Monday, July 28, 2008

Tiada yang tinggal kecuali nama


UMAT Islam perlu kembali kepada Al- Quran dan Sunnah

Tiada yang tinggal kecuali nama - Islam

Sudah lama dan sering kali kita mendengar Islam dimomok-momokkan dengan ‘label Islam’. Ada Sistem Perbankan Islam, Insurans Islam (Takaful), Pajak Gadai Islam, Pusat Rawatan Islam dan lain-lain produk yang diidhafahkan dengan ‘Islam’ atau diarabkan untuk menta’kid lagi barangan tersebut adalah dari Islam.

Ternyata, produk-produk yang dilabel ‘Islam’ ini sememangnya berjaya menarik perhatian dan emosi sebahagian besar umat Islam sehingga ada yang marah dan naik berang jika kita berhujah bahawa ‘produk Islam’ yang ada sekarang hanyalah ciplak dari produk konvensional/kufur dengan diletakkan nama ‘Islam’ di belakangnya.

Walhal kalau dikaji dengan jernih dan teliti, kita akan dapati bahawa cap ‘Islam’ atau nama Arab tadi hanyalah satu umpan yang digunakan untuk memancing umat Islam bagi melanggan perkhidmatan tadi.

Bagi pencinta produk-produk yang dilabel ‘Islam’ ini, pendedahan yang dibuat oleh Presiden Majlis Am Bagi Bank dan Institusi kewangan Islam, Sheikh Saleh A Kamel agak mengejutkan di mana hasil pemantauan pihak beliau mendapati kira-kira 350 bank yang menawarkan perkhidmatan skim perbankan Islam di 75 negara di seluruh dunia menggunakan kaedah kerja (prosedur) yang tidak berlandaskan hukum syara’.

Lebih membimbangkan lagi, daripada 350 bank ini, 120 daripadanya beroperasi di negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) . Untuk kebaikan umat Islam, sepatutnya nama-nama Bank itu didedahkan kepada umum kerana mereka telah mengaut banyak keuntungan menggunakan nama ‘Islam’ walhal menyediakan produk yang haram.

Bagi pencinta Islam yang telah lama sedar akan perniagaan ‘penjenamaan semula’ ini, pendedahan ini bukanlah suatu yang mengejutkan. Dalam keghairahan para pemilik modal (kapitalis) menjenamakan ‘Islam’ kepada produk-produk mereka sebagai tarikan untuk umat Islam dan mengaut keuntungan dari sentimen umat terhadap label ‘Islam’ yang diberi, mereka nampaknya semakin hanyut dan gelap mata dengan keuntungan yang telah diperolehi.

Mereka tidak lagi memandang sama ada produk itu benar-benar dari Islam atau tidak, yang penting, berapa banyakkah keuntungan atau manfaat yang dapat diraih darinya. Justeru brand Islam ini lama-kelamaan telah semakin diminati untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan oleh para pemilik modal (kapitalis).

Dalam kita menempuh kehidupan seharian, kita tidak dapat lari dari menggunakan bahan yang dihasilkan dari pengetahuan sains dan teknologi, termasuklah yang berasal dari Barat.

Fenomena ini telah menimbulkan satu anggapan bahawa, tidak semua yang berasal dari Barat itu tidak baik atau perlu ditolak, malah ada yang mengatakan ia mesti di ambil jika sesuai dengan Islam.

Akhirnya umat Islam bukan setakat mengambil kemajuan kebendaan dari Barat, malah telah banyak mengambil cara hidup, budaya, sistem pemerintahan demokrasi dan undang-undang dari Barat dan ada yang tanpa mengkaji terlebih dahulu, terus mengatakan ia sesuai dengan Islam atau berasal dari Islam.

Sebelum berbincang lebih lanjut, secara ringkasnya, dalam menghadapi kemajuan dari Barat ini, umat Islam telah terpisah kepada tiga golongan:-Golongan pertama, adalah golongan yang terbius dengan pendidikan Barat dan cara hidup Barat, mereka menerima apa sahaja kemajuan dan cara hidup Barat.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘kebudayaan’ bermaksud “keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat; tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)”.

Dalam konteks ini, Islam telah memperincikan perbincangan tentang hadharah dan madaniyyah, yang dapat membezakan antara budaya dan produk dari budaya. Hadharah bermaksud majmu’ al-mafahim ‘an al-hayah (sekumpulan konsep/pemahaman tentang kehidupan), sementara madaniyyah bermaksud al-asykal al-maadiyah li asy-ya’ al-mahsusah allati tusta’mal fi syu’un al-hayah (peralatan fizikal berupa benda hasil ciptaan manusia yang digunakan dalam aspek kehidupan) [Nizhamul Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].

Berdasarkan pengertian ini, apa-apa idea, gagasan, nilai, norma adat-istiadat, hukum serta konsep pemerintahan, sebagai contoh, adalah termasuk dalam kategori hadharah.

Manakala madaniyyah pula adalah seluruh peralatan fizikal atau teknologi yang dapat dilihat, dirasai, disentuh dan digunakan seperti kereta, kapalterbang, komputer, bangunan pencakar langit, kilang, candi, masjid, gereja, lukisan, lambang salib, buku, telefon bimbit dan sebagainya (benda-benda hasil ciptaan manusia) yang wujud dan berkembang menempati ruang dan masa.

Hadharah adalah berbeza-beza sesuai dengan aqidah dan hukum yang melahirkannya. Bila aqidah dan hukum yang melahirkan hadharah tersebut adalah Islam, maka hadharah tersebut merupakan hadharah Islam.

Sebaliknya, bila hadharah itu lahir dari selain Islam maka hadharahnya menjadi hadharah kufur, dan sudah semestinya bertentangan dengan hadharah Islam.

Idea/gagasan tentang freedom (kebebasan), liberalisme, feminisme, nasionalisme (kebangsaan), patriotisme, sekularisme dan pluralisme adalah contoh-contoh hadharah kufur yang bertentangan sama sekali dengan hadharah Islam.

Dalam aspek kepercayaan dan keyakinan pula, misalnya, pemahaman bahawa Allah adalah Zat yang Maha Memberi Rezeki yang dimanifestasikan dengan senantiasa memohon rezeki kepada-Nya dan berlindung kepada-Nya sahaja, merupakan hadharah Islam.

Sementara, keyakinan bahawa ada kekuatan lain seperti penunggu laut sehingga perlu mengadakan pesta puja pantai supaya nelayan memperoleh rezeki atau pesta menuai untuk memuja semangat padi, semuanya adalah hadharah kufur yang terkandung dalam budaya Timur.

Begitu juga sekumpulan konsep tentang kehidupan sosial masyarakat, antaranya manusia perlu menutup aurat merupakan hadharah Islam. Sementara, pemikiran bahawa manusia itu bebas bertingkah laku, berkhalwat, berzina dan melakukan apa sahaja sekehendak hatinya hingga wanita boleh tidak bertudung, berpakaian singkat dan seksi dalam kehidupan umum di tengah-tengah masyarakat, berlenggang-lenggok semasa bernyanyi, semuanya adalah hadharah kufur/Barat yang timbul dari majmu’ al-mafahim (sekumpulan konsep/pemahaman) mereka tentang kehidupan, yakni ‘kebebasan’.

Wanita pada pandangan mereka hanyalah alat pemuasan nafsu seks lelaki dan pelaris jualan, bahkan berkeadaan telanjang bagi mereka adalah satu seni. Ini bercanggah sama sekali dengan hadharah Islam, yang mana dalam Islam langsung tidak ada konsep ‘kebebasan’ dan Islam memandang wanita sebagai aurat yang perlu dijaga.

Setiap Muslim adalah orang yang ‘terikat’ dengan hukum syara’ dan tidak boleh keluar dari batas yang Allah telah tetapkan. Hadharah Islam menyatakan bahawa Muslim tidak bebas, tetapi terikat dengan hukum Allah.Manakala dalam bidang ekonomi, hukum Islam tidak membolehkan riba dan ini merupakan hadharah Islam dan inilah majmu’ al-mafahim umat Islam, bahawa riba itu haram.

Hadis Nabi pun turut menjelaskan betapa besarnya dosa pelaku riba seumpama dosa seseorang yang berzina dengan ibu kandungnya sendiri! Tetapi bagi orang kafir, majmu’ al-mafamim mereka tentang riba adalah dibolehkan, malah dipandang perlu bagi tujuan mendapat keuntungan. Jadi, amalan riba yang dibenarkan oleh pemerintah dalam sistem ekonomi sekarang adalah diambil dari hadharah kufur.

Riba yang berasal dari hadharah kufur ini nyata-nyata telah menjadi ‘budaya’ dan mendarah-daging dalam kehidupan umat Islam sekarang, sehingga ada yang marahkan kita apabila kita ingin menghapuskan riba, dengan sindiran mereka, ‘bercakap biar logik...dari mana bank nak dapat untung jika nak dihapuskan riba?’.

Begitulah betapa teruknya pemikiran umat Islam yang telah terbius dengan hadharah kufur ini, sehingga mereka langsung ‘tidak terasa’ akan keharaman riba, walaupun Rasulullah telah menyamakan (dosa) pelaku riba seumpama berzina dengan ibu sendiri!

Dari aspek pemerintahan dan perundangan pula, Islam menjelaskan bahawa hak membuat undang-undang adalah di tangan Allah Subhana wa Ta’ala, manakala mengikut hadharah Barat yang mengamalkan sistem demokrasi, hak membuat undang-undang diletakkan di tangan manusia dengan suara majoriti.

Ini amat berlawanan sekali dengan Islam dan merupakan satu dosa besar terhadap Allah di mana manusia telah mengambil hak Allah sebagai Pembuat Hukum (Legislator).Madaniyyah (Peralatan Fizikal/Teknologi)Berbeza dengan hadharah, madaniyyah adalah bentuk fizikal ciptaan manusia yang boleh jadi bersifat khas dan boleh pula bersifat umum untuk seluruh umat manusia.

Bentuk-bentuk madaniyyah yang dihasilkan dari hadharah tertentu, seperti patung adalah termasuk madaniyah yang bersifat khas. Sedangkan bentuk-bentuk madaniyyah yang dihasilkan oleh kemajuan sains dan perkembangan teknologi/industri (semata-mata) adalah tergolong dalam madaniyyah yang bersifat umum.

Bentuk madaniyyah ‘am ini ‘tidak dimiliki’ secara khusus oleh suatu umat/bangsa atau hadharah tertentu, akan tetapi ia bersifat universal seperti halnya sains dan teknologi/industri.

Adapun madaniyyah khas yang timbul atau didasarkan pada hadharah kufur seperti lambang salib, pakaian paderi, baju sami Buddha, kopiah Yahudi, patung makhluk bernyawa, simbol zionis, swastika dan juga lukisan makhluk bernyawa, semua ini adalah diharamkan ke atas umat Islam kerana ia, walaupun madaniyyah, tetapi didasarkan atau muncul dari hadharah kufur dan ia bersifat khas untuk mereka sahaja.

Maksudnya, semua bentuk madaniyyah tersebut hanya dikenal sebagai ‘kepunyaan’ orang-orang kafir tertentu sahaja. Adapun berkenaan patung dan lukisan, hal ini adalah bentuk madaniyyah yang jelas-jelas haram berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Siapa saja yang membuat gambar (manusia atau haiwan) maka Allah akan menyeksanya kerana gambar tersebut di hari kiamat, hingga ia meniupkan roh ke dalamnya, padahal ia sama sekali tidak mampu melakukannya.” [HR Bukhari].

Walaupun keharamannya jelas, namun terdapat sebahagian umat Islam yang memandang ringan perkara ini. Banyak lukisan makhluk bernyawa yang dilukis oleh mereka dan patung-patung yang dibina atas nama simbol negara, tugu pemimpin negara, tugu peringatan negara dan lain-lainnya.

Bagi madaniyyah am, ia adalah suatu yang lahir dari kebijakan atau kreativiti akal manusia di dalam berfikir dan mencipta benda-benda, atau lebih dikenali sebagai perkembangan sains dan teknologi.

Madaniyyah ‘am yang berupa sains dan teknologi ini tidak terkait dengan hadharah, walaupun ia dicipta oleh orang kafir sekalipun, kerana ia muncul dari kreativiti akal, bukannya dari majmu’ al-mafahim mereka tentang kehidupan.

Oleh itu, ia bukan ‘kepunyaan’ mana-mana bangsa, dan boleh diambil oleh siapa sahaja dan dari siapa saja tanpa mengira sama ada dari Barat mahupun Timur, penciptanya Muslim atau bukan.

Justeru, jika umat Islam memahami dan mendudukkan perkara ini pada tempatnya, tidak akan timbul persoalan bahawa, kereta yang dicipta oleh orang kafir adalah ‘kereta kufur’ manakala kereta yang dicipta oleh orang Islam adalah ‘kereta Islam’ atau handphone yang dicipta oleh orang kafir adalah ‘handphone kufur’, manakala handphone (atau apa sahaja) yang dicipta oleh orang Islam adalah ‘handphone Islam’.

Di dalam hal kreativiti berfikir (untuk mencipta benda) dan perkembangan teknologi ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kalian lebih tahu tentang urusan dunia kalian” [HR Muslim].

Hadis ini memberikan kebebasan bagi manusia untuk mengembangkan ilmu sains, industri dan teknologi moden dan apa saja yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan selama tidak bertentangan dengan syara’.

Bahkan Rasulullah sendiri pernah mengirim dua orang sahabat iaitu 'Urwah Ibnu Mas'ud dan Ghailan Ibnu Maslamah ke kota Jarasy di Yaman untuk mempelajari pembuatan senjata Dabbabah (pemecah pintu kota) dari orang kafir, setelah baginda mendapat tahu bahawa senjata tersebut mampu digunakan untuk memecahkan benteng lawan [Al-Thabari, Tarikhul Umam wal Muluk].

Berdasarkan hal ini, adalah dibolehkan bagi umat Islam menerima-pakai alat/perkembangan teknologi seperti kereta, kereta api, VCD, radio, TV, komputer, telefon, pakaian, makanan halal, minuman halal dan produk lainnya sekalipun berasal dari orang bukan Islam tanpa memandang agama/ideologi yang mereka anut. Tidak ada di antara produk-produk ini yang statusnya ‘Islam’ (berbeza dengan orang – ada yang Islam ada yang kufur) atau mesti diberi nama ‘Islam’ berdasarkan ciri-ciri ‘keislamannya’.

Inilah konsep madaniyyah yang perlu difahami dan dipegang oleh umat Islam.Aplikasi konsep Hadharah dan MadaniyyahDisebabkan pemahaman yang tidak jelas tentang konsep hadharah dan madaniyyah ini, menyebabkan ada beberapa insiden dalam sejarah yang merugikan umat Islam.

Sebagai contoh semasa zaman kejatuhan Islam, Eropah berjaya mencipta mikrofon, bila alatini ingin dimasukkan ke dalam negara Islam, ulama yang jumud berfatwa tentang haramnya menggunakan mikrofon kerana suara tersebut adalah suara syaitan. Bahkan ada yang menolak teknologi dari Barat kerana alasan ianya buatan orang kafir dan kaum Muslimin dilarang menyerupai orang kafir.

Walhal peralatan seperti mikrofon dan mesin percetakan itu adalah merupakan alat teknologi yang diharuskan (mubah) untuk digunakan dalam Islam berdasarkan kaedah usul fiqh, “al-aslu fi al-ashya’ al-ibahah ma lam yarid dalil al-tahrim” (Hukum asal benda-benda (alat/barang/teknologi) adalah mubah, selama mana tidak ada dalil yang mengharamkannya)”. Penggunaan mikrofon adalah uslub (teknik) untuk menguatkan suara dan tidak pernah ada nas yang melarangnya.

Begitu juga dengan kereta, ianya merupakan sebuah bentuk teknologi gabungan dari ilmu kepakaran manusia dalam bidang mekatronik. Ianya adalah salah satu bentuk madaniyyah ‘am yang neutral, bernilai sejagat dan boleh digunakan oleh mana-mana manusia, tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam adalah menolak hadharah Barat dan segala madaniyyah khas dari orang-orang kafir, bukannya menolak madaniyyah ‘am yang berupa benda-benda yang mubah.

Hadharah Barat berdiri atas dasar pemisahan agama dari kehidupan dan pengingkaran terhadap peranan agama dalam kehidupan, yang berakibat munculnya fahaman sekularisme, iaitu pemisahan agama dari urusan negara.

Segala konsep pemerintahan sekular demokrasi yang datangnya dari Barat, undang-undang kufur dari Barat (British) yang ada sekarang, konsep nasionalisme, liberalisme, kebebasan, hak asasi manusia (HAM), nation-state (negara bangsa) dan sebagainya semuanya adalah berasal dari hadharah kufur yang wajib ditolak oleh umat Islam.

Penolakan ini bukan kerana hadharah Barat itu bercanggah dengan budaya Timur, tetapi kerana ia bercanggah dengan hadharah Islam.

Jika dulu umat Islam terkeliru dengan konsep hadharah dan madaniyyah, menyebabkan mereka mengharamkan perkara yang mubah iaitu produk/alat teknologi dari Barat, sekarang ini umat Islam malah menjadi lebih teruk lagi; objek-objek fizikal yang bersifat universal dan tidak ada kaitan dengan Islam cuba ‘diIslamkan’ (iaitu meletakkan label Islam kepada produk yang neutral) sedangkan hadharah kufur dari Barat yang jelas-jelas haram, diambil dan dipertahankan!Oleh yang demikian, kereta dan seumpamanya adalah bentuk madaniyyah yang bersifat sejagat, bermula dari segi pembuatan sehinggalah penggunaannya.

Bahkan Islam tidak pernah meletakan satu pemikiran yang khusus tentang ‘kereta’, dan ianya bebas diubahsuai mengikut kemajuan teknologi dan kepakaran pembuatnya.

Apakah jika diletakkan kompas yang menunjukkan arah kiblat, ada tempat simpanan Al-Quran, sejadah dan tempat menyimpan tudung, maka terus sahaja kereta ini dikatakan ‘kereta Islam’. Sungguh naif sekali pandangan ini, kerana sesiapa pun boleh sahaja membeli kompas yang berharga RM5.00 dan meletakkannya di dalam kereta masing-masing, begitu juga dengan kocek kereta yang sedia ada boleh sahaja diletakkan al-Quran di dalamnya, adakah maka kereta kita akan bertukar status menjadi ‘kereta Islam’? Inilah kesan dari salah memahami ajaran Islam dan menjadikan ‘Islam’ hanya sebagai ‘jenama’, bukannya sebagai Deen Allah yang wajib diterapkan segala hukum-hakamnya.

Islam hanya dijadikan bahan dagangan untuk dilabelkan bagi mendapatkan keuntungan bukannya diambil sebagai sebuah mabda’ (cara hidup/ideologi) dalam diri, masyarakat dan negara.KhatimahWahai kaum Muslimin!

Apalah gunanya sebuah kereta Islam yang mempunyai tempat menyimpan al-Quran, jika kitab suci ini tidak pernah dijaga kesuciannya, hanya dibaca tetapi tidak diamalkan? Apalah gunanya kereta Islam yang mempunyai arah kiblat, jika pemandu dan penumpangnya menjadikan Barat sebagai kiblat? Apalah gunanya tempat letak tudung dalam kereta Islam, jika pemandunya sendiri tidak bertudung atau isteri pemimpin yang menaiki kereta itu sendiri tidak bertudung atau hanya bertudung ala-ala sangkut sahaja?

Apalah gunanya ada fesyen Islam jika orang yang bercakap itu sendiri tidak pernah berfesyen (menutup aurat) sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam? Apalah gunanya fesyen Islam yang berkualiti jika si pemakainya langsung tidak ‘berkualiti’ di sisi Allah malah merupakan pelaku maksiat?

Semua itu adalah tidak berguna di sisi Allah kerana apa yang Allah lihat adalah pada amal perbuatan seseorang (sama ada mengikut perintah dan larangan Allah atau tidak) dan Allah sekali-kali tidak melihat kepada ‘cap Islam’ yang diguna atau pakai oleh seseorang. Sebagai khatimah, marilah kita mengambil iktibar dari pesanan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang amat berguna kepada umatnya di akhir zaman ini,“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk.

Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [HR Baihaqi].Sudah lama dan sering kali kita mendengar Islam dimomok-momokkan dengan ‘label Islam’.

Ada Sistem Perbankan Islam, Insurans Islam (Takaful), Pajak Gadai Islam, Pusat Rawatan Islam dan lain-lain produk yang diidhafahkan dengan ‘Islam’ atau diarabkan untuk menta’kid lagi barangan tersebut adalah dari Islam.

Ternyata, produk-produk yang dilabel ‘Islam’ ini sememangnya berjaya menarik perhatian dan emosi sebahagian besar umat Islam sehingga ada yang marah dan naik berang jika kita berhujah bahawa ‘produk Islam’ yang ada sekarang hanyalah ciplak dari produk konvensional/kufur dengan diletakkan nama ‘Islam’ di belakangnya.

Walhal kalau dikaji dengan jernih dan teliti, kita akan dapati bahawa cap ‘Islam’ atau nama Arab tadi hanyalah satu umpan yang digunakan untuk memancing umat Islam bagi melanggan perkhidmatan tadi. Bagi pencinta produk-produk yang dilabel ‘Islam’ ini, pendedahan yang dibuat oleh Presiden Majlis Am Bagi Bank dan Institusi kewangan Islam, Sheikh Saleh A Kamel baru-baru ini agak mengejutkan di mana hasil pemantauan pihak beliau mendapati kira-kira 350 bank yang menawarkan perkhidmatan skim perbankan Islam di 75 negara di seluruh dunia menggunakan kaedah kerja (prosedur) yang tidak berlandaskan hukum syara’.

Lebih membimbangkan lagi, daripada 350 bank ini, 120 daripadanya beroperasi di negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) .

Untuk kebaikan umat Islam, sepatutnya nama-nama Bank itu didedahkan kepada umum kerana mereka telah mengaut banyak keuntungan menggunakan nama ‘Islam’ walhal menyediakan produk yang haram.

Bagi pencinta Islam yang telah lama sedar akan perniagaan ‘penjenamaan semula’ ini, pendedahan ini bukanlah suatu yang mengejutkan. Dalam keghairahan para pemilik modal (kapitalis) menjenamakan ‘Islam’ kepada produk-produk mereka sebagai tarikan untuk umat Islam dan mengaut keuntungan dari sentimen umat terhadap label ‘Islam’ yang diberi, mereka nampaknya semakin hanyut dan gelap mata dengan keuntungan yang telah diperolehi. Mereka tidak lagi memandang sama ada produk itu benar-benar dari Islam atau tidak, yang penting, berapa banyakkah keuntungan atau manfaat yang dapat diraih darinya.

Friday, July 25, 2008

Menegakkan Kembali Khilafah

Menegakkan Kembali Khilafah - Ehsan dari Hizbut Tahrir Indonesia

BULAN Rajab adalah bulan mulia. Pada bulan ini terdapat satu hari saat Rasulullah saw. mengalami peristiwa besar, yakni Isra’ Mi’raj, tanggal 27 Rajab.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah wujud pengokohan Rasulullah saw. sebagai pemimpin. Rasulullah diangkat sebagai imam shalat berjamaah para nabi dan rasul. Kepemimpinan Rasul dalam shalat berjamaah sesungguhnya membuktikan bahwa Beliau adalah pemimpin seluruh umat manusia.

Namun, pada bulan Rajab ini pula, ada satu hari saat kaum Muslim mulai mengalami berbagai kehancuran dan malapetaka. Islam sebagai agama dan sistem pun mulai mengalami hal serupa. Itulah tanggal 28 Rajab, saat Khilafah terakhir, Khilafah Turki Utsmani, dihancurkan oleh antek Inggris, Mustafa Kemal. Sejak itu sampai detik ini, kaum Muslim tercerai-berai ke dalam hampir 50 negara tanpa ada Khilafah yang melindungi, mengayomi dan memelihara mereka. Islam dan umatnya, sejak keruntuhan Khilafah hingga saat ini, dililit berbagai macam permasalahan.

Sejarah Emas Khilafah

1. Pengayom dan pelindung umat.

Islam adalah penebar rahmat bagi seluruh manusia, bukan hanya kaum Muslim, tetapi juga umat lain. Tercatat dalam sejarah, tatkala kawasan Sicilia di Eropa berada dalam pangkuan Islam semasa Khalifah Ziyadat Allah I, Sicilia menjadi kawasan yang penuh berkah bagi umat non-Islam. Betapa tidak. Di Sicilia terdapat beragam suku dan etnis seperti Sicilia, Arab, Yahudi, Barbar, Persia, Tartar dan Negro berbaur dalam keharmonisan. Tidak ada satu pun pembantaian terhadap penduduk yang beragama Nasrani, walau mereka minoritas. Bahkan penduduk asli Sicilia yang Nasrani justru dilindungi dan dihormati kebebasannya dalam menjalankan aktivitas peribadatan.

Penguasa Muslim hanya membebankan jizyah atas penganut agama Nasrani. Hak milik dan usaha mereka dilindungi. Demikian pula warga Yahudi. Penguasa Muslim menghormati hak hidup dan melindungi kebebasan umat beragama lain dalam menjalankan ibadah. Walhasil, sejak dalam kekuasaan Islam, Sicilia menjelma menjadi salah satu pusat peradaban di Eropa setelah Cordova.

Kondisi sebaliknya justru terjadi saat ini. Umat Islam kini ditindas secara sistematis oleh sistem kapitalis penguasa dunia. Ketika Islam menjadi umat minoritas, mereka dibantai sebagaimana yang terjadi di Palestina, Khasmir, Kosovo, Xinjiang, Pattani, dll. Mayoritas Muslim pun kini menjadi bulan-bulanan musuh-musuhnya, sebagaimana yang terjadi di negeri ini. Sungguh menyedihkan.

2. Pencetak ilmuwan dan intektual.

Islam dalam sistem Khilafah mendorong dan mencetak para ilmuwan dan intelektual handal. Tercatat ribuan bahkan jutaan ilmuwan dan intelektual yang telah dilahirkan oleh Islam. Bukan hanya memberikan sumbangan bagi kemakmuran umat Islam, mereka juga memberikan sumbangan sangat berarti bagi dunia. Contoh: Ibnu Mun’im. Ia dikenal sebagai spesialis terbaik dalam geometri dan teori ilmu hitung. Ia juga seorang dokter. Dalam bidang matematika, Ibnu Mun’im telah berhasil mempublikasikan sederet hasil karyanya. Salah satunya yang masih tetap survive hingga kini adalah Fiqh al-Hisab (Ilmu Hitung).

Ada juga Abdul Malik bin Quraib al-Asma’i. Ialah sarjana pertama yang mengkaji ilmu alam dan zoologi (ilmu hewan). Beberapa buah pikirannya yang sangat terkenal mengupas tentang hewan, yakni Kitab al-Khayhl, yang membahas seluk beluk kuda. Selain itu, ia juga menulis Kitab Al-Ibil yang mengupas tentang unta, Kitab ash-Sha’ tentang kambing, dan Kitab al-Wuhush tentang hewan liar. Abdul Malik juga mengkaji manusia melalui Kitab Khalq al-Insan. Ia juga tercatat sebagai ilmuwan pertama yang mempelajari anatomi manusia. Salah satu kitabnya yang sangat fenomenal adalah Kitab al-Asma’i yang masih menjadi rujukan ilmuwan di Austria pada paruh kedua abad ke-19 M.

Di atas adalah contoh ilmuwan yang dilahirkan oleh Islam selain ribuan nama lainnya seperti Al-Khawarizmi (penemu angka ‘nol’), Ibnu Sina (Bapak Kedokteran Dunia), Al-Jabar (Bapak Matematika Dunia), dll.

3. Surganya pengobatan.

Dalam 250 tahun, sarjana Muslim telah menghasilkan 18 kitab tentang opthalmologi. Padahal ilmuwan Yunani dari zaman Hipocrates hingga Paulus selama 10 abad hanya menghasilkan lima buku opthalmologi. Ilmu pengobatan mata alias opthalmologi berkembang begitu pesat di era modern. Kemajuan yang dicapai dunia opthalmologi saat ini tak akan mungkin terjadi tanpa peran para dokter spesialis mata Muslim di era keemasan.

”Saya mengundang Anda kembali ke massa 1.000 tahun silam untuk menyaksikan fakta sejarah pencapaian para dokter Muslim di bidang opthalmologi,” papar Professor J Hirschberg, seorang ahli mata terkemuka berkebangsaan Jerman dalam tulisannya berjudul, ”Arab Opthalmologist”. Hirschberg begitu mengagumi pencapaian para dokter spesialis mata Muslim pada era Kekhalifahan.

Salah satu dokter spesialis mata yang terkenal adalah Al-Jurjani. Ia adalah dokter bedah mata yang terkenal dari Persia. Pada tahun 1088 M, ia menulis kitab yang berjudul Nur al-‘Ayun (Cahaya Mata). Kitab yang ditulis pada era kekuasaan Sultan Malikshah itu terdiri dari 10 bab. Tujuh bab di antaranya membahas 30 jenis operasi mata, termasuk tiga operasi katarak. Satu bab lainnya secara khusus membahas katarak, trahum, penyakit kornea serta masalah kelopak mata. Buku ini begitu lengkap.

Tak cuma itu, para dokter spesialis mata Muslim pun telah berperan besar dalam menemukan peralatan medis yang digunakan untuk melakukan operasi mata. Sungguh pencapaian yang prestisius.

Kecanggihan penemuan bidang kedokteran ini jelas menjadi pintu bagi kemudahan pengobatan umat Islam. Apalagi dengan kebijakan Khilafah yang menggratiskan pengobatan bagi masyarakat. Pemerintahan Islam menjadi surga pengobatan bagi orang sakit. Tidak seperti sekarang. Orang ’dilarang’ sakit karena biaya pengobatan dan rumah sakit begitu mahal; tak terjangkau oleh kebanyakan orang.

4. Surganya investasi dan industri.

Islam sangat mendorong ekonomi real. Islam menjamin setiap investasi bisnis yang ada sehingga tumbuh industri yang tentu akan membawa kesejahteraan bagi masyarakat. Tercatat pada masa Kekhilafahan Turki Utsmani, investasi dalam sektor industri begitu besar. Hal ini tampak pada tumbuh suburnya industri tekstil (wol, linen, katun dan sutera). Tekstil adalah industri primadona saat itu.

Sentra produksi wol dan sutera Islam berada di Andalusia. ”Pada abad ke-12, industri tekstil berkembang sangat pesat di wilayah itu,” papar Dr. Du Ry. Di wilayah Andalusia, menurut catatan sejarahwan Arab, terdapat tak kurang dari 800 pabrik tenun. Tidak aneh jika era Kekhilafahan Islam kerap dijuluki sebagai ’peradaban tekstil.’ Bisa kita bayangkan, betapa besar investasi dan perputaran ekonomi berjalan pada masa itu saat dunia Barat belum mengenal cara membuat katun dan sutera.

Menegakkah Kembali Khilafah

Dalam kitab Al-Fiqh ’ala al-Mazhahib al-Arba’ah, karya Syaikh Abdurrahman al-Jaziri (V/362) disebutkan, Para imam (Abu Hanifah, Malik, Syafii, Ahmad)–rahimahumullah–telah sepakat bahwa Imamah (Khilafah) adalah fardhu; tidak boleh tidak, kaum Muslim harus mempunyai seorang imam (khalifah) yang akan menegakkan syiar-syiar agama serta menyelamatkan orang-orang terzalimi dari orang-orang zalim…”

Imam Abdul Qahir al-Baghdadi (w. 429 H/1037 M), ketika menjelaskan Ahlus Sunnah dalam kitabnya, Al-Farqu bayna al-Firaq (hlm. 248-249), mengatakan, terdapat 15 (lima belas) masalah pokok agama (arkan ad-din) yang telah disepakati oleh Ahlus Sunnah. Masalah pokok agama yang nomor 12 (dua belas) adalah wajibnya Imamah atau Khilafah.

Pada kitab yang sama (hlm. 270), Imam Abdul Qahir al-Baghdadi juga menjelaskan, “Mereka (Ahlus Sunnah) berkata…Sesungguhnya Imamah (Khilafah) adalah fardhu atau wajib atas umat untuk mengangkat seorang imam (khalifah), yang akan mengangkat bagi mereka para hakim dan orang-orang kepercayaan (umara’) mereka…”

Bagaimana dengan kalangan non-Ahlus Sunnah? Mereka juga sama; sama-sama mewajibkan Khilafah. Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya, Al-Fashl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa an-Nihal (IV/78), menyatakan, “Telah sepakat semua Ahlus Sunnah, semua Murjiah, semua Syiah dan semua Khawarij mengenai wajibnya Imamah (Khilafah) dan bahwa umat wajib menaati Imam yang adil, yang akan menegakkan hukum-hukum Allah di tengah-tengah mereka dan mengatur mereka dengan hukum-hukum syariah yang dibawa Rasulullah saw…”

Wahai kaum Muslim:

Realitas sejarah jelas menunjukkan bagaimana keunggulan dan keagungan Khilafah pada masa lalu. Lebih dari itu, realitas syariah pun menunjukkan bahwa menegakkan Khilafah adalah wajib bagi kaum Muslim menurut para ulama, tentu berdasarkan ijtihad mereka saat menggali nash-nash syariah (al-Quran dan as-Sunnah).

Karena itulah, di tengah kebobrokan sistem Kapitalisme-sekular saat ini, menegakkan kembali Khilafah adalah urgen saat ini, baik secara rasional maupun syar’i. Khilafahlah satu-satunya institusi yang bisa menerapkan sistem Islam (hukum-hukum syariah) secara total dalam kehidupan, sebagai pekara yang telah Allah wajibkan atas kaum Muslim. Allah SWT berfirman:

فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ

Putuskanlah perkara mereka menurut apa yang telah Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (QS al-Maidah [5]: 48).

Allah SWT juga berfirman:

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ

Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang telah Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (QS al-Maidah [5]: 49).

Gejala Sosial Pi Mai Pi Mai Tang Tu


Adakah gaya sebegini yang amat kita inginkan pada anak kita kelak







SEJAK akhir-akhir ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin banyak dan menjadi-jadi. Jika dulu setiap kali isu sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan budaya kehidupan Barat.

Istilah ‘budaya kuning’ cukup popular suatu waktu dulu bagi menggambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi di Malaysia. Waktu itu, masyarakat masih memandang keji budaya import ini yang telah merosakkan akhlak, khususnya golongan muda.

Tahun demi tahun berlalu, istilah budaya kuning semakin terhakis dan terus hilang dari kamus. Dengan kata lain, ‘budaya kuning’ itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah menjadi ‘budaya kita’.

Sebab itulah, gejala sosial yang berlaku kini bukanlah merupakan satu perkara asing lagi di dalam masyarakat. Masyarakat nampaknya sudah ‘lali’ dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’.

Hampir setiap hari kita didedahkan dengan bermacam-macam laporan tentang masalah salah laku remaja. Berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan sudah terlalu lumrah, sehingga ia tidak lagi dilakukan di tempat yang tersorok, malah telah berlaku secara terang-terangan di tempat awam.

Jika dulu kes-kes berpeluk, cium dan raba adalah fenomena biasa di tasik-tasik, kini ia boleh dilihat di mana-mana, termasuklah di kedai-kedai mamak sekalipun. Budaya rempit sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang.

Ini terjadi setelah golongan mat rempit ini semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu ‘pengiktirafan’. Baik di bandar mahupun kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya.

Lebih buruk, aktiviti rempit ini turut melibatkan golongan remaja perempuan. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka ini semuanya beragama Islam! Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan muda-mudi Islam!

Kebuntuan pihak-pihak bertanggungjawab dalam memberikan penyelesaian juga jelas terbukti dengan peningkatan kadar jenayah. Kita melihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa, biarpun telah bermacam pendekatan diambil dan berjuta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani gejala-gejala ini, masalahnya tidak pernah berkurangan malah telah bertambah dari tahun ke tahun.

Biarpun bilangan penduduk Malaysia hanya bertambah sekitar 2% setiap tahun, indeks jenayah rogol dan sebagainya telah bertambah dengan lebih besar.

Pada tahun 2004, jenayah rogol telah bertambah sebanyak 16.8% kepada 1,718 kes daripada 1,471 kes pada tahun 2003 (statistik Polis DiRaja Malaysia) berbanding pertambahan penduduk yang hanya meningkat sebanyak 2.1%.

Pada tahun 2005, kes rogol telah meningkat kepada 1,895 kes, peningkatan sebanyak 10.3% berbanding 2004 dan pada tahun lalu pula, jenayah rogol terus meningkat kepada 2,238 kes, pertambahan sebanyak 18.1%. Jika dibandingkan, pertambahan penduduk hanya meningkat sebanyak 1.9% sahaja.

Bagi kes pencabulan kehormatan pula, PDRM telah merekodkan 1,399 kes pada tahun 2003, meningkat 18.7% kepada 1,661 pada tahun 2004, meningkat lagi pada tahun 2005 kepada 1,771 dan pada tahun lepas terus lagi meningkat kepada 2,023 kes iaitu pertambahan sebanyak 14.2%.

Ini tidak dikira kes-kes jenayah lain yang juga menunjukkan corak kenaikan yang sama setiap tahun.

Adakah ini senario yang kita harap-harapkan? Adakah para ibu bapa boleh tidur lena dengan mengetahui risiko-risiko yang boleh menimpa anak-anak mereka? Bolehkah kita berbangga dengan pertumbuhan ekonomi lebih 5% setiap tahun dari tahun 2003, yang hakikatnya turut disertai pertumbuhan kadar jenayah sosial seperti yang telah dinyatakan? Adakah kita perlu pasrah dengan kenyataan bahawa peningkatan kadar jenayah tersebut sebagai suatu yang lumrah?

Apakah kita tidak mahu mengubah keadaan ini? Apakah tidak wujud penyelesaian bagi masalah ini di dalam agama Allah?

Kaedah Penyelesaian Yang Tidak Menyelesaikan

Mereka yang terlibat dalam gejala sosial yang diketengahkan ini rata-ratanya menjalani kehidupan mereka dengan melakukan tindakan-tindakan tanpa matlamat yang jelas atau tanpa matlamat langsung.

Tanpa matlamat dan hala tuju kehidupan yang jelas ini, maka perbuatan-perbuatan manusia akan dilakukan berdasarkan miqiyas (penilaian) yang tersasar dari jalan yang diredhai oleh Allah. Ada masanya mereka ini melakukan tindakan-tindakan bodoh kerana menjadi pak turut kepada satu pandangan hidup yang terpesong.

Konsep kebebasan hidup yang dipeloporkan oleh ideologi ciptaan Barat telah meracuni minda umat Islam di Malaysia hingga ianya menjadi pasak kepada pembentukan asas nilai kepada tindak-tanduk mereka.

Budaya hedonisme dan budaya-budaya Barat lain yang mengajak kepada pemenuhan tuntutan nafsu dan keseronokan secara maksima menjadi ikutan hasil daripada tiadanya kefahaman terhadap tujuan manusia diciptakan di atas muka bumi ini.

Ini ditambah pula dengan sistem kehidupan yang diamalkan kini telah meletakkan nilai-nilai pincang pujaan Barat sebagai asas nilai kehidupan masyarakat kini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Cinta sebelum kahwin dan muqaddimah zina dibiarkan dan dipandang enteng oleh masyarakat sehingga mereka yang tidak melakukannya dilihat sebagai kolot atau ketinggalan zaman.

Undang-undang yang ada pula dengan mudah dipermainkan apabila nilai denda/hukuman yang dikenakan langsung tidak menggerunkan. Pihak berkuasa pula lebih memandang masalah sosial ini sebagai isu individu dan bukannya satu jenayah besar yang mesti dibanteras sekeras-kerasnya.

Setiap kali berlakunya kes-kes baru yang dihangatkan oleh media, seringkali kita dibentangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian yang kononnya dapat menangani permasalahan yang timbul.

Masyarakat telah lumrah dengan pendekatan-pendekatan tekstual seperti memberikan pendidikan agama yang secukupnya, menyediakan lebih banyak pusat-pusat didikan dan kaunseling, melaksanakan undang-undang yang lebih ketat dan sebagainya. Ada pula pihak yang lebih sibuk menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak tertentu daripada memberikan penyelesaian.

Antara golongan yang biasa kita dengar akan dipersalahkan apabila adanya berita remaja terlibat dengan salah laku moral adalah pihak ibubapa, rakan sebaya, media massa, internet, pihak sekolah khususnya guru-guru, masyarakat dan seumpamnya. Malah, imam masjid kadang-kadang turut dipersalahkan kerana gagal menarik minat golongan muda untuk ke masjid dan mendalami ilmu agama.

Yang pasti, satu-satunya pihak yang tidak pernah bersalah adalah kerajaan! Kerajaan adalah satu pihak yang telah melaksanakan segala-segalanya untuk kebaikan rakyat. Segala yang kerajaan lakukan ialah demi untuk rakyat. Jadi, jika masih terdapat masalah, maka rakyatlah yang bersalah. Kerajaan seolah-olah merupakan satu institusi ‘suci’ yang tidak pernah bersalah dalam apa jua masalah!

Sebagaimana yang telah disebutkan, setakat ini pelbagai jalan penyelesaian telah diambil. Rata-rata pendekatan yang selalu dicadangkan selama ini lebih banyak dilihat cuba mengubati simptom-simptom yang berlaku dan bukannya mengubati penyakit sebenar.

Masalah remaja rosak akhlak, merempit, terjerumus ke lembah maksiat dan penagihan dadah adalah simptom yang timbul daripada penyakit sebenar. Contohnya, jika di sebuah kawasan perumahan terdapat aktiviti memecah batu (kuari) dan akibatnya sebahagian besar dari penduduk terkena batuk-batuk. Jadi, beberapa penyelesaian cuba diambil seperti memakan ubat batuk, menutup tingkap-tingkap rumah dengan kain, membersihkan halaman rumah dari debu-debu, memakai topeng penutup hidung dan sebagainya.

Persoalannya? Apakah semua langkah ini dapat mengubati penyakit batuk tersebut? Apakah ini merupakan penyelesaian yang hakiki? Kami rasa para pembaca semua sudah dapat mengagak bahawa jawapan yang sebenarnya adalah cukup mudah, yakni menutup kuari tersebut atau menghentikan operasinya. Jika batuk yang diubati, bukannya kuari itu sendiri, maka inilah yang dikatakan mengubati simptom, bukan puncanya. Jika beginilah caranya, masalah yang timbul tidak akan pernah dapat diselesaikan!

Berbalik kepada isu gejala sosial seperti kes mat rempit, ada pihak yang mencadangkan agar lesen mat-mat rempit tersebut ditarik seumur hidup atau mereka diberi kaunseling dan didikan agama secukupnya. Turut dicadangkan agar ibubapa mereka didenda.

Jika difikirkan, adakah mereka ini merempit hanya kerana mereka mempunyai lesen dan sekiranya lesen mereka ditarik maka mereka tidak akan merempit lagi? Bagi membanteras kes rogol pula, pernah dicadangkan agar perempuan memakai cawat besi, diperketat undang-undang dan sebagainya.

Bagi kes tangkap khlawat atau berdua-duaan, cadangan yang biasa adalah diberi kaunseling dan didikan agama. Persoalannya, adakah mereka ini tidak memahami bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan berdosa dari segi agama sehingga perlu diberi kaunseling? Tidak cukupkah pendidikan agama dan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di sekolah-sekolah? Inilah beberapa contoh penyelesaian simptom kepada masalah, bukan menyelesaikan puncanya.

Adakah Sinar Untuk Kita?

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Orang-orang kafir Barat hidup tanpa berpandukan agama. Oleh itu, mereka menyelesaikan segala masalah mereka dengan menggunakan akal mereka sendiri, tanpa panduan dari agama mereka. Kita umat Islam berbeza sama sekali dengan mereka di mana kita mempunyai panduan yang mana jika kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dan panduan kita itu tak lain tak bukan ialah Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Jika mengambil selain keduanya, maka sudah barang pasti, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan dan lebih buruk dari itu, umat Islam itu pasti akan tersesat. Inilah apa yang berlaku pada hari ini di mana, pada semua masalah diterapkan hukum akal di dalamnya, bukannya hukum Allah. Umat Islam telah mengambil cara berfikir kafir Barat di dalam menyesaikan segala permasalahan. Maka berlakulah apa yang kita saksikan sekarang - penyelesaian yang tidak pernah menyelesaikan.

Umat Islam tidak habis-habis menggunakan akal dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri sama ada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Wahai kaum Muslimin! Kalian semua mengetahui bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan membaiki atap yang bocor tadi. Inilah penyelesaian yang hakiki.

Justeru apa yang kami ingin utarakan ialah penyelesaian yang hakiki bagi semua permasalahan hidup manusia adalah Islam. Kerana yang menjadi punca kepada segala masalah ialah tidak diterapkan Islam di dalam kehidupan. Hukum Islam telah diganti dengan hukum kufur. Pemikiran sekular telah meresap dalam dan sebati dengan umat Islam, khususnya para pemimpin yang di tangan mereka terdapat kuasa membuat undang-undang. Oleh kerana telah sebati dengan sistem kufur sekular, maka di dalam menyelesaikan masalah pun, umat Islam telah berfikir dengan cara berfikir orang-orang kafir, yakni menggunakan akal di dalam berhukum. Kitab Allah dibuang, sunnah Rasul dicampak, undang-undang ciptaan manusia dijulang. Inilah punca kepada segala masalah yang menimpa umat Islam. Jadi, satu-satunya cara yang hakiki di dalam menyelesaikan setiap inci masalah ialah umat Islam wajib kembali kepada kehidupan Islam, wajib berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan dan wajib mengikuti sunah RasulNya di dalam segala aspek kehidupan. Barulah dikatakan kita menangani punca kepada masalah, bukan simptomnya. Jika tidak, maka umat Islam sebenarnya telah mengikuti jejak langkah syaitan yang menyesatkan!

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” [Al-Baqarah (2):208].

Apabila sistem yang mengatur kehidupan itu baik, maka tidak akan ada unsur-unsur yang boleh mendorong manusia untuk melakukan kejahatan atau jenayah. Dalam erti kata lain, sistem yang mampu mengarahkan kecenderungan manusia ke arah ketenteraman dengan terpenuhnya segala tuntutan naluri manusia yang asas akan mampu untuk memastikan terkawalnya manusia daripada melanggar norma-norma kehidupan yang sepatutnya. Sesiapapun perlu memuaskan keperluan fizikalnya (hajatul udhuwiyyah) dengan cara makan, minum, bernafas, buang hajat dan sebagainya. Begitu pula manusia memerlukan ketenangan dengan memenuhi naluri (gharizah) yang dimilikinya. Naluri untuk melestarikan jenis (gharizah an-nau’/sexual instinct) jika tidak diatur sesuai dengan Islam tentu akan mengakibatkan kerosakan akhlak (masalah sosial) dengan merebaknya kes-kes rogol, homoseks, lesbian, pergaulan bebas dan sebagainya.

Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita muslimah, cara memandang wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu. Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan seperti:

1. Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];

2. Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];

3. Rasulullah bersabda, “Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya.” [HR. Bukhari dan Muslim].

4. Rasulullah juga bersabda, “Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya” [HR. Muslim].

5. Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;

6. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;

7. Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;

8. Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);

9. Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].

Dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara. Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah. Jadi, dengan kata lain kehidupan itu wajib diatur dengan sistem Islam, dan jika masih wujud pelanggaran, maka Negaralah yang akan mengenakan hukuman terhadap setiap pelaku maksiat tersebut dan hukuman itu mestilah uqubat Islam, bukannya hukuman akal ciptaan manusia. Perlaksanaan hukuman Islam ini akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Muhammad Ismail di dalam kitabnya, Fikrul Islam telah menghuraikan bahawa sistem Islam dapat mencegah manusia dari melakukan tindakan kejahatan sebab, bilamana dia melakukan juga kejahatan itu dia akan berhadapan dengan masyarakat dunia dan negara dengan sistem hukuman yang datang dari Al-Khaliq itu sendiri. Di akhirat kelak ia akan menghadapi azab Allah yang sangat pedih lagi menyeksakan.

Thursday, July 24, 2008

Sesudah Samy berbicara tentang tol

Suara Orang Muda

Oleh Arjuna Idealis dan Orang Kampung

PENGGUNA jalan raya pada masa hadapan mungkin tidak perlu berhenti di pondok tol untuk membuat bayaran sebaliknya masih boleh berbuat demikian walaupun ketika sedang memandu pada kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan membuat ujian sistem pembayaran tol baru pada November ini yang dinamakan Laluan Pantas PelbagaiGuna. Beliau berkata jika sistem baru itu berkesan dan digunakan, pemandu tidak lagi perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan untuk membayar tol seperti amalan sekarang dan sekali gus mengatasi masalah kesesakan.

Di pandang dari sudut teknologi, maka memanglah hebat cadangan Menteri Kerja Raya baru ini. Begitu juga jika dipandang dari sudut usaha kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol, maka tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu cadangan yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Namun, satu perkara yang juga tidak dapat dinafikan ialah, inilah pemikiran Kapitalis yang ada pada pemimpin di dunia umat Islam saat ini. Mereka berusaha untuk terus memperbodohkan umat yang berada dibawah tanggungjawab mereka dengan memberikan pelbagai penyelesaian yang kononnya seolah-olah baik untuk rakyat. Tetapi pada hakikat dan faktanya mereka terus menipu dan mengkhianati rakyat yang memberikan amanah kepada mereka.

Di dalam kes ini, punca kepada segala masalah adalah “tol” itu sendiri! Bukannya “cara” atau “masa” nak bayar tol. Kerana adanya tol-lah, rakyat menderita, kerana adanya tol-lah, berlakunya kesesakan dan kerana adanya tol-lah, pemimpin Kapitalis dan kroni mereka kaya-raya kerana dapat membolot duit rakyat. “Tol”lah yang menjadi punca kepada segala-galanya, bukannya “cara” nak bayar tol.

Pengguna jalan raya pada masa hadapan mungkin tidak perlu berhenti di pondok tol untuk membuat bayaran sebaliknya masih boleh berbuat demikian walaupun ketika sedang memandu pada kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan membuat ujian sistem pembayaran tol baru pada November ini yang dinamakan Laluan Pantas PelbagaiGuna. Beliau berkata jika sistem baru itu berkesan dan digunakan, pemandu tidak lagi perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan untuk membayar tol seperti amalan sekarang dan sekali gus mengatasi masalah kesesakan.

Di pandang dari sudut teknologi, maka memanglah hebat cadangan Menteri Kerja Raya baru ini. Begitu juga jika dipandang dari sudut usaha kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol, maka tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu cadangan yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Namun, satu perkara yang juga tidak dapat dinafikan ialah, inilah pemikiran Kapitalis yang ada pada pemimpin di dunia umat Islam saat ini. Mereka berusaha untuk terus memperbodohkan umat yang berada dibawah tanggungjawab mereka dengan memberikan pelbagai penyelesaian yang kononnya seolah-olah baik untuk rakyat. Tetapi pada hakikat dan faktanya mereka terus menipu dan mengkhianati rakyat yang memberikan amanah kepada mereka.

Di dalam kes ini, punca kepada segala masalah adalah “tol” itu sendiri! Bukannya “cara” atau “masa” nak bayar tol. Kerana adanya tol-lah, rakyat menderita, kerana adanya tol-lah, berlakunya kesesakan dan kerana adanya tol-lah, pemimpin Kapitalis dan kroni mereka kaya-raya kerana dapat membolot duit rakyat. “Tol”lah yang menjadi punca kepada segala-galanya, bukannya “cara” nak bayar tol.

Selepas rakyat diperbodohkan dengan kereta elektrik dan teknologi hydrofuel untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak, kini satu lagi cadangan yang cukup jelas memperbodohkan rakyat telah cuba untuk diperkenalkan. Menteri kerja raya yang baru ini nampaknya cuba untuk menjadi jaguh bagi menandingi bekas menteri yang lama. Inilah hakikat apabila “sistem” pemerintahan tidak bertukar, tapi yang berukar hanyalah “orang”nya sahaja. Ibarat kata seperti kereta buruk yang dipandu oleh pemandu yang baru. Kalau dahulu pemandunya bernama Samy Vellu, kini pemandunya telah diambil alih oleh orang lain pula.

Isu bagi rakyat ialah tol yang dikenakan, bukanya cara atau masa pembayaran tol. Memperkenalkan teknologi canggih ini tidak lain adalah cara mengubati simptom, bukannya menyelesaikan masalah itu sendiri. Ibarat kata, jika berlaku banyak kes rogol di negara ini, maka pemimpin mencadangkan agar diperbanyakkan rumah pelacuran. Masalah tidak selesai, malah dosa pemimpin terus bertambah! Tol adalah satu bentuk cukai yang dikutip oleh kerajaan terhadap pengguna jalanraya. Cukai ini adalah jelas lagi nyata merupakan suatu yang haram di dalam Islam. Justeru, apa yang sewajibnya dilakukan oleh kerajaan adalah untuk menghapuskan tol, bukannya memodenkan “cara” pembayaran tol. Hanya dengan menghapuskan tol sahajalah (menerapkan sistem Islam), barulah penderitaan rakyat akan selesai, barulah masalah kesesakan akan selesai, dan yang paling penting, barulah menghapuskan dosa para pemimpin itu sendiri.

Renungilah Firman Allah SWT:

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah” [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Bicara Orang Kampung


Kereta Elektrik - Penyelesaian masalah

Baru- baru ini kerajaan telah pun mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel. Itulah kata Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom, berpuas hati dengan penggunaan teknologi baru itu yang langsung tidak menggunakan petrol.

Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam. Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.

“Saya anggap ini satu langkah yang kreatif dan amat menepati kehendak waktu ini supaya kita terus mencari bahan tenaga baru dengan tidak hanya bergantung kepada petrol, diesel dan gas yang harganya melambung tinggi,” ujarnya.

Inilah antara rancangan hebat kerajaan untuk membantu rakyat! Kita tidak pasti sama ada pemimpin Malaysia ini sedar atau tidak bahawa yang menjadi masalah sekarang bukanlah kereta.

Tidak kiralah apa jenis keretanya, kereta minyak ke, kereta air ke atau kereta elektrik ke, yang menjadi masalah sekarang ialah harga minyak yang telah dinaikkan oleh kerajaan sesuka hati, bukannya kereta.

Masalah rakyat adalah harga minyak (petrol, diesel) yang mencanak ke kemuncak penderitaan yang sekali gus telah menaikkan harga barang, termasuk barang makanan, tarif elektrik dan segala macam kos sara hidup lainnya.

Kereta hanyalah sebahagian dari keperluan hidup yang tergolong dalam keperluan sekunder. Asas bagi survival manusia adalah makanan, tempat tinggal dan pakaian, bukan kereta. Tanpa kereta manusia boleh hidup, tetapi dengan harga makanan yang melambung tinggi (hasil kenaikan harga minyak) manusia menghadapi titik kritikal untuk terus hidup.

Inilah kerenah pemimpin negara kita di dalam menyelesaikan masalah. Secara logiknya pun, apakah mereka boleh menjawab beberapa persoalan di bawah, demi untuk mengurangkan penderitaan rakyat?

  1. Selesaikah masalah kenaikan harga barangan keperluan lain, termasuk barang dapur (yang timbul akibat kenaikan harga minyak), dengan kita membeli kereta elektrik?
  2. Berapa banyakkah kereta elektrik ini akan dikeluarkan oleh Proton? Dianggarkan terdapat lebih kurang 10 juta pemandu kenderaan berdaftar di Malaysia, bolehkah Proton mengeluarkan 10 juta kereta elektrik? Jika 5 juta berjaya dikeluarkan sekalipun, apakah semua 5 juta pemandu mampu membelinya? Kalau 5 juta pemandu mampu membelinya sekalipun, bagaimana pula nasib 5 juta pemandu lain yang tidak mampu? Pokoknya, hanya yang mampu memiliki kereta elektrik sahajalah yang boleh mengelak dari membayar harga minyak yang tinggi. Persoalannya, berapa ramaikah golongan yang mampu ini?
  3. Dengan adanya kereta elektrik ini di pasaran, tentunya bank-bank riba akan mengaut keuntungan berlipat ganda apabila setiap orang meminjam wang dari mereka untuk membeli kereta tersebut. Sudahnya, wang rakyat, walaupun tidak mengalir ke stesen minyak, akan mengalir ke bank-bank haram ini pula, dan rakyat, sudah tentu bertambah dosa dengan pinjaman riba yang di ambil. Pemimpin pula, semakin menggunung dosa yang mereka pikul hasil kerja tangan mereka yang kreatif ini. Maka bertambah lagilah statistik maksiat di Malaysia hasil ‘kebijakan’ pemimpin memperkenalkan kereta elektrik ini.
  4. Dengan adanya kereta elektrik ini, kerajaan dan kroni juga tentunya akan bertambah kaya-raya, apa tidaknya, setiap kereta kena bayar road tax, kena bayar insuran dan lain-lain bayaran sampingan yang kerajaan cekup dari rakyat seperti tol, parking, saman dan lain-lain.
  5. Sebagai sebuah kereta baru, jika berlaku kerosakan, siapakah yang mampu membaikinya, dan berapa banyak pula kos baiki dan kos penyelenggaraannya. Silap-silap, hanya Proton sahaja yang mempunyai kemampuan untuk baiki dan juga membekalkan spare part. Akhirnya, kerajaan juga yang untung. Kononnya kerajaan ingin mengurangkan beban rakyat!

Mengapa pemimpin negara kita di saat rakyat yang sedang nazak sekalipun, mereka masih boleh mengaut keuntungan. Tindakan menolong rakyat diambil, kononnya dengan memperkenalkan kereta elektrik tersebut, kos sara hidup dan kesengsaraan rakyat kembali pulih. Padahal isu yang mendominasi kos hidup adalah kerana kezaliman mereka menaikkan harga minyak. Dengan kata lain, kezaliman mereka kerana tidak berhukum dengan hukum sebenarnya.

Semua ini hanyalah penyelesaian simptom kepada masalah, bukannya menyelesaikan masalah itu sendiri. Ibarat kata, kerajaan seperti ingin menyelesaikan masalah jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang yang selalu menyebabkan kemalangan dan kematian, dan apa yang kerajaan lakukan ialah memperbanyakkan lagi workshop/bengkel, agar setiap kereta boleh dibaiki. Lebih hebat, kerajaan juga memperbanyakkan tanah perkuburan, agar setiap orang yang mati dalam kemalangan tersebut dapat ditanam.

Menyelesaikan simptom tidak akan menyelesaikan masalah. Asasnya, minyak adalah hak rakyat dan hak rakyat perlu dipulangkan kepada rakyat. Segala bentuk kekayaan sumber alam yang jumlahnya banyak perlu dipulangkan haknya kepada rakyat. Inilah ketetapan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Islam telah mengatur sebuah wacana ekonomi yang sangat telah meletakkan hak pemilikan kepada tempat tersendiri dan Islam menitikberatkan keperluan asas dan sekunder manusia agar dapat mengatasi segala masalah hidup, bukannya mengatasi simptom seperti yang ada sekarang. Islamlah (syariah) tempat kita kembali merujuk kerana ia merupakan sebuah deen (cara hidup) yang berlandaskan wahyu, bukannya sebagaimana sistem Kapitalis sekarang yang menjadikan “akal” sebagai sumber penyelesaian. Akal manusia biarpun majoriti, biar pun keluar dari pemimpin yang tertinggi, bukanlah penentu kebenaran untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Kenapalah pemimpin ini tidak sedar-sedar bahawa akal mereka sering diguna untuk merubah hukum Allah? Beraninya mereka dengan azab Allah kelak!