Tuesday, July 8, 2008
Info Maya
Sebagai seorang ISLAM, sama-sama kita nyatakan sokongan dan keprihatinan kita terhadap perkara ini. Jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab memperkotak-katikkan umat ISLAM Malaysia dengan berselindung disebalik undang-undang Malaysia (yang bukan undang2 Islam).
Jangan biarkan Islam dicabar oleh mereka. Perjuangan ini bukan kerana kita mahu berlaku pergaduhan antara agama tetapi kita mahu hak Islam dihormati di negara kita. Allahu Akbar
Makluman Peguam Pembela Islam: PENTING DAN MOHON DISEBARKAN June 29, 2008Posted by membelaislam: (www.membelaislam.wordpress.com)
Kami memohon agar umat Islam hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh berikut bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan, demi menzahirkan keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada perjuangan ini serta pihak-pihak yang terlibat. Kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
Tarikh-tarikh penting untuk perhatian:
7 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes Tanah Perkuburan Kota Kemuning – Mahkamah Rayuan PutrajayaIni adalah permohonan Semakan Kehakiman oleh 187 orang bukan Islam terhadap penggunaan sebidang tanah yang masih belum digazetkan untuk tanah perkuburan Islam. Empat Jenazah Islam telahpun disemadikan di sana . Dan sekiranya permohonan semakan kehakiman tersebut dibenarkan empat jenazah Islam itu terpaksa digali semula. Sekarang perintah injunksi telah dikeluarkan bagi menghalang jenazah Islam lain dikebumikan di sana . Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memohon untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil. MAIS merayu terhadap keputusan tersebut.
9 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes penggunaan kalimah `Allah' - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – permohonan untuk semakan kehakiman (Judicial Review)Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Titular Roman Catolic Church of Kuala Lumpur untuk mengkaji semula keputusan kerajaan menghalang gereja tersebut untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly. Mereka juga memohon deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan ALLAH bagi tujuan agama mereka.5
Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah `Allah' Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – Writ SamanPihak Titular Roman Chatolic Church of Kuala Lumpur telah memfailkan Writ Saman untuk deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam.
7 & 8 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah `Allah' (Sidang Injil Borneo ) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan DutaPermohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Sidang Injil Borneo kerana merampas bahan-bahan cetakan berbahasa Indonesia yang merujuk beberapa perkataan digunakan untuk merujuk kepada agama Kristian. Mereka juga memohon menggunakan perkataan perkataan ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT bagi kegunaan pendidikan agama Kristian. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk disebarkan di Malaysia.
Seruan:
Kami memohon agar umat Islam, khususnya pendukung-pendukung NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh tersebut di atas bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan dan kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
Sebarang pertanyaan/ pengesahan kehadiran boleh berhubung dengan Hj. Zainul Rijal Abu Bakar (0192351555) atau Azril Mohd Amin (0123037110).Sekian,Peguam Pembela Islam [PPI]Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam [PEMBELA]
Monday, July 7, 2008
Seputar - Minyak Oh Minyak
Suara Orang Kampung
Assalamualaikum,
Pada Perhimpunan Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya vokalis Carburetor Dung Alak telah dibelasah oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana cuba melondehkan seluar sambil menjerit perkataan 'jilat' ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi menjilat.
Apa yang dijilatkan Orang Kampung pun tidak tahu
Orang kampung tidak ingin ulas panjang mengenai perkara ini kerana muzik itu adalah salah satu cabang seni yang indah tetapi perlulah mengikut hukum dan syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam.
Muzik mampu memberi ketenangan jiwa.... Orang Kampung juga minat muzik! Tetapi sampai cuba melondeh seluar sambil menjilat bukanlah menifitasi sebenar muzik. Yang memalukan ketika Protes ini yang disertai oleh Pakatan Rakyat dan NGO sibuk berbicara mengenai harga minyak yang melampau tetapi tidak mampu muhasabah diri dengan menjemput kumpulan merapu.
Pemimpin adalah ikutan kepada rakyatnya
Dalam suara mengegar mengatakan kerajaan zalim tetapi mereka lebih zalim kerana tidak mampu membentuk peribadi pengikut dengan baik.
Sistem kapitalis dan sekularisme memang kejam kerana akhlak rakyat semakin merosot kerana teori kebebasan yang dibawa.
Orang kampung berpendapat jika betul Pakatan Rakyat ingin memberi solusi bagaimana menurunkan harga minyak mereka perlu tampil dengan pelan bagaimana mereka dapat mengatasi harga minyak yang menggila ini dari sudut ekonomi, politik dan sosial.
Orang Kampung tunggu debat Anwar dan Shabery nanti
Lembaran dalam Tingkat5 ada memberi pandangan bagaimana krisis ini dapat diselesaikan mengikut pandangan Islam.
Pakatan Rakyat. Jagalah baik-baik lima negeri yang anda pimpin sekarang. Jangan menang sorak kampung tergadai nanti.
Mana-mana menifesto yang ditawarkan tunaikan sebaiknya. Rakyat perlu dipimpin dengan siasah dan keperibadian Islam yang unggul.
Pak Lah - Minyak
Sekarang ini sibuk dengan sidang pemimpin negara membangun D8, Pak Lah berpandangan Iran perlu membantu menghadapi krisis minyak.
Namun adakah Pak Lah tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa semua urusniaga ditambat dengan dolar Amerika. Ini ditambah pula dengan spekulasi.
Amerika ini pandai terutama Si Bush. Kenaikan harga petrol dan keadaan ekonomi yang serba tidak kena ini menjadi modal kepadanya untuk menyelamatkan negaranya yang telah dilanda dengan kes sub prima.
Baguslah begitu. Kita asyik protes tapi tidak hadir dengan solusi, penjajah yang kita agungkan semasa menjajah curi kekayaan negara kita. Baliknya mereka meninggalkan ideologi yang kita ikut sampai sekarang.
Dimanakah jati diri yang kita agung-agungkan sebenarnya.
Saturday, July 5, 2008
Banyakkan bekerja dan kurangkan bercakap
Bahagian Dua
Yang malunya adalah kebanyakkan yang pergi ke kelab malam dan konsert ini bangsa Melayu sendiri. Jadi di mana ingin memperjuangkan siasah dan minda intelek.
Banyakkan bekerja dan kurangkan bercakap
Mungkin itulah istilah yang paling tepat. Pemimpin sendiri perlu muhasabah diri sendiri sebelum menegur rakyat.
Sekiranya pemimpin tidak betul bagaimana rakyat hendak terpimpin ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Cukuplah sudah dengan gimik dan retorik yang disampaikan.
Mana pergi kemajuan NCER,ECER dan pembangunan yang dilaungkan Pakatan Rakyat. Orang Kampung yang sendiri pulang ke kampung halaman di Perak tidak melihat apa-apa.
Sedangkan masa dulu kemajuan umat Islam mendahului umat lain sama ada dalam bidang teknologi, ilmu, siasah dan sebagainya tetapi kini jadi mangsa buli.
Mengapa? Ruh Islam sendiri tiada pada umat Islam. Mereka solat tetapi masih mengagungkan sistem kapitalis dan nasionalisme.
Kembalilah kepada Al-Quran sepenuhnya agar kita kembalikan kegemilangan itu.
Mulianya bangsa Melayu kerana Islam dan ia tidak pernah lari daripada itu.
Walaupun sejuta seminar sekalipun ia tidak akan mengubah segalanya.
Friday, July 4, 2008
Seputar
Oleh Orang Kampung
tintaemas78@yahoo.com.my
Assalammualaikum,
Minggu ini negara digemparkan dengan pelbagai khabar berita yang cukup mengegarkan. Daripada kisah si Najib, Anwar dan Saiful. Sehingga populariti artis sedikit sebanyak terjejas dengan berita tiga orang ini.
Namun bukan itu yang menjadi persoalan. Sabtu lalu, ada seorang penyiasat persendirian bernama P. Balasubramaniam yang menarik balik akuan sumpahnya berkaitan dengan pembabitan Najib dengan kes model daripada Mongolia.
Mungkin Bala sendiri tidak mengetahui apa itu sumpah ataupun beliau hanya ingat sumpah itu seperti sesumpah yang kita jumpa seharian. Perkara benar tetap benar dan tiada yang dapat mengatasinya.
Biarlah undang-undang yang mengadilinya
Ceritha Anwar

Bagi Orang Kampung, sudah terlalu banyak cerita mengenai Si Anwar ini. Ramai yang akan dapat menatap sendiri di dada akhbar sama ada medium pemerintah ataupun pembangkang mengenai dirinya.
Ada pro dan kontranya. Namun semalam (Jumaat) Orang Kampung sempat bersembang dengan rakan di warung kopi soal Anwar ini. Bermula daripada dua orang menjadi tiga orang akhirnya lima orang.
Pelbagai cerita yang terkeluar sehingga tiga teh o panas serta tiga batang rokok pun tidak cukup. Ada yang mengatakan konspirasi dan sebagainya. Isu ini bagaikan tidak kena semasa Najib terpalit dengan isu model Mongolia dan Anwar dengan janji pemimpin BN masuk ke Pakatan Rakyat.
Gambar: http://bodohland.wordpress.com
Satu: Kes itu masih berjalan dan keputusan akan ditentukan
Dua: Anwar dengan retoriknya. Cukuplah Anwar. Pakatan Rakyat dah menang lima negeri. Jagalah negeri baik-baik. Bangunkan ekonomi dan ikutlah menifesto yang dijanjikan kerana rakyat sudah muak dengan janji serta keperitan hidup yang mereka alami.
Cerita mengenai Anwar ini tidak habis, era MCKK sehingga kini Penasihat PKR. Pidatonya cukup hebat dan Orang Kampung sendiri pernah hampir-hampir menjadikan beliau sebagai idola.
Namun rakan-rakan menceritakan dengan semua pelajar lelaki di MCKK perkara itu tidak mustahil dan kenyataan mahkamah menjelaskan memang beliau menjalankan hubungan sulit dengan seseorang.
MasyaAllah. Takkan pemimpin gerakan Islam sanggup berbuat sedemikian
Namun Orang Kampung bersetuju dengan pendapat rakan Anwar juga manusia biasa dan hanya Allah, Anwar dan Saiful sahaja yang tahu.
Di Sebalik
Di sebalik cerita-cerita berprofil tinggi ini yang mungkin menjadi wadah sama ada untuk pembangkang dan parti pemerintah mengalihkan isu kesukaran rakyat kini.
Mengapa. Kesukaran rakyat menjadi perhatian Tingkat5. Kerana Orang Kampung dan Arjuna Idealis juga bekerja makan gaji cuma Arjuna lebih tembam berbanding Orang Kampung.
Realitinya kini cukup sukar dengan kenaikan harga barangan. Ini lebih melarat kepada orang-orang kampung dan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Mereka yang menaiki kenderaan mewah, dihamparkan dengan karpet merah mewah tidak bisa merasainya. Wang elaun sahaja tidak habis makan sehingga anak cucu.
Bagaimana dengan mereka yang seharian makan nasi putih dan ikan masin. Di sebelah sana makan ayam goreng hari-hari itupun semasa majlis bukan di rumah lagi.
Sisi lainnya, anak muda yang kemaruk dengan hiburan . Pergi ke Planet Hollywood, Hard Rock dan konsert-konsert. Mereka sanggup membelanjakan ratusan ringgit kerana hiburan dan ketenangan berbanding menghadap yang Esa memohon pertolongan.
bahagian pertama
Kapital lawan Islam
Ekonomi Islam Vs Ekonomi Neo-Liberal
IMF membunuh umat manusia tidak dengan peluru atau meriam , tetapi dengan wabak kelaparan. (Andres Perez, Mantas Presiden Venezuela, The Ecologist Report, Globalizing Poverty, 2000).
Kebijakan yang Bertolak Belakan
Islam menjadikan akidah Islam berikut syariatnya sebagai landasan sistem ekonominya. Sebaliknya, dasar sistem ekonomi Kapitalisme adalah sekularisme, yang menghalangi agama terlibat dalam ekonomi. Akibatnya, kebijakan ekonomi kapitalis lebih didasarkan pada hawa nafsu manusia yang rakus.
Lalu bagaimana pandangan dan solusi Islam terhadap kebijakan ekonomi neo-liberal ini?
Persoalan ekonomi: distribusi atau produksi?
Kalangan ekonomi kapitalis (liberal) percaya bahwa persoalan ekonomi terletak pada masalah produksi. Maksudnya, persoalan ekonomi terletak pada tidak terbatasnya keinginan manusia, sementara sumberdaya yang diperlukan untuk memenuhinya terbatas. Untuk menghilangkan gap ini harus dengan peningkatan produksi. Karena itu, hitungan angka rata-rata statistik seperti GDP (Gros domestik product) dan GNP (gross national product) adalah persoalan penting; tanpa melihat orang-perorang, apakah mereka sejahtera atau tidak.
Sebaliknya, dalam Islam, persoalan ekonomi terletak pada masalah distribusi kekayaan. Sebenarnya terdapat sumber-sumber yang cukup untuk menyediakan kebutuhan-kebutuhan pokok 6 miliar penduduk dunia. Masalahnya adalah pada pendistribusian. Tidak sahihnya pendistribusian inilah yang menyebabkan terjadinya kesenjangan yang luar biasa antara negara maju dan Dunia Ketiga (yang ironisnya mayoritas negeri-negeri Islam).
Sejak 1994-1998, nilai kekayaan bersih 200 orang terkaya di dunia bertambah dari 40 miliar dolar AS menjadi lebih dari 1 trilun dolar AS; aset tiga orang terkaya di dunia lebih besar dari GNP 48 negara terbelakang; 1/5 orang terkaya di dunia mengkonsumsi 86% semua barang dan jasa; 1/5 orang termiskin dunia hanya mengkonsumsi kurang dari 1% saja (The United Nations Human Development Report, 1999).
Di sinilah peranan negara, yang dalam pandangan ekonomi Islam, wajib melakukan pendistribusian kekayaan ini dengan mekanisme tertentu yang sesuai dengan syariat Islam sehingga setiap orang terpenuhi kebutuhan pokoknya.
2. Peran negara: perlu atau tidak?
Konsekuensi dari keyakinan tentang persoalan ekonomi di atas, penganut ekonomi neo-liberal percaya bahwa pertumbuhan ekonomi dicapai sebagai hasil normal dari kompetisi bebas. Harga barang dan jasa selanjutnya menjadi indikator apakah sumberdaya telah habis atau masih banyak. Jika harga murah berarti persediaan memadai. Sebaliknya, jika harga mahal berarti produknya mulai langka. Dalam keadaan harga tinggi, orang akan menanamkan modal kesana. Oleh sebab itu, harga menjadi tanda apa yang diproduksi. Itulah alasannya, mengapa negara tidak perlu campur tangan; serahkan saja pada mekanisme dan hukum pasar untuk berkerja.
Sebaliknya, dalam Islam negara memiliki peran yang sangat penting untuk memenuhi kebutuhan sandang, pangan, dan perumahan rakyatnya; termasuk pelayanan publik seperti kesehatan, pendidikan, dan jaminan keamanan. Ini merupakan policy mendasar ekonomi Islam. Sebab, bisa jadi seorang individu tidak bisa memenuhi kebutuhan pokoknya dengan berbagai alasan seperti cacat tubuhnya atau lemah akalnya, sementara keluarganya tidak cukup untuk membantu.
Di samping itu negara (Daulah Khilafah Islam) harus berperan untuk menjamin pendistribusian kekayaan berdasarkan syariah seperti: memungut dan membagikan zakat; melarang penimbunan kekayaan, investasi pada bank ribawi untuk mendapatkan keuntungan dari bunga, penimbunan emas dan perak, penimbunan barang yang mengancam kewajaran harga pasar, pemilikan harta milik umum oleh individu/swasta, dsb.
Negara juga bertanggung jawab untuk mengelola kepemilikan umum (milkiyah ‘amah) untuk kepentingan rakyat banyak, memanfaatkan sumber-sumber pendapatan negara untuk rakyat, menciptakan situasi perekonomian yang kondusif seperti keluasan lapangan kerja dan kemampuan yang tinggi dari para pekerja (profesionalitas).
(3) Subsidi bagi rakyat: penting atau tidak?
Menurut ekonom liberal, subsidi adalah racun bagi rakyat. Karena itu, subsidi harus dicabut. Alasannya, selain bertentangan dengan prinsip menjauhkan campur tangan negara dalam perekonomian, subsidi juga bertentangan dengan prinsip pasar bebas. Ini pula alasan mengapa dalam kebijakan ekonomi neo-liberal harus ada privatisasi perusahaan yang dikelola negara agar tidak menghalangi terjadinya persaingan bebas dalam pasar bebas.
Sebaliknya, dalam Islam, karena prinsip politik ekonominya adalah menjamin kebutuhan pokok tiap individu rakyat, adalah wajar bahkan wajib negara memberikan bantuan secara gratis kalau memang ada rakyat yang tidak terpenuhi kebutuhan pokoknya. Adalah tanggung jawab negara juga menyediakan fasilitas kebutuhan kolektif masyarakat yang vital seperti kesehatan, pendidikan, transportasi, dan keamanan secara murah. Apalagi biaya untuk memenuhi kebutuhan-kebutuhan tersebut memang milik rakyat (milkiyah ‘âmah) dan digunakan untuk kepentingan rakyat.
Terbukti pula bahwa pencabutan subsidi dalam kebijakan ekonomi neo-liberal telah mengsengsarakan rakyat. Kebutuhan pokok rakyat pun terbaikan. Beban mereka semakin berat akibat negara lepas tangan dalam masalah pendidikan, pendidikan, dan kesehatan yang mahal akibat diserahkan ke mekanisme pasar (privatisasi).
(4) Pasar bebas atau tidak?
Jelas, dalam pandangan neo-liberal harus ada liberalisasi perdagangan dalam bentuk pasar bebas. Agenda utama liberalisasi perdagangan adalah penghapusan hambatan non-tarif (proteksi) dan penurunan tarif perdagangan dalam transaksi perdagangan internasional. Tujuannya, masih menurut ekenom neo-liberal, untuk memacu semakin meningkatnya volume perdagangan antarnegara di seluruh dunia. Mereka berharap, kalau volumenya bertambah akan menjadi motor penggerak bagi percepatan pertumbuhan ekonomi dunia yang berkelanjutan (Kruman dan Obstfeld, Ekonomi Internasional: Teori dan Kebijakan, 2002).
Persoalannya, persaingan ini tidak seimbang. Dengan perbedaan struktur, perkembangan ekonomi, dan ketimpangan kemampuan sains dan teknologi, negara terbelakang tidak akan mampu bersaing melawan negara maju. Yang terjadi adalah dominasi negara-negara maju dalam perdagangan dunia yang membuat mereka semakin untung; negara terkebelakang hanya jadi obyek dalam pasar bebas ini. Celakanya lagi, sektor-sektor industri yang selama ini menjadi tumpuan masyarakat seperti pertanian dan sektor informal disikat habis akibat ketidakseimbangan persaingan ini. Tanah pertanian mereka pun digusur menjadi industri pabrik pemilik modal besar.
Apalagi kalau perusahan-perusahan transnasional ini masuk pada industri yang sebenarnya termasuk dalam kategori milik umum (milkiyah âamah) seperti minyak, air, atau tambang emas; pastilah negara terbelakang akan kalah bersaing. Akibatnya, lewat keunggulan modal dan teknologi, kekayaan alam negara-negara terbelakang itu disedot habis oleh negara maju. Perdagangan bebas dan investasi asing menjadi senjatanya. Negara terbelakang pun semakin termiskinkan. Mereka menjadi kuli di tanah air mereka sendiri.
Dalam Islam sendiri, dibedakan antara perdagangan dalam negeri dan luar negeri.
Perdagangan dalam negeri berkaitan dengan aktivitas antar rakyat (warga) negara Daulah Khilafah sendiri. Aktivitas ini tidak butuh campur tangan negara. Hanya saja, aktivitas ini tetap membutuhkan pengarahan secara umum agar tiap individu yang melakukan perdagangan terikat pada hukum syariat dalam jual-belinya; termasuk memberikan sanksi terhadap pihak-pihak yang melanggar. (Taqiyuddin an-Nabhani, Membangun Ekonomi Alternatif Persfektif Islam, hlm. 325). Berkaitan dengan perdagangan dalam negeri ini negara tidak boleh mematok harga tertentu untuk barang, apapun alasannya. Harga barang diserahkan kepada pasar.
Adapun perdagangan luar negeri adalah aktivitas jual-beli yang berlangsung antara bangsa dan umat. Oleh karena itu, negara akan campur tangan. Hubungan-hubungan antarbangsa seperti ini harus tunduk pada kekuasaan negara; negaralah yang mengatur dan mengarahkan perdagangan tersebut secara langsung. Islam dalam konteks ini menolak perdagangan bebas. Negara Khilafah Islam akan melarang dikeluarkannya beberapa komoditi dan membolehkan komiditi lain sesuai dengan pertimbangan syariat. Negara Khilafah tentu saja akan melarang warganya yang menjual senjata kepada pasukan musuh, misalnya. Negara juga tidak membolehkan pihak asing untuk melakukan investasi untuk menguasai sektor-sektor yang berhubungan dengan pemilikan umum, seperti minyak dan tambang emas. Perusahan-perusahan multinasional tidak akan dibolehkan memanfaatkan apalagi memiliki sumber-sumber alam negara Khilafah.
Negara juga akan campur tangan dalam pelaku bisnis kafir harbi atau mu’âhad. Sebab, prinsip yang diadopsi oleh negara Khilafah dalam aktivitas perdagangan ini adalah prinsip asal-muasal (kewarganegaraan) pedagangnya, bukan asal-muasal komoditasnya. Dalam hal ini, Negara Khilafah tidak akan mengadakan hubungan dagang dengan negara-negara yang memerangi kaum Muslim secara langsung (muhâriban fi’lan) seperti AS, Inggris, dan Israel. Intervensi negara tersebut bukan sebatas kepentingan ekonomi, tetapi juga untuk tujuan-tujuan politik sekaligus mengemban dakwah.
Negara Khilafah pada prinsipnya akan menolak setiap perdagangan yang justru memberikan jalan bagi pihak luar untuk menguasai dan mendominasi negara seperti yang terjadi sekarang ini. Setiap warga negara berkewajiban mengamankan negara sehingga tidak bergantung pada produk-produk asing yang mengancam kemandirian negara. Warganegara didorong untuk memperkuat dan memanfaatkan produk lokal serta mendorong ekspor. Dalam hal ini, negara boleh memproteksi pasar dalam negeri dari masuknya barang-barang yang justru mengancam industri dalam negeri seperti dalam bidang pertanian.
(5) Liberalisasi keuangan: diterima atau ditolak?
Pada dasarnya liberalisasi keuangan dalam kebijakan ekonomi neo-liberal ditujukan untuk mendorong pengintegrasian sebuah negara secara penuh ke dalam sistem perekonomian dan keuangan internasional. Dengan demikian, akan terbentuk jalan bebas hambatan bagi berlangsungnya transaksi keuangan dan perdagangan antar berbagai negara di seluruh dunia (Singh, Memahami Globalisasi Keuangan, 1998).
Persoalannya, akibat liberalisasi ini negara-negara miskin sangat rentan terhadap berbagai gejolak dan spekulasi moneter yang dilakukan spekulan internasional dari negara kaya tertentu. Banyak pihak yang percaya, krisis moneter di Asia pada 1997, yang kemudian juga menguncang Indonesia, merupakan permainan para spekulan internasional ini.
Apalagi liberalisasi keuangan berarti menjadikan dolar sebagai mata uang yang dominan di dunia internasional. AS memegang kendali nilai mata uang dunia dan dengan mudah mempengaruhi perekonomian negara lain. Dolar kemudian menjadi alat penjajahan AS di dunia internasional.
Dalam hal ini, Negara Khilafah akan menerapkan sistem mata uang dengan standar emas dan perak, bukan dolar. Dengan demikian, sistem moneter internasional akan terjadi secara adil. Siapapun yang ingin mencetak uang kertas harus mengupayakan persediaan emas dan perak yang setara. Berbeda dengan saat ini, AS hanya tinggal mencetak uang kertas, sementara negara lain harus melakukan jual-beli untuk mendapat dolar. Percetakan uang kertas dalam jumlah yang berlebihan dan tidak diimbangi dengan kekayaan real juga telah menjadi akar penyebab inflasi.
(6) Ihwal privatisasi BUMN.
Kebijakan privatisasi BUMN sesungguhnya menjadi agenda utama kebijakan ekonomi neo-liberal. Tentu saja hal ini menyebabkan dieksploitasinya kekayaan negara yang seharusnya digunakan untuk rakyat oleh perusahaan swasta, terutama transnasional. Kekayaan yang seharusnya bisa digunakan untuk kesejahteraan rakyat, memenuhi kebutuhan pokok rakyat, pendidikan dan kesehatan gratis justru jatuh ke individu-individu. Wajarlah jika Indonesia yang kekayaan alamnya luar biasa, rakyatnya harus hidup miskin.
Dalam Islam kepemilikan dibagi tiga: individu, umum, dan negara. Yang termasuk dalam kategori kepemilikan umum adalah:
(1) segala sesuatu yang menjadi kebutuhan vital rakyat, yang ketiadaannya akan menyebabkan kehidupan masyarakat tidak berjalan baik seperti air dan sumber energi (gas, listrik, minyak bumi, tambang batu bara, dll);
(2) berbagai komoditas yang secara alamiah tidak bisa dimiliki secara pribadi seperti lautan, sungai, taman umum, masjid, jalan umum, termasuk kereta api maupun alat transportasi lainnya;
(3) barang tambang yang depositnya tidak terbatas seperti sumberdaya mineral (garam, besi, emas, perak, timah dll).
Semua yang termasuk dalam kepemilikan umum tidak boleh dimiliki oleh individu atau swasta (seperti perusahan multi nasional) dan bukan pula milik negara. Negara hanya mengelolanya saja; hasil pendapatannya diserahkan ke Baitul Mal yang digunakan untuk kepentingan rakyat. Jadi, bisa kita bayangkan, betapa banyaknya sumber kas Baitul Mal.
Agenda ke Depan
Tentu saja, kebijakan ekonomi Islam di atas harus dijalankan secara komprehensif. Karena itu, agenda umat Islam ke depan adalah membangun sistem politik untuk itu, yaitu Daulah Khilafah Islam. Negara global inilah yang akan menggeser dan menundukkan arogansi dan kerakusan negara-negara kapitalis lewat kebajikan ekonomi neo-liberalnya yang merugikan umat manusia saat ini. Wallâhu a’lam. (M. Arif Adiningrat dan Farid Wadjdi)
