharamkan tetapi tanyalah diri sendiri, senang kata tepuk dada tanya selera bagaimana ramai yang masih tertipu dengan skim-skim ini.

Tidak perlu jauh.... sanak saudara dan jiran-jiran juga jadi mangsa

Keluarga Orang Kampung pun sama

Soalnya balik semula kepada teori ekonomi. Ada permintaan adalah penawarannya.

Berbalik kepada soal Juwatan Celcom ini, kawan penulis turut terkena. SMS sampai beribu-ribu, berjam-jam kerana soalannya budak sekolah darjah satu pun boleh jawap.

Sudah syok sebab ingat dapat kereta mewah namun di akhir soalan tiba-tiba tergendala. Betapa bijaknya sistem kapitalisme ini mengaut kekayaan.

Nasib baik duit dipulangkan. Jika RM2,000 habis kepada peraduan itu dan itulah satu-satunya duit gaji bagaimana hendak menampung perbelanjaan.

Mula bergaduh, yang si suami menyalahkan isteri dan begitulah juga sebaliknya

Anak sekolah, susu anak, duit kereta, duit rumah..... kita bukan Abang Mat mampu!

Itulah kekuasaan Allah s.w.t. Allah dah berikan secukupnya rezeki pada kita. Orang buta dan cacat walaupun dari segi fizikalnya tidak sama seperti insan normal cukup rezekinya.

Mencari pekerjaan dan kaedah sampingan untuk menambah pendapatan memang perlu tetapi fikirkanlah jika tauke jualan langsung ini untung berpuluh juta anda mendapatkan sebahagian kecil sahaja.

Sedangkan andalah yang puas memujuk, berlari ke sana-sini untuk melariskan barangan.

Berniaga ada caranya.... sedangkan katak yang dianggap jijik boleh menjadi sumber pendapatan.

Strategi pemasaran dan otak berniaga yang baik amat diperlukan

Jangan baru untung sikit berlagak macam ahli koperat. Simpan sedikit keuntungan untuk perbelanjaan luar jangka.

Kembangkan lagi perniagaan sehingga mampu memberi pendapatan kepada orang lain

Jangan lupa berzakat dan menderma

Bukan arak, wanita dan kemewahan yang memberi rezeki tetapi Allah

Berkerjalah dengan ikhlas dan mengikut akad yang ditetapkan. Doa pada Allah banyak-banyak. Tidak rugi berdoa padaNYa.

Tidak dapat hari ini dapat esok..... lusa ..... minggu depan ..... tahun depan


No comments: