Bekas Presiden Pakistan Musharraf memanglah merupakan satu aset yang cukup penting buat AS.
Dia telah memberikan ‘khidmat’ kepada AS di Afghanistan dan kawasan-kawasan sekitarnya. Malahan, bukanlah merupakan suatu yang melampau sekiranya kita mengatakan bahawa tanpa khidmat yang diberi oleh Musharraf kepada Amerika, tidak mungkin AS akan dapat menceroboh dan menguasai Afghanistan meskipun mendapat tentangan yang cukup hebat dari kaum Muslimin.
Semua ini dilakukan di atas nama ’memerangi keganasan’ dan Musharraflah yang menangkap ramai individu Muslim yang memberikan penentangan ke atas pencerobohan ini.Meskipun semua yang dijelaskan di atas adalah benar belaka, sejak kebelakangan ini, terutamanya sejak tahun lepas, Musharraf telah gagal untuk memuaskan hati tuannya (AS).
Kegagalan ini adalah disebabkan oleh lemahnya posisi beliau di kalangan rakyatnya, kalangan tentera dan juga parlimen. Ini merupakan akibat dari jenayah melampau yang telah beliau lakukan terhadap kaum Muslimin terutamanya pembunuhan di kawasan suku Swat serta pembunuhan di Masjid Lal.
Kesungguhan beliau yang amat memalukan dalam menjaga kepentingan AS dan kesediaan beliau dalam menawarkan ‘khidmat’ kepada Amerika bukan sahaja bertentangan dengan konsep dan sensitiviti kaum Muslimin, malah ia juga bertentangan dengan emosi orang-orang Islam.
Kegagalan Musharraf ini telah dinyatakan oleh beberapa pegawai AS yang menyentuh kelemahan posisi beliau di kalangan rakyat dan pihak tentera sebagai sebab utama mengapa beliau gagal menyempurnakan kehendak Amerika.
Antara kenyataan ini adalah apa yang disebut oleh Davis McCarnon, komandan tentera AS di Afghanistan. Beliau mengatakan kepada CNN pada 7hb Ogos 2008 bahawa, “Adakah saya percaya bahawa terdapat elemen subahat pada pihak risikan Pakistan? Ya, memang saya percaya elemen ini wujud”.
Beliau menambah, “Kami telah memerhatikan bahawa dalam setahun dua ini, bilangan pejuang dari luar semakin bertambah di tenggara Afghanistan dan kami masih menunggu agar pihak berkuasa Pakistan mengambil tindakan terhadap mereka dan menghalang para pejuang ini dan membuatkan mereka merasa tidak selamat’.New York Times juga melaporkan bahawa Steve Caps, orang kedua di dalam CIA telah pergi ke Islamabad untuk menuntut penjelasan dari pihak berkuasa Pakistan dan mendedahkan bukti bahawa terdapat elemen subahat oleh risikan Pakistan dengan rangkaian pemberontak yang diketuai oleh Jalaluddin Haqqani. Surat khabar ini menegaskan, “Pihak AS telah berjaya memperoleh bukti komunikasi yang menunjukkan bahawa pihak risikan Pakistan ada terlibat dalam penyerangan ke atas kedutaan India di Kabul yang telah membunuh 60 orang.”
Telah jelas pada AS bahawa kedudukan lemah Musharraf telah menjadikan beliau aset yang tidak lagi dapat menjalankan ‘khidmat’ kepada Amerika seperti mana yang mereka kehendaki meskipun Musharraf telah menggadaikan dirinya dan berusaha keras dalam memberi khidmat kepada Amerika.
Atas sebab ini, AS merasakan bahawa Musharraf telah pun memainkan peranannya dan kini beliau perlu diganti untuk menunjukkan kepada rakyat Pakistan bahawa mereka sekarang ini sudah terselamat dari si diktator Musharraf dan kemudian mereka (AS) akan memastikan bahawa kepentingannya dan pengaruhnya tetap terjaga dan mereka akan dapat terus memerangi kaum Muslimin di atas nama peperangan ke atas keganasan, dengan kata lain, mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka lakukan bagi Musharraf ketika beliau masih berkuasa!Perlu ditegaskan bahawa pemecatan Musharraf (peletakan jawatan) bukanlah suatu yang berlaku di dalam sehari dua. Ia merupakan kemuncak dari 4 tahapan yang telah menghilangkan kuasa dan pengaruhnya sehinggalah beliau mengumumkan peletakan jawatannya pada 18hb Ogos 2008.
Tahapan tersebut adalah:Tahapan Pertama: Apabila AS telah mencapai persetujuan dengan Britain di mana Benazir Bhutto, ketua PPP ‘dihidupkan’ semula dan kembali dari buangan di England. Kesefahaman AS-Britain ini mencakupi 2 perkara utama: Pertama: PPP tidak akan menentang pilihan raya untuk memilih Musharraf sebagai Presiden PakistanKedua: PPP akan berkongsi kuasa dengan Musharraf di mana Benazir akan menjadi Perdana Menteri yang mempunyai kuasa.Ini menunjukkan Amerika sedar bahawa Musarraf tidak lagi boleh terus berkuasa kecuali dengan sokongan dari parti sekular PPP. Ini adalah akibat dari jenayah melampau yang telah beliau lakukan, pembunuhan kaum Muslimin dan kemarahan kaum Muslimin terhadapnya.
Oleh itu, Amerika merasakan bahawa kesefahaman dengan Britain ini sebagai satu cara untuk menyelamatkan kuasa Musharraf, meskipun ia bukanlah penyelesaian yang sempurna.Perlu disebutkan juga bahawa PPP sendiri adalah merupakan sebuah parti gabungan dan bukannya sebuah parti yang terstruktur.
Dengan kata lain, ia tidak mempunyai konsep yang jelas yang dipegang oleh ahli-ahlinya tetapi ia merupakan sebuah parti gabungan yang terdiri dari individu-individu yang mempunyai kepentingan dan hubungan antara masing-masing. Oleh itu, PPP amat mudah untuk ditembusi dan hakikat ini disedari oleh AS kerana PPP, ketika ia diketuai oleh bapa Benazir, disokong dan dibina atas dasar ini dan Britain telah berjaya mengambil alih kepimpinan efektif parti ini ketika Benazir berada dalam buangan di England. Dengan ini, kesefahaman AS-Britain ini telah membawa Benazir ke Pakistan dan ini merupakan tahapan pertama yang mula mencacatkan kuasa Musharraf di Pakistan.
Tahapan Kedua: Apabila AS membenarkan Nawaz Shareef untuk kembali ke Pakistan. Nawaz memanglah merupakan seorang ejen Amerika namun beliau telah menyebabkan kemarahan pada AS apabila beliau gagal menghalang tentera Pakistan dari menguasai tanah tinggi Kargil di India ketika zaman Vajpayee mengetuai parti BJP. Adalah suatu yang diketahui bahawa AS telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk mendapatkan ketaatan BJP selepas begitu lama Kongres India berada di bawah pengaruh Britain. AS telah membantu Vajpayee secara politik, ekonomi dan ketenteraan bagi menguatkan pemerintahannya dan penawanan Kargil merupakan satu pukulan kepada populariti BJP. Oleh itu, AS berada di sebalik perampasan kuasa Musharraf yang menjatuhkan Nawaz Shareef di mana AS masih marah dan tidak membenarkan Nawaz pulang ke Pakistan.
Walau bagaimanapun, setelah pembunuhan Benazir, populariti PPP meningkat dan Amerika merasa bimbang bahawa ini akan menyebabkan berlaku undi majoriti di dalam pilihan raya yang akan memecahkan kesefahaman AS-Britain yang dicapai sehingga ada kemungkinan Britain akan dapat mengambil sepenuhnya pengaruh mereka di Pakistan. Atas alasan ini, AS membenarkan Nawaz untuk pulang ke Pakistan dan mengambil bahagiannya di dalam pengundian serta mengurangkan saiz PPP agar PPP dan parti Nawaz Sareef dapat berkongsi undi majoriti.
Ini merupakan tahapan kedua dan dengan kembalinya Nawaz ke Pakistan, era pasca Musharraf sudah disediakan.Tahapan Ketiga: Ini berlaku apabila AS memaksa Musharraf untuk melepaskan semua jawatan ketenteraannya untuk memboleh di adakan pilihan raya umum. Jawatan ketenteraan inilah yang memberikan Musharraf kuasa dan kekuatan setiap kali beliau berhadapan dengan rakyat mahupun parlimen.Tahapan Keempat: Lawatan Perdana Menteri Reza Jeelani ke AS dan perbincangan beliau dengan Bush merupakan permulaan proses untuk menjatuhkan Musharraf.
Bagi pemerhati yang mengikuti perjumpaan antara Reza dan Bush, ia akan menyedari bahawa Jeelani tunduk kepada AS dan Amerika memberikan jaminan bahawa PPP akan menyokong calon yang ditaja AS untuk jawatan Presiden. Ini sudah pasti akan menguatkan posisi parti Nawaz Shareef. Kesan dari perjumpaan ini, AS memberikan lampu hijau kepada kerajaan campuran untuk memulakan proses dakwaan ke atas Musharraf setelah mendapatkan persetujuan dari Jeelani dan PPP dalam menyokong calon presiden tajaan Amerika. Ini perlu bagi memastikan bahawa PPP tidak akan menghalang calon tajaan AS ini dari menjadi Presiden Pakistan.Malahan, Jeelani, yang merupakan seorang ejen Britain mungkin bersetuju untuk menyokong AS, tetapi bukannya sebagai satu manifestasi polisi Britain tidak membantah AS secara terbuka, namun ada kemungkinan yang lebih besar bahawa beliau dijanjikan kedudukan yang penting dalam ‘era’ baru ini.
Ini juga mungkin akan menjadikan beliau lebih rapat dengan AS.Meskipun nampaknya telah terjadi peralihan pengaruh kepada AS, Britain tidak akan duduk diam dalam mengaut manfaat untuk berkongsi kuasa di Pakistan selepas kesepakatan mereka dengan AS. Terdapat kemungkinan bahawa Britain akan bekerjasama dengan parti pro-Britain yang lain dalam menimbulkan masalah ketika pilihan raya presiden kecuali sekiranya mereka diberikan kedudukan efektif dalam perkara ini sepertimana yang disebutkan di dalam kesepakatan mereka dengan AS.Meskipun Britain tidak mempunyai tujuan untuk mengambil alih penuh pengaruh ke atas Pakistan, ia tidak akan membiarkan peluang yang ada, dan pemilihan presiden nanti pasti akan dipenuhi masalah kecuali sekiranya ada perbincangan baru untuk mengikat kesepakatan baru antara AS dan Britain.
Siapa pun yang akan menjadi Presiden Pakistan, AS pasti akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya tersebut. Terdapat 3 senario yang mungkin akan berlaku:Pertama: Calon tersebut mungkin Reza Jeelani. Ini mungkin berlaku sekiranya AS meyakini kesetiaannya. AS tidak mahu melihat Jeelani berpura-pura menyokong mereka, padahal menikam dari belakang seperti yang dilakukan oleh Britain terhadapnya. Sekiranya AS meyakininya, maka dialah yang akan menjadi Presiden.
Namun, ini bererti Britain tidak akan berpuas hati dan mungkin kepimpinan PPP akan menimbulkan masalah bagi Jeelani.Kedua: Calon mungkin datang dari parti Nawaz Shareef. Ini harus datang dari kalangan kepimpinan parti, termasuk Nawaz Shareef sendiri. Namun begitu, imej beliau di kalangan rakyat sudah tercalar. Tambahan pula AS tidak akan melupakan peristiwa Kargil.
Oleh itu, AS tidak akan meletakkan harapan kepada Nawaz kecuali sekiranya parti beliau tidak dapat mencalonkan calon yang sesuai.Ketiga: Sekiranya kedua-dua senario ini tidak berlaku, AS mungkin akan menggunakan tentera kerana Kiyani, komandan tentera Pakistan, telah diangkat oleh Musharraf, dengan persetujuan Amerika untuk mengetuai tentera. AS tidak akan melepaskan peluang untuk mempolitikkan tentera bagi memastikan kehendak demokrasi Amerika yang tak masuk akal ini tercapai.
Sebagai penutup, kalaulah para ejen ini mengingati nasib yang menimpa ejen-ejen terdahulu ketika zaman kolonial – mereka dibuang ibarat sepah setelah habis madunya dihisap. Mereka kehilangan segala kuasa dan kesenangan sepertimana mereka kehilangan agama mereka akibat peranan mereka sebagai ejen kaum kuffar yang mengkhianati umat ini. Sekiranya mereka ini menyedari nasib mereka, mereka sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan kehidupan dunia mereka dengan merapatkan diri mereka kepada umat dan bukannya tuan-tuan kolonialis mereka, namun ternyata mereka tidak berfikir!
Wednesday, September 24, 2008
Thursday, September 18, 2008
CERITA POLITIK MALAYSIA

Gambar kanan - Anwar Ibrahim
Pelan peralihan kuasa Perdana Menteri dari pemangkunya sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.
Menurut PM, tempoh peralihan itu fleksibel dan boleh berlaku di antara tempoh sekarang hingga Jun 2010, tidak lebih dari itu, semasa bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya 17 Sept.
Jika diteliti dengan mendalam, kenyataan terbaru Pak Lah ini menampakkan ‘ketundukan’ beliau kepada tekanan yang ada sekarang, khususnya setelah Tan Sri Muhyidin mendesak agar Pak Lah menyerahkan kuasanya lebih awal. Walaupun peralihan kuasa sebelum ini telah disepakati akan dilakukan pada bulan Jun 2010, kini ia telah menjadi semakin ‘fleksibel’.
Manakala bagi jawatan tertinggi UMNO di dalam pemilihan Disember nanti, Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar kerusi tersebut dari Abdullah. Nampaknya percaturan politik sebegini mungkin dapat ‘menyelamatkan’ kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu dari kerusi masing-masing.
Iklim panas yang tidak menentu yang berlaku dalam UMNO sekarang sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai kemungkinan, namun jika dua ‘kuasa besar’ tersebut bergabung membentuk satu kesepakatan, maka ‘kuasa-kuasa’ kecil yang lain akan semakin melemah.
Mungkin inilah yang diharapkan akan berlaku, dalam keadaan masing-masing cuba menyelamatkan diri masing-masing dari ‘terbakar kepanasan’ dek cuaca yang tidak menentu ini.
Mutakhir ini, isu pisang goreng dilihat semakin menjadi-jadi. Dimulai dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang ingin membentuk kerajaan baru beberapa bulan lepas, kemudian menyusul pula isu undi tidak percaya dari SAPP terhadap Pak Lah, Dr Mahathir pula telah meletak jawatan kerana tidak lagi percayakan kepimpinan Pak Lah manakala dalam masa yang sama Tengku Razaleigh juga tidak mahu ketinggalan mengintai peluang menjadi Presiden UMNO.
Beberapa hari lepas, Muhyidin Yassin pula beraksi di pentas apabila mencadangkan agar pelan peralihan kuasa tersebut dilakukan lebih cepat dari tempohnya. Kemudian timbul pula isu percanggahan pendapat tentang ISA di antara Zaid Ibrahim dan Syed Hamid Albar yang diakhiri dengan peletakan jawatan Zaid dari kabinet.
Terbaru, Pak Lah mengumunkan pertukaran (switching) portfolio Menteri Kewangan 1 dan Menteri Pertahanan di antara beliau dan Timbalannya. Semuanya ini berlaku dalam tempoh yang amat singkat.
Tentunya masing-masing pihak sekarang ini amat sibuk memikirkan strategi untuk kepentingan masing-masing! Yang berkuasa masih tamak dan tidak mahu turun dari kerusi yang menjanjikan seribu satu macam kemewahan manakala yang merasa ada peluang pula tidak mahu terlepas untuk berebut takhta dan singgahsana.
Sebagai seorang Muslim, satu perkara yang perlu kita pertimbangkan adalah, apakah segala fenomena yang berlaku ini memberi kebaikan kepada umat Islam, atau lebih jauh dari ini, apakah telah selesai masalah kita umat Islam, atau semakin bertambah kesengsaraan kita dengan percakaran yang berlaku di peringkat atasan ini?
Apakah kebaikan yang kita perolehi dari semua ini berbanding berapa lama kita sudah ketiadaan Khilafah yang menjaga kita semua?Inilah yang sepatutnya difokuskan oleh umat Islam.
Sandiwara sekarang yang sentiasa dimainkan oleh para pelakon layarnya hanyalah drama politik yang tidak akan pernah memberi penyelesaian kepada masalah umat Islam. Mereka tidak lebih daripada watak-watak yang akan membawa kebaikan dan kepentingan kepada diri mereka sendiri dan kepada beberapa kerat yang rapat dengan mereka.
Dalam diri mereka, umat Islam dan Islam itu sendiri bukanlah agenda yang perlu diutamakan. Biar apa pun yang berlaku, kepentingan diri adalah sentiasa terkehadapan berbanding yang lainnya. Hal ini adalah lumrah kerana amalan politik hari ini langsung tidak lari dari politik kepentingan tajaan ideologi Barat yang sekular.
Politik Islam adalah bermaksud mengurusi urusan rakyat dengan syariah. Umat Islam dan manusia seluruhnya wajib diatur dengan hukum-hakam Islam, bukan selainnya. Pemimpin Islam yang memimpin dan menjalankan urusan politik sentiasa dipimpin oleh taqwallah dan hukum syarak, mereka takut kepada azab akhirat yang amat pedih dan menjadikan kepimpinan sebagai suatu amanah yang amat berat hingga mereka sangat berhati-hati ketika memikulnya.
Lihatlah bagaimana kisah para Khalifah Rasyidun yang begitu tawadhuk pemimpin amanah kerana takutkan azab Allah. Juga, Khalifah lainnya seperti Harun Ar-Rasyid yang menangis tertunduk apabila ditegur oleh Imam al-Fudhail menunjukkan betapa pemimpin Islam itu sangat peka dengan tanggungjawabnya di dunia.
Mereka semua mengurus urusan rakyat dengan syariat dan menyebarkan agama Allah ke seluruh pelosok alam. Bandingkanlah politik mereka dengan ‘politik kepentingan’ yang berlaku dalam negara kita sekarang.
Alangkah jauhnya para politikus kita dari kebenaran.Perlu kita sedari bahawa mainan politik yang berlaku di sekeliling kita adalah tidak lebih dari permainan politik sekular warisan penjajah yang mana masing-masing pihak yang bertelagah cuba memanjangkan tempoh hegemoni sekular mereka ke atas kita, sesuai dengan kehendak Barat.
Penjajahan yang Barat lakukan secara ‘halus’ ini sentiasa dilakukan tanpa putus asa agar kita sentiasa terpengaruh dengan racun yang mereka suntik melalui para pelakon yang telah ‘terdidik’ dengan tsaqafah mereka ini.
Sebagai Muslim, apa yang penting bagi kita adalah Islam. Segalanya fenomena yang berlaku sekarang wajib diukur dengan Islam, yakni sama ada ia bersesuaian dengan tuntutan Islam atau sebaliknya.
Islamlah yang mesti kita jadikan standard berfikir dalam mengukur kebenaran dan kebatilan terhadap senario politik yang tidak menentu yang berlaku saat ini. Dengan berfikir secara Islam sahajalah, maka kita akan dapat menghindarkan diri kita dari terpengaruh dengan racun sekular Barat ini.
Isu politik dan isu peralihan kuasa ini tidak akan, dan tidak akan pernah membawa apa-apa erti kepada kita umat Islam, sekiranya yang memimpin kita bukannya pemimpin yang mempunyai pemikiran Islam. Biarpun 1001 kali pemimpin bertukar sekalipun, apalah gunanya jika sang sekular yang tetap berada di atas dan nasib umat Islam tidak pernah terbela dengan hukum-hakam dari Al-Quran dan Sunah.
Kita memerlukan sistem (dan pemimpin) Islam yang tulen, bukan mereka yang datangnya dari celupan Barat! Kita memerlukan seorang Khalifah yang memerintah dengan apa yang Allah kehendaki dan melarang dengan apa yang Allah tegahi. Inilah sebenar-benarnya pemimpin di dalam Islam!
Pertelagahan sekular yang semakin parah ini sesungguhnya hanya menunjukkan hakikat kerapuhan sistem yang datangnya dari Barat ini. Sememangya itulah sifat semulajadi sekularisme yang lahir dari Ideologi Kapitalis yang memisahkan agama dari kehidupan.
Walaupun dari segi agamanya, para pemimpin kita adalah Muslim, namun dek kerana ideologi Kapitalis-sekular yang mendominasi pemikiran mereka, maka pertelagahan dan perebutan yang berlaku ini adalah lumrah bagi penganut ideologi ini kerana masing-masing hidup hanya untuk meraih sebanyak mungkin 'manfaat', bukannya hidup untuk mematuhi perintah dan larangan Allah sebagai persiapan diri menuju ke akhirat.
Sesungguhnya Ideologi sekular ini tidak lama lagi akan berakhir dan Khilafah sekarang sebenarnya semakin melangkah setapak demi setapak dengan gagahnya untuk menampilkan dirinya yang telah lama menghilang. Kedatangannya kali ini akan menghapuskan segala Ideologi kufur yang membelenggu umat Islam selama ini dan seterusnya ia akan membawa agama Allah ini untuk dizahirkan di atas segala agama dan ideologi lainnya. Di saat kemunculannya, maka akan berkuburlah sekular yang sedang retak menanti belah ini. Insya Allah.
Hishammudin = j-Qaf
Kementerian Pelajaran menyasarkan sejuta pelajar yang menyertai program jawi, al-Quran dan fardu ain (j-Qaf) ketika ini mampu menguasai al-Quran menjelang 2010. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan kemajuan yang dikecapi sejak pelaksanaan projek perintis itu pada 2005.
"Ini adalah langkah untuk memperkasakan pendidikan sedia ada dan dijangka program ini dapat diperluaskan ke peringkat sekolah menengah suatu hari nanti," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Khatam al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ketiga di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas di sini semalam.
Di samping peningkatan jumlah guru j-Qaf dari 3,567 pada 2005 kepada 13,470 guru, tahun ini ia juga mensasarkan supaya lebih ramai generasi muda celik al-Quran terutama pelajar peringkat rendah.
Sejumlah belanjawan yang cukup besar untuk program itu iaitu RM146.2 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)RM146.2 juta untuk projek celik al-Quran memanglah satu jumlah yang begitu besar.
Namun siapa yang akan menyiasat sama ada jumlah tersebut benar-benar akan digunakan untuk projek tersebut atau hanya sebahagian kecil sahaja, manakala bahagian yang besarnya akan mengalir ke lain?
Hanya Allah, Hishamuddin dan mereka yang terlibat sahaja akan mengetahui. Baguslah dengan adanya projek seumpama ini, cuma yang tak kenanya adalah projek ini hanya ditumpukan untuk melahirkan pelajar yang celik al-Quran.
Dapat membaca al-Quran adalah satu hal, mengamalkan isi kandungan al-Quran adalah satu hal lagi. Tidak ada guna melahirkan insan yang pandai membaca al-Quran, namun meninggalkan isi/ajarannya.
Al-Quran adalah kalamullah yang diturunkan sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia. Ramai cerdik pandai Al-Quran yang ada di dunia termasuk di Malaysia memahami hal ini, namun berapa ramaikah generasi yang lahir dari projek ini yang akan berjuang untuk menerapkan hukum-hukum al-Quran? Kemungkinan tidak seorang pun, kerana fokus projek adalah hanya mencelikkan pelajar kepada ‘pembacaan’, bukannya kepada penerapan terhadap apa yang dibaca.
Justeru, dengan projek sebesar ini, nampaknya kalam hanya tinggal kalam. Kenapa? Kerana inilah yang dimahukan oleh ‘pengarah’ projek.
Pengarah projek bukannya ingin melahirkan insan yang mengamalkan syariat yang ada di dalam al-Quran, ia cuma ingin melahirkan insan yang sekadar boleh mengenal huruf dan membaca al-Quran.
Siapa tidak tahu bahawa sistem pendidikan Malaysia adalah bertunjangkan sekular. Kata-kata Hishamuddin untuk ‘memperkasa pendidikan sedia ada’ adalah bermaksud mengukuhkan lagi pendidikan sekular yang segar berjalan! Projek j-Qaf hanyalah ‘make-up’ untuk mencantikkan sekularisme yang sememangnya hodoh dan buruk.
Ia hanya dijadikan projek agar anak-anak kaum Muslimin tahu membaca dan mungkin mendapat sedikit pemahaman, namun tidak boleh sama sekali melaksanakan apa sahaja yang bertentangan dengan kepentingan sekularisme itu sendiri.
Lihat saja betapa banyak masalah kehidupan di sekeliling kita yang menimbulkan huru-hara yang tidak pernah diselesaikan dengan Al-Quran, walhal kita mempunyai berapa ramai golongan tahfiz dan celik Al-Quran? Al-Quran juga hanya dibaca oleh para pemimpin (yang tahu membaca) apabila ada majlis bacaan yassin, tahlil dan seumpamanya, itupun sekiranya ada lensa kamera yang fokus terhadap mereka.
Di masa selainnya, Al-Quran tinggal sebagai kitab suci yang disimpan rapi dalam rak khas, tanpa pernah golongan pemerintah ini melaksanakan isinya. Inilah realiti pemerintah yang kononnya ingin memartabatkan Al-Quran, walhal tidak pernah memikul tanggungjawab yang Allah taklifkan ke atas mereka di dalam al-Quran.
Firman Alah swt,“Perumpamaan orang-orang (Yahudi) yang dipikulkan ke atas mereka (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya, samalah seperti keldai yang memikul bebanan kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).
Begitulah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” [TMQ Al-Jumu’ah (62):5]

Saturday, September 13, 2008
Minyak milik rakyat
Artikel ini sumbangan Hizbut Tahrir Malaysia
Delegasi Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) diketuai Presidennya HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman Jumaat lalu telah menyerahkan buku-buku tandatangan berserta kenyataan rasmi parti itu membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan awal Jun lepas.
Buku-buku tandatangan dan kenyataan rasmi itu telah diserahkan oleh Abdul Hakimkepada Setiausaha Sulit Kanan Zahari Md Afandi pada jam 11.00 pagi di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Putrajaya.
Majlis itu turut disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari KPDNHEP. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Shahrir Samad telah menyatakan persetujuan untuk bertemu dan berbincang dengan delegasi HTM bagaimanapun tidak menepati apa yang dikatakannya.
Beliau memberi alasan bahawa terdapat satu temu janji yang lain pada waktu tersebut.
Hakim melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Datuk Shahrir tersebut. Permintaan presiden HTM untuk berjumpa menteri yang berkenaan selama lima minit sahaja untuk menyerahkan buku-buku tandatangan tersebut turut dinafikan oleh Setiausaha Sulit Menteri berkenaan.
Sejak perjuangan untuk mendapatkan sejuta tandatangan oleh HTM dilancarkan lebih kurang dua bulan lepas, HTM telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 53,000 tandatangan dari seluruh rakyat Malaysia tidak kira Melayu, India mahupun Cina.
Kesemua buku tandatangan tersebut diserahkan kepada Zahari, sebagai wakil Menteri, bagi menunjukkan bantahan rakyat Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan di dalam menaikkan harga minyak, yang turut mengakibatkan kenaikan harga barangan yang lain, khususnya barang makanan.
Abdul Hakim juga sempat menerangkan kepada Zahari , agar disampaikan muhasabah dari Hizbut Tahrir kepada pihak pemerintah, bahawa minyak adalah hak milik rakyat dan kerajaan tidak sepatutnya ‘berniaga’ dengan rakyat.
Kerajaan wajib menerapkan hukum syarak (hukum Islam) dalam hal ini dan memberikan minyak kepada rakyat dengan ‘harga kos’, seterusnya memulangkan semula hasil minyak kepada rakyat selaku pemiliknya.
Pertemuan tersebut berlangsung dan berakhir dengan suasana baik di mana En. Zahari berjanji akan menyampaikan mesej yang telah dimaklumkan oleh Presiden HTM kepada Dato’ Sharir selaku Menteri KPDNHEP.
Semoga perjuangan ini tidak berakhir di sini biarpun kerajaan telah menurunkan harga minyak, yang berkemungkinan kerana tekanan dari projek ini, kerana seperti yang terkandung di dalam , penurunan harga minyak ini bukanlah penyelesaian yang syar’i, atau dengan kata lain, ia bukanlah penyelesaian yang datangnya dari Allah dan Rasul.
Masalah hanya akan selesai apabila hukum Allah dan Rasul diterapkan di dalam pemerintahan.

Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)