Friday, July 4, 2008

Alahai Malaysia


Alahai Malaysia

Assalammualaikum.

Syukur kerana blog TINGKAT5 ini telah hampir seminggu ditubuhkan. InsyaAllah ia akan dikemaskini dan dinaik taraf setiap masa dengan pengisian ilmu dan maklumat yang benar.

Buat pengetahuan pembaca, blog ini kandungannya lebih kepada isu semasa yang berlaku di negara kita. Kami sebagai orang muda akan memberikan pandangan kritis mengikut pemahaman kami yang agak terhad ini.

Salam. Orang kampung

Alahai... Maya


Daripada Arjuna Idealis

Muktahir ini cerita aktres Maya Karin sudah menemui jodohnya mungkin tidak sehangat kisah liwat; Anwar, Najib dan Saiful. Tiga sarkas yang membuat negara menjadi kelabu malam walaupun di siang hari. Semua orang belek sana sini, surat kahabar, berita tv mahu pun blog bagi mendapat 'hot news' untuk di cerita kepada orang lain macam dia si tukang cerita.

Lihat betapa kuatnya cerita kelamin di luar tabii itu pada mata kasar rakyat tapi kisah si Maya itu jauh sekali di mata hati. Apatah lagi mungkin sudah melupai hidup rakyat kebanyakkan semakin terhimpit dengan isu inflasi. Malah ekonomi negara kelmarin bagaikan tergamang apabila KLCI terpaksa digantung gara-gara komputer rosak kata bos besar Bursa Malaysia.

Tiada satu pak menteri atau rakyat ambil kisah. Mungkin masalah komputer itu hanya mengaburi rakyat bahawa pelabur sudah hilang kepercayaan kerana perkembangan politik ketika ini yang turut memeningkan mereka. Ini dibuktikan apabila KLCI di buka semalam jatuh dari 1,200 mata.

Arjuna berminat menyentuh kisah Maya tersebut, lena seketika kita dari kisah liwat sarkas itu. Sebagai permulaan Arjuna mengucapkan taniah kepada Maya kerana akhirnya dapat jua dia menemui pasangan hidup. Lantas ini menepis pelbagai tohmahan ke atas dia yang dikaitkan selama ini mempunyai hubungan kelamin dengan orang lain termasuk menantu PM.

Namun citarasa si Maya itu bagaikan satu tren aktres celup di negara ini iaitu mencari mat saleh. Entah apa istimewanya atau dia bimbang celup putih menjadi jawa atau yop dan keputusannya itu membuat ramai pemuda kita terus kempunan dan tergapai-gapai dalam mencari cinta pilihan hati bukan keputusan hati.

Kita hidup dalam dunia dan budaya kapitalis

Alkisahnya Arjuna bimbang pelaku si Maya ini hampir mengambarkan gadis Malaysia masa kini kerana artis sering menjadi role model di negara ini yang terpengaruh terhadap budaya 'low class'. Dewasa ini ramai gadis mula memilih pasangan sedap di mata dan hati bukan berisi di mata dan hati.

Akibatnya, si pemuda kebanyakkan bukan tidak dilayan hanya si tua, si celup dan anak orang hartawan pilihan utama. Justeru si pemuda yang bukan 'ular' pula terpaksa berpenat kerja siang malam bagi menyediakan harta untuk kesenaggan pilihannya kelak seperti sia-sia. Ekoran tidak dilayan gadis di hati pemuda itu atau masih belum ada pasangan.

Maka kerana masih tercari-cari atau kecewa tidak di layan gadis idaman hati, si pemuda yang hanya mempunyai satu nafsu akan mencari jalan alternatif memenuhinya. Oleh itu bagaikan keseimbangan ekonomi kapitalis bertemu (penawaran dan pemintaan). Malah tidak terkejut kenapa di Lembah Klang kini banyak pelacuran bertopengkan pusat urat beroperasi.

Walaupun ada si pemuda setia pada cintanya sanggup mendirikan rumah tangga dalam ekonomi yang serba cukup makan tidak kesampaian gara-gara mertua yang di gila harta. Kekesalan Arjuan melihat mertua yang meletakkan harga berbanding niat murni mendirikan masjid itu. Lebih mengecewakan gadis pilihan itu berdiam diri seperti bersetuju situasi anak gadis metalristik.

Maka tidak hairan banyak si pemuda kembali ke pusat urut atau membawa lari anak orang mahupun memilih gadis dari seberang. Cerita teruna, dara dan mertua itu sebenarnya luas skopnya apabila di lihat dalam konteks di negara ini. Mudahnya pemerintah cukup makan undi ini memandang orang luar (asing) tinggi dari rakyat tempatan.

Elokla... si penyamun menjual di penyangak

Dari segi pekerjaan, perniagaan ataupun hasil ilmiah, apa yang di bawa orang asing itu lebih diutamakan. Banyak peluang pekerjaan kini di isi pekerja asing. Rakyat tempatan lepasan SPM atau STPM di suruh sambung belajar yang mana akhirnya peluang pekerjaan itu belum kepastian. Namun sebenarnya ia perancangan yang menguntungkan sebelah pihak.

Ini kerana pendidikan di negara ini sudah menjadi industri, pelajar yang tidak beruwang disuruh ambil pinjaman PTPTN yang akhirnya apabila tamat menuntut kerja belum nampak di tangan pasti pelajar dibebani hutang yang tidak akan selesai. Lambakan pekerja asing pula memenuhi kerja tempatan yang akhirnya mewujudkan suasana kurang senang.

Ditambah keputusan kabinet cukup makan undi itu sewenang-wenangnya membiarkan selatan tanah air dimajukan Singapore tidak nampak apa manfaatnya nanti. Katanya banyak perusahan di bina apakah jaminan kerja itu bukan di isi perkerja asing. Sedangkan teori kapitalis mengkayakan pemilik pasti kos yang muruh jadi keutamaan.

Belum lagi dikira hartanah dibagunkan nanti, pasti rakyat kebanyakkan hanya layak duduk di PPR sahaja. Lataran perkembangan mutahir ini jelas tidak memihak rakyat hanya memunuhi nafsu pemerintah saja. Siapa dapat tawarkan kantong yang besar dipilihnya. Tidak terkejut Arjuna satu hari nanti wilayah itu rakyat tempatan sendiri tidak berani masuk.

Perkembangan mengila ini hampir sama dengan kes liwat tiga sarkas dan teruna, dara dan mertua itu iaitu hakikinya rakyat kebanyakkan terus dikaburi dan dikerahkan siang malam bekerja namun dalam diam-diam upah di terima ini bocor sen-persen melalui tol, komisen dan sebagainya yang penghujungnya rakyat kebanyakkan tidak merasainya dengan percuma.


Arjuna Idealis - Dulu berhajat mahu bercinta dengan Maya.

Wednesday, July 2, 2008

Realiti krisis makanan



Sistem Kapitalis penyebab krisis makanan dunia


CETUSAN - Orang Kampung

Pada 13hb Februari yang lalu, FAO telah mengumumkan bahawa akibat dari harga makanan yang naik mendadak, 36 buah negara berada dalam krisis yang amat buruk. Dan di banyak negara lain, ia diburukkan lagi dengan konflik, banjir dan cuaca buruk.

Di antara yang didakwa menjadi sebab utama masalah ini adalah kenaikan harga minyak dan baja, permintaan yang tinggi ke atas tanaman makanan untuk tujuan penjanaan bahan api bio (biofuel) dan simpanan makanan dunia yang rendah di samping alasan yang menjadi isu ‘evergreen’ – pertambahan penduduk dunia yang terlalu cepat berbanding pengeluaran makanan untuk menampung pertambahan ini.

Namun, apa yang pelik adalah, tidak pula disebut mengenai masalah ‘pengagihan’, sedangkan kita sedia maklum bahawa sejak dahulu lagi, dalam suasana sebahagian Afrika dalam kebuluran, terdapat lebihan makanan di bahagian utara dunia (Barat).

Hakikatnya, masalah kenaikan harga makanan yang sedang melanda dunia ini merupakan akibat dari kedurjanaan sistem kapitalis yang menompokkan kekayaan hanya pada golongan tertentu sahaja. Setiap kali krisis seperti ini berlaku, ada saja perkara lain yang dipersalahkan. Antara yang dipersalahkan adalah pertumbuhan penduduk yang terlalu cepat berbanding dengan pengeluaran makanan yang dapat menampung pertumbuhan tersebut.

Salah satu teori yang kerap digunakan adalah teori yang dikemukakan oleh Thomas Malthus dari Britain dalam kurun ke 18. Beliau menulis sebuah buku bertajuk An Essay on the Principle of Population as it Affects the Future Improvement of Society pada tahun 1798, yang mana di dalamnya dikatakan bahawa populasi manusia akan bertambah secara eksponen manakala pertambahan bahan makanan hanyalah secara aritmetik.

Ini bermakna bahawa beberapa ratus tahun selepas zaman Malthus, sebahagian populasi manusia akan mengalami kebuluran dan kekurangan makanan.

Malthus menulis bukunya ketika Britain mempunyai populasi 11 juta dan pada kurun 21, populasi Britain telah bertambah sebanyak 59 juta penduduk, tetapi tidak terdapat mana-mana bahagian Britain yang mengalami krisis kekurangan makanan dan kebuluran yang serius walaupun Britain pada amnya mempunyai keluasan tanah yang tidak begitu besar berbanding dengan negara-negara lain di dunia.

Hakikatnya, pendapat Malthus adalah benar dari segi pertambahan penduduk dunia namun teori beliau ternyata salah dalam meramal bahawa pertumbuhan makanan tidak akan dapat menampung pertambahan penduduk dunia.

Menurut kajian dari UN yang bertajuk United Nations State of Food and Agriculture Reports, sejak Perang Dunia Kedua, makanan dunia telah bertambah sebanyak 30% bagi setiap penduduk dunia. Dan bagi sesetengah negara membangun, pertambahan pengeluaran makanan mencapai 38%. Ini termasuklah Arab Saudi, negara padang pasir yang berada di tempat ke sepuluh dalam pengeluaran gandum, mengeksport AS200 juta dollar gandum setiap tahun.

Menurut kajian UN bertajuk The State of Food and Agriculture (SOFA) 2007 pula, pengeluaran pertanian bertambah sebanyak 2.3% setiap tahun dan adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding tahun 1960-an, dan adalah melebihi pertambahan populasi dunia sebanyak 1.7% setiap tahun. Dan pemakanan manusia bertambah daripada 2,280 kcal bagi setiap seorang setiap hari dalam tahun 1960-an kepada 2,800 kcal bagi setiap seorang setiap hari dalam tahun 2000.

Namun negara-negara membangun dan dunia ketiga kerap dipersalahkan kerana mempunyai pertambahan populasi yang terlalu tinggi walaupun negara-negara industri Barat menggunakan 81% daripada jumlah barangan produksi dunia. Walaupun negara dunia ketiga mempunyai jumlah yang lebih besar kekayaan semula jadi tetapi ia hanya menggunakan sejumlah 3.6% daripada kekayaan semula jadi dunia. Negara industri Barat menggunakan sejumlah 50% daripada simpanan minyak dunia, walaupun mereka hanya mengeluarkan sebanyak 25% daripadanya.

Sistem ekonomi Kapitalis Barat melihat masalah ekonomi dunia sebagai masalah produksi. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ekonomi dunia, yang dianggap berlandaskan persoalan produksi, maka sesebuah negara haruslah menekankan aspek produksinya di mana kejayaan atau kegagalan sesebuah negara itu diukur melalui Gross Domestic Product (GDP). Sistem ekonomi Kapitalis langsung tidak menekankan persoalan pengagihan dan jaminan keperluan asasi ‘setiap individu’ manusia.

Kepincangan ini, pada hakikatnya bukanlah termanifestasi hanya di negara termiskin, ia juga berlaku di negara utama kapitalisme, Amerika Syarikat. AS yang mempunyai populasi sebanyak 4% sahaja daripada jumlah penduduk dunia menggunakan sebanyak 25% daripada barangan keperluan dunia, termasuklah makanan.

Ini mungkin menyebabkan kita menjangka bahawa penduduk AS mempunyai taraf hidup yang tinggi, namun, menurut sebuah kajian yang dilakukan di World Socialist Web Site (WSWS) bertajuk Hunger and Homelessness Survey pada Disember 2007, keperluan makanan telah bertambah bagi setiap 4 daripada 5 kota di AS. Dan sembilan daripada sepuluh kota di AS memerlukan keperluan perumahan bagi penduduknya yang tidak mempunyai rumah sendiri!

Dalam suatu kajian yang lain oleh U.S. Department of Agriculture bertajuk Household Food Security, ia mengatakan bahawa 35 juta daripada penduduk AS hidup dalam kelaparan dan 12.6 juta dari angka tersebut merupakan kanak-kanak. Ini bermakna, setiap satu daripada lima orang kanak-kanak di AS mengalami masalah kekurangan makanan, sementara 36.5 penduduk AS adalah terdiri daripada golongan fakir-miskin. Dan dalam masa yang sama, AS juga merupakan negara yang paling banyak mempunyai jutawan dan ribu-jutawan berbanding negara-negara lain di dunia.

Benar, masalah kekurangan makanan dan kebuluran memang sedang berlaku di dunia hari ini. Namun, masalah tersebut bukanlah berpunca daripada rendahnya ‘produksi makanan’, tetapi ia sebenarnya berpunca dari masalah ‘pengagihan makanan’.

Adapun mengenai dakwaan bahawa kenaikan harga makanan adalah akibat dari permintaan tinggi terhadap makanan bagi penjanaan bahan api bio, perlulah diperhatikan bahawa penghasilan bahan api bio hakikatnya tidaklah melibatkan makanan seperti beras dan gandum yang merupakan makanan utama bagi kebanyakan penduduk di dunia. Seharusnya, dengan meningkatnya keperluan untuk penghasilan bahan api bio, maka sewajarnya harga minyak mentah menunjukkan penurunan. Namun, ini tidak berlaku – bahkan harga minyak kini telah mencecah USD107 setong! Bandingkanlah dengan harga minyak yang hanya menjangkau USD50 setong sebelum AS menceroboh Iraq lima tahun lepas!

Bagi mereka yang benar-benar prihatin dan ikhlas dalam memikirkan perkara ini, mereka akan dapat melihat bahawa sebenarnya sikap boros, rakus dan tamak negara-negara industri Kapitalis Baratlah yang menjadikan negara dunia ketiga dan negara membangun mengalami krisis ekonomi, dan kini krisis makanan yang begitu kritikal. Segala alasan, termasuklah alasan kurangnya stok makanan dan pertambahan penduduk di dunia ketiga (oleh itu permintaan makanan menajdi tinggi) hanyalah merupakan justifikasi untuk mempertahankan sistem Kapitalis yang sudah rosak dan busuk ini.

Berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis yang menekan dan zalim, Islam menitik beratkan pengagihan keperluan asas, termasuk makanan dan kekayaan kepada ‘setiap individu’ dan mengharamkan kekayaan dan keperluan hidup dikuasai hanya oleh golongan tertentu dalam masyarakat seperti syarikat-syarikat multinasional dan golongan yang kaya-raya. Sememangnya di dalam masyarakat akan terdapat golongan yang lemah dan tidak berkeupayaan untuk memiliki keperluan asas untuk hidup, namun Islam telah menggariskan tatacara penjagaan golongan tersebut agar hidup mereka tidak terabai dalam Daulah Islam.

“Dan janganlah harta kekayaan berputar pada golongan yang kaya di antara kamu” [TMQ Al-Hashr: 7]

Setiap manusia mempunyai hak terhadap keperluan hidup seperti makanan, tempat perlindungan dan pakaian dan setiap manusia juga berkongsi dalam kepemilikan mereka ke atas air, bahan api dan tanah pertanian. Pada masa yang sama setiap manusia juga berhak mendapatkan hak-hak mereka secara percuma dalam bidang pendidikan, perubatan dan apa-apa sahaja perkara yang menyentuh hak manusia yang hidup sebagai sebuah masyarakat. Hanya Islamlah yang menjanjikan semua ini, sebagai satu-satunya cara hidup yang benar yang pasti akan membawa rahmat ke seluruh alam.

Petikan Maya....


Oleh SHIRZAD LIFEBOAT


UMNO bukanlah sebuah parti berkelayakan minimum untuk mentadbir sebuah kerajaan. Jasatunggal Umno kepada bangsa Melayu dan negara hanya menjadi wadah ad-hoc bagi menggagalkanpenubuhan MalayanUnion. Umno ditubuhkan secara kebetulan dan dalam keadaan tidaksemena-mena.


Apabila MalayanUnion berkubur pada 1948, di atas kejayaan ini, orang Melayu menyerahkanpula tugas rumit merundingkan kemerdekaan kepada Umno. Mereka melihat kepimpinan Umno di bawah Dato’ Onn Jaafar sebagai suatu kepimpinan yangamat sukar untuk dikompromi dan digula-gulakan oleh British.


Malangnya, atas sebab visiberbeza, Onn meninggalkan Umno. Di tangan Presiden keduanya, Umno meneruskan perjuangan dan memasuki era kepimpinan cukupberbeza. Jika Onn secara sukarela mengenengahkan diri bagi menentang British, Tunku Abdul Rahmanpula terpaksa dipujuk untuk mengepalai badan siasah Melayu yang sedang berjuang untukmelepaskan diri daripada penjajahan. Dalam sebuah tulisan dalam kolumnya ‘Looking Back’ di akhbar The Star, Tunku, dalamretrospek, menulis pengalamannya di Langkawi semasa menjadi Penolong Pegawai Daerah dipulau itu bahawa apa yang mendorongnya menentang British ialah apabila bumbung rumahkerajaan yang didudukinya bocor sewaktu hujan dan memaksa beliau mengalih katilnyabeberapa kali.


Pengorbanan Tunku kemudiannya digambarkan sebagai penuh bermakna apabila beliau sanggupmenjual rumahnya bagi membiayai sebahagian daripada kos perjalanan untuk membawa rombonganrundingan kemerdekaan ke London. Semua ini bertujuan untuk menunjukkan betapa Tunku yang memimpin UMno adalah tokoh palingpenting dan begitu instrumental dalam mengemudi bahtera Merdeka Tanah Melayu.


Namun tentu sekali, sejarah dan media arus perdana ketika itu yang dikongkong olehordinan tertentu dan telah wujud lama sebelum Tunku menjadi Perdana Menteri tidakmembenarkan cerita bagaimana apabila Tunku yang berjawatan Pendaftar Mahkamah Tinggi KualaLumpur ketika bersetuju untuk menggantikan Onn untuk jawatan Yang Dipertua Umnoditawarkan elaun tertentu oleh Pentadbir British ketika itu disebabkan Perintah Am yangdipakai untuk pegawai-pegawai kerajaan ketika itu tidak membenarkan mana-mana pegawaikerajaan terbabit aktif dalam politik.


Apakah tujuan British memberikan elaun kepada Tunku bagi menyara hidupnya sedangkanpeletakan jawatan itu dibuat secara sukarela? Bukan itu sahaja, ia bertujuan semata-matauntuk mengetuai sebuah badan siasah yang bermatlamat mengusir British selama-lamanya daribumi Tanah Melayu. Tidakkah itu merupakan tampak seperti satu kebodohan di pihak British? Tentu sekali perkara-perkara seperti ini tidak ditonjolkan secara besar-besaran. Demimengingini sebuah tanah air yang merdeka dan berdaulat, orang Melayu ketika itu hanyaberdiam diri dan mengharapkan seorang anak raja yang mengambil masa bertahun-tahun lamanyauntuk menamatkan kursus undang-udangnya di United Kingdom melakukan apa sahaja yangdifikirkan perlu untuk Tunku.


Berbekalkan pengalaman ratusan tahun tentang mentaliti dan keupayaan analitikal orangMelayu dan cara menenangani raja Melayu, British tahu apa yang perlu dilakukan. Tidak memberikan kemerdekaan bererti mengundang kepada kemungkinan berlakunyapemberontakan, rusuhan yang akan hanya merugikan British dari segi ekonomi. Mahu merdeka, boleh. Tak ada masalah. Tetapi ia perlulah dibuat atas terma dan syaratyang ditentukan oleh British dan bukannya tanpa sebarang terma dan syarat.


Andai kata, desakan dan tuntutan kemerdekaan itu dibuat oleh seorang tokoh seperti Onnatau seorang tokoh daripada kalangan rakyat biasa yang melihat tidak ada sebab mengapaperlunya berkompromi atau menurut sahaja telunjuk British, ia akan menjadi sesuatu yangrumit bagi kerajaan Great Britain. Namun kehadiran Tunku secara tiba-tiba diterima dengan segala senang hati oleh British.Pucuk dicita, ulam mendatang.


Kepada orang Melayu khususnya dan penduduk Tanah Melayu amnya, Tunku (dan rombongannya)diperlihatkan sebagai bertikam-lidah, memeras sumber pemikiran dan adakalanyaberdiplomasi dalam memujuk British agar memberikan Tanah Melayu kemerdekaan. Bagi British, apa yang perlu dirundingkan ialah sekiranya Tanah Melayu dimerdekakanapakah langkah-langkah perlu diambil oleh Tunku bagi memastikan British tidak akan hilangsatupun sumber ekonomi mereka di Malaya. Dengan orang Melayu kebanyakannya memberikan sokongan kepada Tunku dan Umno, Britishtidak menghadapi sebarang sukaran untuk memastikan Tunku menjadi Perdana Menteri.


Maka dengan itu terselamatlah kepentingan British di Tanah Melayu. Namun dalam pada itu sudah tentu ada segelintir orang Melayu yang tidak dapat menerimacara ini atau mengesyaki rundingan yang berlansung di antara Tunku dan British. Tapi itutidak jadi masalah. Ordinan tertentu yang telah sedia wujud itu boleh digunakan untukmengekang suara mereka yang dilabel sebagai berhaluan kiri ini. Setelah negara akhirnya mencapai kemerdekaan pada tarikh rasminya 31 Ogos 1957, Tunkuyang lebih suka kepada ‘looking back’, menoleh ke belakang tentang kejayaannya daripadamelihat ke hadapan dan mencari jalan bagaimana pendapatan rakyat boleh dipertingkatkandari semasa ke semasa ke tahap yang munasabah.


Namun ini semua tidak berlaku. Cara Tunku yang tidak serius dalam soal ini dan barisanKabinet Tunku yang tidak mantap dan tidak berkelayakan atau tidak berkemampuan dan tidakdibentuk atas dasar merit, menjadi asas dan ciri Umno yang berkekalan sehingga hari ini. Prestasi Umno dalam masa 50 tahun mengambil peranan selaku parti yang memerintah kerajaansebenarnya adalah cukup buruk. Dalam masa 12 tahun pertama Tunku semacam bergoyang kakidan berpuas hati dengan Merdeka dan akhirnya mengundang kemarahan orang Melayu terhadapUmno sendiri. Tidak dinafikan selepas itu memang terdapat usaha untuk memperbetulkan keadaan.


Namun iabukan sahaja tidak memadai tetapi penuh dengan agenda politik. Zaman Tun Razak yang menyaksikan lahirnya usahawan Melayu juga menyaksikan golonganbumiputera yang bergantung kepada hubungan-baik dan jaringan dengan Umno untuk mendapatkankontrak. Dan lebih lazim daripada tidak, golongan ini mempunyai hubungan dengan orangtertentu dalam bahagian dan cawangan Umno di seluruh negara. Ia bukan sahaja membentuk satu jaringan kukuh antara masyarakat peniaga bumiputera denganUmno tetapi melahirkan budaya ‘tit-for-tat’.


Maka tidak hairanlah jika dalam masa 35tahun, Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai paling ramai kontraktor didunia. Apabila golongan ini gagal mendapatkan kerja dari kerajaan maka ia menjadi masalah kepadaUmno sebagaimana yang berlaku beberapa tahun lalu apabila sebanyak hampir 70,000kontraktor Melayu terutamanya kelas bahawan merungut kerana tidak dapat pekerjaan. Untuk mengatasi masalah ini, kerja-kerja baru perlu diberikan. Dan inilah yang dilakukanoleh BN sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Umum-11.


Segala macam kerja, termasuk yangtidak perlu diwujudkan bagi memastikan golongan ini mempunyai kerja dan bagimemperlihatkan kepada rakyat, kerajaan BN melaksanakan pembangunan. Lama kelamaan, ia menjadi barah kepada Umno dan BN sendiri. Kalau tak diberikan kerja,golongan ini yang cukup berpengaruh kerana melihatkan orang Umno sendiri mungkin tidaklagi menyokong Umno. Kalau mahu diteruskan dalam mewujud dan seterusnya memberikankontrak, maka Umno-BN perlu mengagihkan semula pendapatan negara untuk tujuan tersebutdengan alasan menggunakan sumber dana berkenaan untuk tujuan pembangunan negara.


Inilah sebenarnya ciri-ciri yang dianggap sebagai usaha mempertingkatkan ekonomi orangMelayu dan rakyat Malaysia yang dilakukan oleh Umno selama ini. Ia hanyalah satu usahayang bersifat ‘artificial’. Hampir dalam setiap agenda membabitkan pembangunan termasuk menyediakan tapak untukindustri termasuk bagi kegunaan pelaburan asing langsung (FDI), projek mega, penswastaandan sebagainya secara langsung atau tidak akan melibatkan orang tertentu yang adakaitannya dengan Umno-BN dalam konteks politik.


Tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan pendapatan rakyat. Rayuan untuk gajiminimum bagi melegakan sedikit kesempitan golongan tertentu ditolak begitu sahaja. Langkah membenarkan kakitangan awam berniaga pasal malam hanyalah satu tindakan remehyang hanya membuktikan betapa Umno-BN tidak mampu menyelesaikan masalah ini di peringkatkerajaan. Barangkali Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu sedarbetapa ramai kakitangan kerajaan sudah pun terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan –jualan langsung pelbagai produk, insurans dan macam-macam lagi untuk menampung pendapatanmereka.


Mungkin beliau dan kebanyakan pemimpin Umno-BN begitu sedar betapa mereka sedangmenghadapi hari-hari terakhir sebagai sebuah kuasa politik yang dominan. Tidak dapat dinafikan ada segelintir pemimpin Umno yang ikhlas dalam perjuangan tetapitidak lagi dapat berbuat apa-apa. Nasi sudah hampir menjadi bubur. Kelekaan yang dimulakanoleh Tunku dan diwarisi oleh Umno kini menampakkan kesan dan akibatnya.

Dulu, kini dan selamanya.... Sama sahaja

Komentar Arjuna Idealis dan Orang Kampung- tapi bukan produk Orang Kampung daaa....

Dulu, kini dan selamanya.... Sama sahaja

Realiti politik kini

Aksi sumpah keramat - apa yang disumpahkan tak tahula ke main sesumpah, hunus keris lawaknya cara pegang pun tidak betul, tiga beranak yang menguasai ekonomi melalui tingkat empat jadi kami buat tingkat5 agar tinggi sikit supaya mereka mendongkak air mata rakyat kerana kesukaran mereka hadapi. Politik yang secara amnya membangunkan rakyat tetapi menjadi kecelakaan pada mereka.

Walaupun bukan lulusan Oxford tetapi kami juga makan nasi dan bergaul dengan rakyat seharian yang menghadapi saat sukar kini.

Secara realitinya politik kita kini cukup menyedihkan. Mengapa! Lu fikirlah sendiri kata pelawak Nabil.

Cerita Enam Jahanam

Era kegemilangan filem P.Ramlee masih belum berakhir kerana filem Enam Jahanam masih laku - tanyalah siapa yang tidak tahu filem itu kerana P.Ramlee bersumpah akan membunuh enam jahanam yang membunuh isterinya.

Semua dah mati tetapi kini kena tanya Ketua Pemuda Keadilan siapa Enam Jahanam itu. Tapi Tingkat5 khuatir kerana adakah dia terlalu rapat dengan Anwar.

Ooo engkau ketahuan, pancaran lagi dengan si dia (pembantu khas ku yang jambu)..... sambil bermain dibelakangku.

Bukan persoalan itu yang perlu dibangkitkan tetapi perjuangan membangunkan rakyat dengan siasah dan minda yang unik perlu diberi perhatian.....

Mungkin ini akan menyebabkan ramai hard core PKR akan menghentam blog ini tetapi adakah kita inginkan pemimpin yang tidak sedar diri ini yang tidak sabar-sabar untuk menjadi PM.

Sedangkan Si Anwar menjadi Menteri Pendidikan, Timbalan Perdana Menteri tiada apa sumbangan yang dilakukan.

Realitinya sahabat-sahabat semua.... Semasa kegawatan ekonomi terdahulu Si Anwar ini yang mendesak supaya kerajaan meminjam dari IMF.

Jika kita pinjam dan terima faedah sahaja tidak habis dibayar sehingga beberapa generasi. Semua syarikat koprat di Indonesia dikuasai oleh negara asing.

Manakala PM kita pula duk asyik minta rakyat bertani dari kampung ke rumah. Memang perlu tapi mungkin kita boleh belajar daripada petani Indonesia. Mereka bertani skala yang besar, koperasi, pemasaran yang unik. Kita cakap mulut besar bikinnya tiada. Mengapa tiada pemborong besar dari kalangan orang Melayu mempelopori sedangkan sejarah semasa kita dijajah British dulu kita digelar masayarakat petani.

Jika diurus dengan betul sumber pertanian dan penternakan di kampung sahaja mampu memberikan makanan yang cukup bagi daerah tertentu.

Kerana itu, banyakkan bekerja dan kurangkan bercakap. Buatlah sesuatu secara serius. Jangan harapkan tongkat sahaja. Belajar dari kaum Cina, hukum berniaga kerana punca pendapatan terbesar meniaga.

Kini tiada pun kemajuan pertanian di martabatkan. Habis-habis kita kena mintak jiran bekalkan beras, sayur, ayam, daging dan macam-macam lagi sedangkan bumi kita subur. Tabur sahaja benih semua tumbuh. Tapi 'M' malas itu yang besar sangat sampai tidak boleh bendung lagi.

Lebih malang ada kroni pula untung kerana dapat AP import bekalan itu. Rakyat makan beras murah mereka makan beras bermutu tinggi. Di Tambah pemborong yang mahu untung sama. Akhirnya sampai ke rakyat berlipat kali ganda. Mahal! nak bertani macam mana, tanah kosong banyak tetapi buat semak sahaja.

TPM kita pula anak kepada pemimpin dirahmati rakyat pula sudah lupa pergorbanan ayahnya. Dia kini lebih dikenali MR. Komisen. Buta-buta wang rakyat yang seharusnya diurus untuk semua masuk ke kantong dia bagi kegunaan playboynya. Sedih kami orang muda tiada lagi peminpin yang hendak di hormati.

Siapa pemimpin kami, takkan Lim Guan Eng

Ada pula peminpin dahulunya lantang dan berkarisma tetapi bila jadi menteri lupa bantu rakyat - sebab hari-hari main golf . Semua alasan diberikan seperti kerabat rosak itu. Dijanji Ogos, pejam celik esoknya harga petrol naik. Apa pula yang dibuat lepas itu. Menghabiskan masa pi parlimen marah-marah pemimpin lain. Penjelasan beliau tidak jelas sama macam orang rosak itu.

Rakan-rakan

Sampai bila kita tertipu. Kenaikan harga barangan dan komoditi tetap berlaku dan nilai wang sendiri susut kerana permainan politik kapitalis yang diagungkan pengkhianat bangsa ini termasuk pemimpin Hadhari kita kini.

Wahai rakan-rakanku sampai bila kita harus begini menjadi pengemis di tanah air sendiri. Wang rebet yang diberikan milik rakyat sendiri.

Salam perjuangan.....