Friday, July 25, 2008

Gejala Sosial Pi Mai Pi Mai Tang Tu


Adakah gaya sebegini yang amat kita inginkan pada anak kita kelak







SEJAK akhir-akhir ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin banyak dan menjadi-jadi. Jika dulu setiap kali isu sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan budaya kehidupan Barat.

Istilah ‘budaya kuning’ cukup popular suatu waktu dulu bagi menggambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi di Malaysia. Waktu itu, masyarakat masih memandang keji budaya import ini yang telah merosakkan akhlak, khususnya golongan muda.

Tahun demi tahun berlalu, istilah budaya kuning semakin terhakis dan terus hilang dari kamus. Dengan kata lain, ‘budaya kuning’ itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah menjadi ‘budaya kita’.

Sebab itulah, gejala sosial yang berlaku kini bukanlah merupakan satu perkara asing lagi di dalam masyarakat. Masyarakat nampaknya sudah ‘lali’ dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’.

Hampir setiap hari kita didedahkan dengan bermacam-macam laporan tentang masalah salah laku remaja. Berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan sudah terlalu lumrah, sehingga ia tidak lagi dilakukan di tempat yang tersorok, malah telah berlaku secara terang-terangan di tempat awam.

Jika dulu kes-kes berpeluk, cium dan raba adalah fenomena biasa di tasik-tasik, kini ia boleh dilihat di mana-mana, termasuklah di kedai-kedai mamak sekalipun. Budaya rempit sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang.

Ini terjadi setelah golongan mat rempit ini semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu ‘pengiktirafan’. Baik di bandar mahupun kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya.

Lebih buruk, aktiviti rempit ini turut melibatkan golongan remaja perempuan. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka ini semuanya beragama Islam! Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan muda-mudi Islam!

Kebuntuan pihak-pihak bertanggungjawab dalam memberikan penyelesaian juga jelas terbukti dengan peningkatan kadar jenayah. Kita melihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa, biarpun telah bermacam pendekatan diambil dan berjuta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani gejala-gejala ini, masalahnya tidak pernah berkurangan malah telah bertambah dari tahun ke tahun.

Biarpun bilangan penduduk Malaysia hanya bertambah sekitar 2% setiap tahun, indeks jenayah rogol dan sebagainya telah bertambah dengan lebih besar.

Pada tahun 2004, jenayah rogol telah bertambah sebanyak 16.8% kepada 1,718 kes daripada 1,471 kes pada tahun 2003 (statistik Polis DiRaja Malaysia) berbanding pertambahan penduduk yang hanya meningkat sebanyak 2.1%.

Pada tahun 2005, kes rogol telah meningkat kepada 1,895 kes, peningkatan sebanyak 10.3% berbanding 2004 dan pada tahun lalu pula, jenayah rogol terus meningkat kepada 2,238 kes, pertambahan sebanyak 18.1%. Jika dibandingkan, pertambahan penduduk hanya meningkat sebanyak 1.9% sahaja.

Bagi kes pencabulan kehormatan pula, PDRM telah merekodkan 1,399 kes pada tahun 2003, meningkat 18.7% kepada 1,661 pada tahun 2004, meningkat lagi pada tahun 2005 kepada 1,771 dan pada tahun lepas terus lagi meningkat kepada 2,023 kes iaitu pertambahan sebanyak 14.2%.

Ini tidak dikira kes-kes jenayah lain yang juga menunjukkan corak kenaikan yang sama setiap tahun.

Adakah ini senario yang kita harap-harapkan? Adakah para ibu bapa boleh tidur lena dengan mengetahui risiko-risiko yang boleh menimpa anak-anak mereka? Bolehkah kita berbangga dengan pertumbuhan ekonomi lebih 5% setiap tahun dari tahun 2003, yang hakikatnya turut disertai pertumbuhan kadar jenayah sosial seperti yang telah dinyatakan? Adakah kita perlu pasrah dengan kenyataan bahawa peningkatan kadar jenayah tersebut sebagai suatu yang lumrah?

Apakah kita tidak mahu mengubah keadaan ini? Apakah tidak wujud penyelesaian bagi masalah ini di dalam agama Allah?

Kaedah Penyelesaian Yang Tidak Menyelesaikan

Mereka yang terlibat dalam gejala sosial yang diketengahkan ini rata-ratanya menjalani kehidupan mereka dengan melakukan tindakan-tindakan tanpa matlamat yang jelas atau tanpa matlamat langsung.

Tanpa matlamat dan hala tuju kehidupan yang jelas ini, maka perbuatan-perbuatan manusia akan dilakukan berdasarkan miqiyas (penilaian) yang tersasar dari jalan yang diredhai oleh Allah. Ada masanya mereka ini melakukan tindakan-tindakan bodoh kerana menjadi pak turut kepada satu pandangan hidup yang terpesong.

Konsep kebebasan hidup yang dipeloporkan oleh ideologi ciptaan Barat telah meracuni minda umat Islam di Malaysia hingga ianya menjadi pasak kepada pembentukan asas nilai kepada tindak-tanduk mereka.

Budaya hedonisme dan budaya-budaya Barat lain yang mengajak kepada pemenuhan tuntutan nafsu dan keseronokan secara maksima menjadi ikutan hasil daripada tiadanya kefahaman terhadap tujuan manusia diciptakan di atas muka bumi ini.

Ini ditambah pula dengan sistem kehidupan yang diamalkan kini telah meletakkan nilai-nilai pincang pujaan Barat sebagai asas nilai kehidupan masyarakat kini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Cinta sebelum kahwin dan muqaddimah zina dibiarkan dan dipandang enteng oleh masyarakat sehingga mereka yang tidak melakukannya dilihat sebagai kolot atau ketinggalan zaman.

Undang-undang yang ada pula dengan mudah dipermainkan apabila nilai denda/hukuman yang dikenakan langsung tidak menggerunkan. Pihak berkuasa pula lebih memandang masalah sosial ini sebagai isu individu dan bukannya satu jenayah besar yang mesti dibanteras sekeras-kerasnya.

Setiap kali berlakunya kes-kes baru yang dihangatkan oleh media, seringkali kita dibentangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian yang kononnya dapat menangani permasalahan yang timbul.

Masyarakat telah lumrah dengan pendekatan-pendekatan tekstual seperti memberikan pendidikan agama yang secukupnya, menyediakan lebih banyak pusat-pusat didikan dan kaunseling, melaksanakan undang-undang yang lebih ketat dan sebagainya. Ada pula pihak yang lebih sibuk menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak tertentu daripada memberikan penyelesaian.

Antara golongan yang biasa kita dengar akan dipersalahkan apabila adanya berita remaja terlibat dengan salah laku moral adalah pihak ibubapa, rakan sebaya, media massa, internet, pihak sekolah khususnya guru-guru, masyarakat dan seumpamnya. Malah, imam masjid kadang-kadang turut dipersalahkan kerana gagal menarik minat golongan muda untuk ke masjid dan mendalami ilmu agama.

Yang pasti, satu-satunya pihak yang tidak pernah bersalah adalah kerajaan! Kerajaan adalah satu pihak yang telah melaksanakan segala-segalanya untuk kebaikan rakyat. Segala yang kerajaan lakukan ialah demi untuk rakyat. Jadi, jika masih terdapat masalah, maka rakyatlah yang bersalah. Kerajaan seolah-olah merupakan satu institusi ‘suci’ yang tidak pernah bersalah dalam apa jua masalah!

Sebagaimana yang telah disebutkan, setakat ini pelbagai jalan penyelesaian telah diambil. Rata-rata pendekatan yang selalu dicadangkan selama ini lebih banyak dilihat cuba mengubati simptom-simptom yang berlaku dan bukannya mengubati penyakit sebenar.

Masalah remaja rosak akhlak, merempit, terjerumus ke lembah maksiat dan penagihan dadah adalah simptom yang timbul daripada penyakit sebenar. Contohnya, jika di sebuah kawasan perumahan terdapat aktiviti memecah batu (kuari) dan akibatnya sebahagian besar dari penduduk terkena batuk-batuk. Jadi, beberapa penyelesaian cuba diambil seperti memakan ubat batuk, menutup tingkap-tingkap rumah dengan kain, membersihkan halaman rumah dari debu-debu, memakai topeng penutup hidung dan sebagainya.

Persoalannya? Apakah semua langkah ini dapat mengubati penyakit batuk tersebut? Apakah ini merupakan penyelesaian yang hakiki? Kami rasa para pembaca semua sudah dapat mengagak bahawa jawapan yang sebenarnya adalah cukup mudah, yakni menutup kuari tersebut atau menghentikan operasinya. Jika batuk yang diubati, bukannya kuari itu sendiri, maka inilah yang dikatakan mengubati simptom, bukan puncanya. Jika beginilah caranya, masalah yang timbul tidak akan pernah dapat diselesaikan!

Berbalik kepada isu gejala sosial seperti kes mat rempit, ada pihak yang mencadangkan agar lesen mat-mat rempit tersebut ditarik seumur hidup atau mereka diberi kaunseling dan didikan agama secukupnya. Turut dicadangkan agar ibubapa mereka didenda.

Jika difikirkan, adakah mereka ini merempit hanya kerana mereka mempunyai lesen dan sekiranya lesen mereka ditarik maka mereka tidak akan merempit lagi? Bagi membanteras kes rogol pula, pernah dicadangkan agar perempuan memakai cawat besi, diperketat undang-undang dan sebagainya.

Bagi kes tangkap khlawat atau berdua-duaan, cadangan yang biasa adalah diberi kaunseling dan didikan agama. Persoalannya, adakah mereka ini tidak memahami bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan berdosa dari segi agama sehingga perlu diberi kaunseling? Tidak cukupkah pendidikan agama dan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di sekolah-sekolah? Inilah beberapa contoh penyelesaian simptom kepada masalah, bukan menyelesaikan puncanya.

Adakah Sinar Untuk Kita?

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Orang-orang kafir Barat hidup tanpa berpandukan agama. Oleh itu, mereka menyelesaikan segala masalah mereka dengan menggunakan akal mereka sendiri, tanpa panduan dari agama mereka. Kita umat Islam berbeza sama sekali dengan mereka di mana kita mempunyai panduan yang mana jika kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dan panduan kita itu tak lain tak bukan ialah Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Jika mengambil selain keduanya, maka sudah barang pasti, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan dan lebih buruk dari itu, umat Islam itu pasti akan tersesat. Inilah apa yang berlaku pada hari ini di mana, pada semua masalah diterapkan hukum akal di dalamnya, bukannya hukum Allah. Umat Islam telah mengambil cara berfikir kafir Barat di dalam menyesaikan segala permasalahan. Maka berlakulah apa yang kita saksikan sekarang - penyelesaian yang tidak pernah menyelesaikan.

Umat Islam tidak habis-habis menggunakan akal dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri sama ada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Wahai kaum Muslimin! Kalian semua mengetahui bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan membaiki atap yang bocor tadi. Inilah penyelesaian yang hakiki.

Justeru apa yang kami ingin utarakan ialah penyelesaian yang hakiki bagi semua permasalahan hidup manusia adalah Islam. Kerana yang menjadi punca kepada segala masalah ialah tidak diterapkan Islam di dalam kehidupan. Hukum Islam telah diganti dengan hukum kufur. Pemikiran sekular telah meresap dalam dan sebati dengan umat Islam, khususnya para pemimpin yang di tangan mereka terdapat kuasa membuat undang-undang. Oleh kerana telah sebati dengan sistem kufur sekular, maka di dalam menyelesaikan masalah pun, umat Islam telah berfikir dengan cara berfikir orang-orang kafir, yakni menggunakan akal di dalam berhukum. Kitab Allah dibuang, sunnah Rasul dicampak, undang-undang ciptaan manusia dijulang. Inilah punca kepada segala masalah yang menimpa umat Islam. Jadi, satu-satunya cara yang hakiki di dalam menyelesaikan setiap inci masalah ialah umat Islam wajib kembali kepada kehidupan Islam, wajib berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan dan wajib mengikuti sunah RasulNya di dalam segala aspek kehidupan. Barulah dikatakan kita menangani punca kepada masalah, bukan simptomnya. Jika tidak, maka umat Islam sebenarnya telah mengikuti jejak langkah syaitan yang menyesatkan!

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” [Al-Baqarah (2):208].

Apabila sistem yang mengatur kehidupan itu baik, maka tidak akan ada unsur-unsur yang boleh mendorong manusia untuk melakukan kejahatan atau jenayah. Dalam erti kata lain, sistem yang mampu mengarahkan kecenderungan manusia ke arah ketenteraman dengan terpenuhnya segala tuntutan naluri manusia yang asas akan mampu untuk memastikan terkawalnya manusia daripada melanggar norma-norma kehidupan yang sepatutnya. Sesiapapun perlu memuaskan keperluan fizikalnya (hajatul udhuwiyyah) dengan cara makan, minum, bernafas, buang hajat dan sebagainya. Begitu pula manusia memerlukan ketenangan dengan memenuhi naluri (gharizah) yang dimilikinya. Naluri untuk melestarikan jenis (gharizah an-nau’/sexual instinct) jika tidak diatur sesuai dengan Islam tentu akan mengakibatkan kerosakan akhlak (masalah sosial) dengan merebaknya kes-kes rogol, homoseks, lesbian, pergaulan bebas dan sebagainya.

Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita muslimah, cara memandang wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu. Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan seperti:

1. Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];

2. Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];

3. Rasulullah bersabda, “Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya.” [HR. Bukhari dan Muslim].

4. Rasulullah juga bersabda, “Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya” [HR. Muslim].

5. Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;

6. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;

7. Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;

8. Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);

9. Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].

Dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara. Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah. Jadi, dengan kata lain kehidupan itu wajib diatur dengan sistem Islam, dan jika masih wujud pelanggaran, maka Negaralah yang akan mengenakan hukuman terhadap setiap pelaku maksiat tersebut dan hukuman itu mestilah uqubat Islam, bukannya hukuman akal ciptaan manusia. Perlaksanaan hukuman Islam ini akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Muhammad Ismail di dalam kitabnya, Fikrul Islam telah menghuraikan bahawa sistem Islam dapat mencegah manusia dari melakukan tindakan kejahatan sebab, bilamana dia melakukan juga kejahatan itu dia akan berhadapan dengan masyarakat dunia dan negara dengan sistem hukuman yang datang dari Al-Khaliq itu sendiri. Di akhirat kelak ia akan menghadapi azab Allah yang sangat pedih lagi menyeksakan.

Thursday, July 24, 2008

Sesudah Samy berbicara tentang tol

Suara Orang Muda

Oleh Arjuna Idealis dan Orang Kampung

PENGGUNA jalan raya pada masa hadapan mungkin tidak perlu berhenti di pondok tol untuk membuat bayaran sebaliknya masih boleh berbuat demikian walaupun ketika sedang memandu pada kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan membuat ujian sistem pembayaran tol baru pada November ini yang dinamakan Laluan Pantas PelbagaiGuna. Beliau berkata jika sistem baru itu berkesan dan digunakan, pemandu tidak lagi perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan untuk membayar tol seperti amalan sekarang dan sekali gus mengatasi masalah kesesakan.

Di pandang dari sudut teknologi, maka memanglah hebat cadangan Menteri Kerja Raya baru ini. Begitu juga jika dipandang dari sudut usaha kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol, maka tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu cadangan yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Namun, satu perkara yang juga tidak dapat dinafikan ialah, inilah pemikiran Kapitalis yang ada pada pemimpin di dunia umat Islam saat ini. Mereka berusaha untuk terus memperbodohkan umat yang berada dibawah tanggungjawab mereka dengan memberikan pelbagai penyelesaian yang kononnya seolah-olah baik untuk rakyat. Tetapi pada hakikat dan faktanya mereka terus menipu dan mengkhianati rakyat yang memberikan amanah kepada mereka.

Di dalam kes ini, punca kepada segala masalah adalah “tol” itu sendiri! Bukannya “cara” atau “masa” nak bayar tol. Kerana adanya tol-lah, rakyat menderita, kerana adanya tol-lah, berlakunya kesesakan dan kerana adanya tol-lah, pemimpin Kapitalis dan kroni mereka kaya-raya kerana dapat membolot duit rakyat. “Tol”lah yang menjadi punca kepada segala-galanya, bukannya “cara” nak bayar tol.

Pengguna jalan raya pada masa hadapan mungkin tidak perlu berhenti di pondok tol untuk membuat bayaran sebaliknya masih boleh berbuat demikian walaupun ketika sedang memandu pada kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan membuat ujian sistem pembayaran tol baru pada November ini yang dinamakan Laluan Pantas PelbagaiGuna. Beliau berkata jika sistem baru itu berkesan dan digunakan, pemandu tidak lagi perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan untuk membayar tol seperti amalan sekarang dan sekali gus mengatasi masalah kesesakan.

Di pandang dari sudut teknologi, maka memanglah hebat cadangan Menteri Kerja Raya baru ini. Begitu juga jika dipandang dari sudut usaha kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol, maka tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu cadangan yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Namun, satu perkara yang juga tidak dapat dinafikan ialah, inilah pemikiran Kapitalis yang ada pada pemimpin di dunia umat Islam saat ini. Mereka berusaha untuk terus memperbodohkan umat yang berada dibawah tanggungjawab mereka dengan memberikan pelbagai penyelesaian yang kononnya seolah-olah baik untuk rakyat. Tetapi pada hakikat dan faktanya mereka terus menipu dan mengkhianati rakyat yang memberikan amanah kepada mereka.

Di dalam kes ini, punca kepada segala masalah adalah “tol” itu sendiri! Bukannya “cara” atau “masa” nak bayar tol. Kerana adanya tol-lah, rakyat menderita, kerana adanya tol-lah, berlakunya kesesakan dan kerana adanya tol-lah, pemimpin Kapitalis dan kroni mereka kaya-raya kerana dapat membolot duit rakyat. “Tol”lah yang menjadi punca kepada segala-galanya, bukannya “cara” nak bayar tol.

Selepas rakyat diperbodohkan dengan kereta elektrik dan teknologi hydrofuel untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak, kini satu lagi cadangan yang cukup jelas memperbodohkan rakyat telah cuba untuk diperkenalkan. Menteri kerja raya yang baru ini nampaknya cuba untuk menjadi jaguh bagi menandingi bekas menteri yang lama. Inilah hakikat apabila “sistem” pemerintahan tidak bertukar, tapi yang berukar hanyalah “orang”nya sahaja. Ibarat kata seperti kereta buruk yang dipandu oleh pemandu yang baru. Kalau dahulu pemandunya bernama Samy Vellu, kini pemandunya telah diambil alih oleh orang lain pula.

Isu bagi rakyat ialah tol yang dikenakan, bukanya cara atau masa pembayaran tol. Memperkenalkan teknologi canggih ini tidak lain adalah cara mengubati simptom, bukannya menyelesaikan masalah itu sendiri. Ibarat kata, jika berlaku banyak kes rogol di negara ini, maka pemimpin mencadangkan agar diperbanyakkan rumah pelacuran. Masalah tidak selesai, malah dosa pemimpin terus bertambah! Tol adalah satu bentuk cukai yang dikutip oleh kerajaan terhadap pengguna jalanraya. Cukai ini adalah jelas lagi nyata merupakan suatu yang haram di dalam Islam. Justeru, apa yang sewajibnya dilakukan oleh kerajaan adalah untuk menghapuskan tol, bukannya memodenkan “cara” pembayaran tol. Hanya dengan menghapuskan tol sahajalah (menerapkan sistem Islam), barulah penderitaan rakyat akan selesai, barulah masalah kesesakan akan selesai, dan yang paling penting, barulah menghapuskan dosa para pemimpin itu sendiri.

Renungilah Firman Allah SWT:

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah” [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Bicara Orang Kampung


Kereta Elektrik - Penyelesaian masalah

Baru- baru ini kerajaan telah pun mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel. Itulah kata Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom, berpuas hati dengan penggunaan teknologi baru itu yang langsung tidak menggunakan petrol.

Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam. Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.

“Saya anggap ini satu langkah yang kreatif dan amat menepati kehendak waktu ini supaya kita terus mencari bahan tenaga baru dengan tidak hanya bergantung kepada petrol, diesel dan gas yang harganya melambung tinggi,” ujarnya.

Inilah antara rancangan hebat kerajaan untuk membantu rakyat! Kita tidak pasti sama ada pemimpin Malaysia ini sedar atau tidak bahawa yang menjadi masalah sekarang bukanlah kereta.

Tidak kiralah apa jenis keretanya, kereta minyak ke, kereta air ke atau kereta elektrik ke, yang menjadi masalah sekarang ialah harga minyak yang telah dinaikkan oleh kerajaan sesuka hati, bukannya kereta.

Masalah rakyat adalah harga minyak (petrol, diesel) yang mencanak ke kemuncak penderitaan yang sekali gus telah menaikkan harga barang, termasuk barang makanan, tarif elektrik dan segala macam kos sara hidup lainnya.

Kereta hanyalah sebahagian dari keperluan hidup yang tergolong dalam keperluan sekunder. Asas bagi survival manusia adalah makanan, tempat tinggal dan pakaian, bukan kereta. Tanpa kereta manusia boleh hidup, tetapi dengan harga makanan yang melambung tinggi (hasil kenaikan harga minyak) manusia menghadapi titik kritikal untuk terus hidup.

Inilah kerenah pemimpin negara kita di dalam menyelesaikan masalah. Secara logiknya pun, apakah mereka boleh menjawab beberapa persoalan di bawah, demi untuk mengurangkan penderitaan rakyat?

  1. Selesaikah masalah kenaikan harga barangan keperluan lain, termasuk barang dapur (yang timbul akibat kenaikan harga minyak), dengan kita membeli kereta elektrik?
  2. Berapa banyakkah kereta elektrik ini akan dikeluarkan oleh Proton? Dianggarkan terdapat lebih kurang 10 juta pemandu kenderaan berdaftar di Malaysia, bolehkah Proton mengeluarkan 10 juta kereta elektrik? Jika 5 juta berjaya dikeluarkan sekalipun, apakah semua 5 juta pemandu mampu membelinya? Kalau 5 juta pemandu mampu membelinya sekalipun, bagaimana pula nasib 5 juta pemandu lain yang tidak mampu? Pokoknya, hanya yang mampu memiliki kereta elektrik sahajalah yang boleh mengelak dari membayar harga minyak yang tinggi. Persoalannya, berapa ramaikah golongan yang mampu ini?
  3. Dengan adanya kereta elektrik ini di pasaran, tentunya bank-bank riba akan mengaut keuntungan berlipat ganda apabila setiap orang meminjam wang dari mereka untuk membeli kereta tersebut. Sudahnya, wang rakyat, walaupun tidak mengalir ke stesen minyak, akan mengalir ke bank-bank haram ini pula, dan rakyat, sudah tentu bertambah dosa dengan pinjaman riba yang di ambil. Pemimpin pula, semakin menggunung dosa yang mereka pikul hasil kerja tangan mereka yang kreatif ini. Maka bertambah lagilah statistik maksiat di Malaysia hasil ‘kebijakan’ pemimpin memperkenalkan kereta elektrik ini.
  4. Dengan adanya kereta elektrik ini, kerajaan dan kroni juga tentunya akan bertambah kaya-raya, apa tidaknya, setiap kereta kena bayar road tax, kena bayar insuran dan lain-lain bayaran sampingan yang kerajaan cekup dari rakyat seperti tol, parking, saman dan lain-lain.
  5. Sebagai sebuah kereta baru, jika berlaku kerosakan, siapakah yang mampu membaikinya, dan berapa banyak pula kos baiki dan kos penyelenggaraannya. Silap-silap, hanya Proton sahaja yang mempunyai kemampuan untuk baiki dan juga membekalkan spare part. Akhirnya, kerajaan juga yang untung. Kononnya kerajaan ingin mengurangkan beban rakyat!

Mengapa pemimpin negara kita di saat rakyat yang sedang nazak sekalipun, mereka masih boleh mengaut keuntungan. Tindakan menolong rakyat diambil, kononnya dengan memperkenalkan kereta elektrik tersebut, kos sara hidup dan kesengsaraan rakyat kembali pulih. Padahal isu yang mendominasi kos hidup adalah kerana kezaliman mereka menaikkan harga minyak. Dengan kata lain, kezaliman mereka kerana tidak berhukum dengan hukum sebenarnya.

Semua ini hanyalah penyelesaian simptom kepada masalah, bukannya menyelesaikan masalah itu sendiri. Ibarat kata, kerajaan seperti ingin menyelesaikan masalah jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang yang selalu menyebabkan kemalangan dan kematian, dan apa yang kerajaan lakukan ialah memperbanyakkan lagi workshop/bengkel, agar setiap kereta boleh dibaiki. Lebih hebat, kerajaan juga memperbanyakkan tanah perkuburan, agar setiap orang yang mati dalam kemalangan tersebut dapat ditanam.

Menyelesaikan simptom tidak akan menyelesaikan masalah. Asasnya, minyak adalah hak rakyat dan hak rakyat perlu dipulangkan kepada rakyat. Segala bentuk kekayaan sumber alam yang jumlahnya banyak perlu dipulangkan haknya kepada rakyat. Inilah ketetapan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Islam telah mengatur sebuah wacana ekonomi yang sangat telah meletakkan hak pemilikan kepada tempat tersendiri dan Islam menitikberatkan keperluan asas dan sekunder manusia agar dapat mengatasi segala masalah hidup, bukannya mengatasi simptom seperti yang ada sekarang. Islamlah (syariah) tempat kita kembali merujuk kerana ia merupakan sebuah deen (cara hidup) yang berlandaskan wahyu, bukannya sebagaimana sistem Kapitalis sekarang yang menjadikan “akal” sebagai sumber penyelesaian. Akal manusia biarpun majoriti, biar pun keluar dari pemimpin yang tertinggi, bukanlah penentu kebenaran untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Kenapalah pemimpin ini tidak sedar-sedar bahawa akal mereka sering diguna untuk merubah hukum Allah? Beraninya mereka dengan azab Allah kelak!

Monday, July 14, 2008

Petikan Maya

Azalina Umum Tahun Meliwat Malaysia 2008

KUALA LUMPUR Ahad Julai 13hb - Dato Azalina Othman, Menteri Pelancongan telah mengumumkan tahun 2008 sebagai Tahun Meliwat Malaysia (TMM) untuk mengambil peluang dari kegiatan-kegiatan liwat meliwat yang mendapat perhatian luar negara, khususnya dari Amerika Syarikat.

Menurut Azalina, Kementerian tidak perlu mengadakan majlis pelancaran tetapi hanya dari publisiti yang telah diberi oleh media-media tempatan dan antarabangsa kepada beberapa perkembangan terbaru.

TMM memperkenalkan konsep acara-acara ad-hoc untuk mengekalkan minat para media yang berjaga-jaga menunggu sesuatu yang tidak boleh diduga. Laporan polis liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diduga.

PERDANA MENTERI YANG LEWAT ... Abdullah menepuk belakang bakal penggantinya yang tersenyum serba salah

Acara liwat utama telah berlangsung di PWTC pada hari Khamis lepas dengan pengumuman Perdana Menteri untuk mengundurkan diri pada Jun 2010.

PM telah dituntut undur oleh akarumbi parti dan rakyat sejak Mac 8hb, 2008. Namun, keputusan yang memakan masa empat bulan dan dua tahun untuk diimplementasi menimbulkan keresahan.

Acara liwat ini masih tidak dapat disahkan pihak yang diliwat. Hanya yang diketahui adalah pihak yang meliwat dan bakal Perdana Menteri yang lewat.

Pemerhati politik menyatakan mangsa yang bakal diliwat dalam jangkamasa dua tahun itu adalah bangsa Melayu, rakyat dan negara Malaysia. Setelah itu, parti UMNO dan Barisan Nasional dijangka akan menerima padah diliwat beramai-ramai pada tahun Pilihanraya Umum 2012/13 oleh mangsa-mangsa tersebut.

Secara tidak terancang, wakil-wakil cawangan UMNO yang dijemput ke Kuala Lumpur selama dua bulan dari seluruh negara untuk Majlis Bersama Perdana Menteri telah diliwat dahulu. Suara mereka tidak diambil endah oleh pucuk pimpinan.

Turut menyumbang kepada peliwatan beramai-ramai adalah pengusaha-pengusaha hotel dua dan tiga bintang seperti Vistana Hotel, dan Seri Pacific Hotel, serta pengimpot kain pelikat jenama Wali Songo, dan Beer Ali (bukan Bir Ali).

Difahami dari sumber-sumber dalam parti, terdapat amalan politik wang yang melibatkan ahli-ahli politik dan agensi kerajaan Jasa. Amalan meliwat harta rakyat boleh dilaporkan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) untuk disiasat dan tidak melanggar tataetika parti. Jika tidak diliwat oleh pejabat Pendakwaraya, boleh di bawa ke mahkamah.


SANDIWARA HADAPAN KEDUTAAN TURKI ... Lebih banyak pementasan tuduhan konspirasi terhadap Najib jika DNA Anwar dikesan

Sementara itu, program yang telah dilancarkan di acara Konsert PROTES telah dimasukkan sebagai sebahagian dari acara TMM. Kesan ketidak stabilam politik terhadap ekonomi dan pelaburan memenuhi kriteria meliwat negara.

Minggu lepas konsert besar-besaran yang bertema kenaikan minyak dan penafian liwat telah diadakan di Kelana Jaya dan Shah Alam. Antara para artis yang terlibat adalah Carburettor Dung yang terkenal dengan lagu underground, Jilat. Kontroversi yang timbul telah meliwatkan harapan pihak penganjur.

Para pelancong pun agak kecewa kerana acara Mubahalah berkaitan kesalahan fitmnah meliwat telah didalihkan oleh penganjur bagi pihak Anwar. Namun demikian, ramai pihak menganggap laporan qafaz akan merendahkan pandangan ramai terhadap mahkamah syariah dan memberikan kondom untuk membuka ruang penggiat kebebasan murtad untuk meliwat mahkamah.

Ekoran dari itu, pihak Penganjur akan mengadakan demonstrasi besar-besaran di Parlimen esok hari Isnin. Polis telah mengumumkan surat mahkamah untuk penglibatan melarang perhimpunan 5 km dari Parlimen.

Orang ramai akan dapat melibatkan diri dengan dilewatkan masuk kerja oleh kesesakan trafik ke tempat kerja. Ramai yang telah melewatkan orang ramai pergi kerja dijangka ditangkap. Peraturan dan amalan polis tidak meliwat mereka yang dilokap.

Acara tersebut akan berakhir dengan Dato Seri Anwar melaporkan diri di Balai Polis Travers untuk penyiasatan meliwat pada pukul 2 tengahhari.

Jika kesan DNA menunjukkan profil yang sama dengan profil DNA Anwar yang sudah tersimpan di dalam rekod polis, banyak sandiwara liwat dan konspirasi bakal dipentaskan di media-media sepanjang perayaan.

Ada pihak menjangka Anwar mungkin enggan diambil ujian DNA. Namun yang pasti, Dato Seri Najib bakal dituduh merancang konspirasi oleh Anwar.

Hari Selasa malam, Dato Seri Anwar akan turut terlibat dalam acara debat dengan Dato Shaberry Chik berkenaan acara minyak.

Dato Seri Anwar dijangka membawa hujah rakyat diliwat kerana kenaikan harga minyak yang mencanak. Manakala, Dato Shabery dijangka berhujah Anwar meliwat rakyat dengan sandiwara turunkan harga minyak segera dan kerajaan akan diliwat untuk menanggung perbelanjaan subsidi terlalu tinggi.

Rakyat merasa terliwat dari kesan kenaikan harga minyak hingga meninggalkan kesan DNA yang banyak kepada poket mereka. Rata-rata orang ramai sanggup yang sudah rabak poket sanggup menyokong peliwat untuk melegakan kesusahan hidup.

Bagi mereka yang ingin megikuti perdebatan itu, mereka boleh ikuti di saluran Astro Awani (501) dan TV9 (119) pada pukul 9 malam Selasa esok.

Pihak Kementerian akan membantu melaporkan kegiatan liwat meliwat kepada media dari semasa ke semasa.

Sesiapa yang terlibat dalam kegiatan liwat meliwat boleh mendapat bantuan dari Jabatan tertentu atau membuat laporan polis di balai-balai polis berdekatan. - Agensi Berita Husin Lempoyang

Tuesday, July 8, 2008

Semua Orang Mahu Kaya

Assalammualaikum,

Salam Orang Kampung

Jutaan pelanggan Celcom yang menyertai Peraduan 100 Hari 100 Kereta kini boleh tersenyum apabila syarikat telekomunikasi itu mula mena warkan penggantian semula kredit mereka.

Keputusan itu dinyatakan kepada semua pengguna terbabit menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang juga memaklumkan jumlah dibelanja untuk peraduan itu dikreditkan ke akaun bulan ini.

Orang Kampung bukan hendak berbicara mengenai seronoknya mereka yang banyak melaburkan wang mereka melalui SMS mendapat kembali wang mereka tetapi realiti masyarakat kita kini.

Asal ada duit jatuh dari langit sahaja semua kita berebut. Tidak kira dengan pelbagi cara dan pendekatan. Sama ada jualan langsung, skim cepat kaya, gores dan menang dan sebagainya semuanya hendak dibalun.

Skim cepat kaya dan gores dan menang, sudah diharamkan tetapi tanyalah diri sendiri, senang kata tepuk dada tanya selera bagaimana ramai yang masih tertipu dengan skim-skim ini.

Tidak perlu jauh.... sanak saudara dan jiran-jiran juga jadi mangsa

Keluarga Orang Kampung pun sama

Soalnya balik semula kepada teori ekonomi. Ada permintaan adalah penawarannya.

Berbalik kepada soal Juwatan Celcom ini, kawan penulis turut terkena. SMS sampai beribu-ribu, berjam-jam kerana soalannya budak sekolah darjah satu pun boleh jawap.

Sudah syok sebab ingat dapat kereta mewah namun di akhir soalan tiba-tiba tergendala. Betapa bijaknya sistem kapitalisme ini mengaut kekayaan.

Nasib baik duit dipulangkan. Jika RM2,000 habis kepada peraduan itu dan itulah satu-satunya duit gaji bagaimana hendak menampung perbelanjaan.

Mula bergaduh, yang si suami menyalahkan isteri dan begitulah juga sebaliknya

Anak sekolah, susu anak, duit kereta, duit rumah..... kita bukan Abang Mat mampu!

Itulah kekuasaan Allah s.w.t. Allah dah berikan secukupnya rezeki pada kita. Orang buta dan cacat walaupun dari segi fizikalnya tidak sama seperti insan normal cukup rezekinya.

Mencari pekerjaan dan kaedah sampingan untuk menambah pendapatan memang perlu tetapi fikirkanlah jika tauke jualan langsung ini untung berpuluh juta anda mendapatkan sebahagian kecil sahaja.

Sedangkan andalah yang puas memujuk, berlari ke sana-sini untuk melariskan barangan.

Berniaga ada caranya.... sedangkan katak yang dianggap jijik boleh menjadi sumber pendapatan.

Strategi pemasaran dan otak berniaga yang baik amat diperlukan

Jangan baru untung sikit berlagak macam ahli koperat. Simpan sedikit keuntungan untuk perbelanjaan luar jangka.

Kembangkan lagi perniagaan sehingga mampu memberi pendapatan kepada orang lain

Jangan lupa berzakat dan menderma

Bukan arak, wanita dan kemewahan yang memberi rezeki tetapi Allah

Berkerjalah dengan ikhlas dan mengikut akad yang ditetapkan. Doa pada Allah banyak-banyak. Tidak rugi berdoa padaNYa.

Tidak dapat hari ini dapat esok..... lusa ..... minggu depan ..... tahun depan